Posts

PENUTUP

Image
 KESIMPULAN PROJEK:  Secara keseluruhannya, pelaksanaan projek melalui Karnival Aspirasi Pahang telah memberikan pengaruh yang bermakna terhadap pembangunan pelajar dalam bidang multimedia khususnya dari aspek penghasilan kandungan digital seperti video dan reka bentuk grafik. Projek ini telah membantu untuk memgaplikaskan teori kepada persekitaran sebenar yang mana dapat mengintegrasikan pendekatan di dalam pembelajaran ke dalam persekitaran kerja yang berorientasikan hasil.  Projek ini telah memperlihatkan keupayaan pelajar dalam mengurus tugasan secara sistematik serta menyesuaikan diri dengan keperluan semasa program. Penglibatan secara aktif dalam pelbagai fasa projek, termasuk perancangan, pelaksanaan dan penambahbaikan kandungan, telah meningkatkan kecekapan dalam menghasilkan output yang berkualiti. Projek ini juga turut menyumbang kepada pembangunan kemahiran berfikir secara kritis teruatama dalam menghasilkan suatu bahan visual yang menarik dan unik yang dapat m...

Pesta Pelita Raya Daerah Temerloh

Image
 Tarikh: 9/03/2026 - 11/03/2026 Tajuk: Pesta Pelita Raya Daerah Temerloh Deskripsi Tugas: Pesta Pelita Raya adalah acara tahunan  yang menjadi platform penting untuk memperkukuhkan ukhuwah antara agensi kerajaan dan komuniti setempat. Pesta ini merupakan sambutan raya yang diadakan oleh Kerajaan Negeri bersama-sama Tourism Pahang.  Pesta ini telah diadakan untuk pertama kali pada tahun 2025 di 11 daerah di seluruh Pahang yang merangkumi pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan lampu, persembahan kebudayaan dan jualan untuk produk tempatan. Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah terlibat sebagai salah satu pihak yang menganjurkan pesta ini. Sehubungan itu, saya telah menerima tugasan yang diberikan Encik Yusnizam untuk menghasilkan sebuah reka bentuk buku kecil (booklet). Pada peringkat awal, saya telah meneliti komponen kandungan yang perlu diletakkan di dalam booklet yang terdiri daripada tentatif, latar belakang, tema pakaian dan juga aktiviti. Dari sudut reka b...

Bertugas untuk Mesyuarat Agung PUSPANITA

Image
 Tarikh: 6/02/2025-12/02/2025 Tajuk: Bertugas untuk Mesyuarat Agung PUSPANITA yang ke- 40. Deskripsi Tugas: Mesyuarat Agung in diadakan pada 12 Februari 2026 di Dewa Tun Razak, Temerloh. Mesyuarat ini membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa 2025, minit mesyuarat serta usul. Saya telah diminta oleh pegawai daripada Unit Teknologi Maklumat iaitu Puan Nor Azmira Suhaida Binti Hashim untuk menghasilkan sebuah reka bentuk fridge magnet yang akan dijadikan cenderamata untuk ahli-ahli PUSPANITA. Sebagai langkah pertama, saya mencari dan merujuk contoh-contoh yang sedia ada di dalam Internet. Pelbagai design telah diteliti untuk dijadikan sebagai inspirasi yang mana kebanyakkannya terdiri daripada grafik yang realistik dan estetika. Saya menggunakan aplikasi Canva untuk menghasilkan beberapa reka bentuk fridge magnet yang menitikberat tema floral dan kombinasi warna ungu. Semasa menjalankan proses ini, saya menggunakan warna ungu sebagai warna asas untuk l...

Bertugas untuk Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh

Image
 Tarikh: 4/12/2025- 12/12/2025 Tajuk: Bertugas untuk Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh Deskripsi Tugas: Untuk projek ini, saya telah bertugas sempena Karnival Aspirasi Pahang 1st bagi Daerah Temerloh yang diadakan pada 12 Disember sehingga 14 Disember 2025. Karnival ini adalah karnival yang berskala besar yang berlangsung di setiap daerah di mana dianjurkan untuk melatih para usahawan untuk bekerjasama dengan mempengaruh. Tambahan pula, Kerajaan Negeri mengadakan karnival ini untuk memperkasakan program keusahawanan belia di Negeri Pahang bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu berdaya saing. Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh juga telah terlibat sebagai salah seorang penganjur karnival ini dan saya telah diberikan  peranan dalam menghasilkan montaj Menteri Besar Pahang iaitu YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, menghasilkan reka bentuk kad lanyard, membentuk logo mewakili daerah Temerloh, membuat slaid aturcara majlis perasmian dan menghasilkan ker...

