Menghasilkan montaj tentang pegawai baru yang berpindah keluar dan masuk.