Menghasilkan montaj tentang pegawai baru yang berpindah keluar dan masuk.

Image
Tarikh: 1/12/2025 - 3/12/2025 Tajuk: Menghasilkan montaj untuk pegawai yang berpindah keluar dan masuk di Pejabat daerah dan Tanah Temerloh.  Deskripsi Tugas: Untuk tugasan ini, saya dipertanggungjawabkan oleh Encik Yusnizam untuk menghasilkan sebuah montaj untuk bagi pegawai yang berpindah keluar dan masuk untuk program Pegawai Daerah Temerloh bersama staf PDT Temerloh. Montaj ini bertujuan untuk memperkenalkan pegawai-pegawai yang baru berpindah masuk ke dalam PDT Temerloh dan disiarkan semasa program tersebut berlangsung. Sebagai langkah permulaan, saya mengumpulkan maklumat-seperti senarai pegawai yang dilengkapi dengan nama, nombor kad pengenalan, tarikh berpindah keluar dan masuk serta tempat yang ditugaskan daripada Puan Siti Nur Azrina Akma yang merupakan pembantu tadbir yang menguruskan personel pejabat. Apabila data selesai dikumpulkan, saya memulakan proses untuk mendapatkan gambar-gambar pegawai yang berpindah masuk dan keluar. Gambar-gambar ini juga diperoleh dari...

Menghasilkan video korporat untuk Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Image
Tarikh: 23/10/2025 - 24/10/2025 Tajuk: Menghasilkan video korporat jabatan PDT Temerloh. Deskripsi Tugas: Untuk minggu ketiga di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, saya telah ditugaskan untuk menghasilkan sebuah video korporat jabatan untuk Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Video ini bertujuan untuk memperkenalkan jabatan kepada orang ramai yang menonjolkan peranan, fungsi dan perkhidmatan di PDT Temerloh. Proses ini bermula dengan pengumpulan maklumat penting yang perlu dimasukkan di dalam video daripada Encik Yusnizam.  Maklumat tersebut merangkumi tentang pegawai kanan, visi, misi, fungsi setiap bahagian serta perkhidmatan yang ditawarkan.  Oleh sebab itu, saya berkomunikasi dengan Encik Yusnizam dengan menggunakan aplikasi WhatsApp yang memudahkan urusan perbincangan serta perkongsian maklumat. Platform ini membantu saya untuk mendapatkan maklum balas yang lebih pantas dan efisien kerana komunikasi dilakukan secara dalam talian. Seterusnya, saya menyusun maklumat ter...

Pembuatan Video Tutorial untuk Sistem E-Tahu

Image
Tarikh: 13/10/2025 - 17/10/2025 Tajuk: Menghasilkan video tutorial serta video situasi untuk pengunaan sistem E-Tahu.  Untuk minggu kedua, saya ditugaskan oleh Puan Azmira dari unit Teknologi Maklumat untuk membuat video yang merangkumi animasi, tutorial serta simulasi situasi untuk sistem yang  Sistem E-Tahu. Sistem ini adalah sebuah sistem yang dibina untuk membantu pelanggan bagi mendapatkan jawapan untuk pelbagai soalan. Sistem ini adalah sistem yang akan dihantar mewakili pihak Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh untuk pertandingan KIK. Saya dikehendaki untuk membuat animasi yang akan diletakkan di dalam slaid untuk diusulkan kepada Pegawai Daerah. Animasi ini dihasilkan dengan menggunakan gabungan daripada aplikasi Alight Motion dan Canva. Logo sistem E-Tahu telah diberikan oleh Puan Azmira selaku  programmer  utama yang mana akan digunakan sebagai elemen penting untuk animasi tersebut. Puan Azmira menyatakan fokus animasi iaitu logo yang berpindah masuk ke telef...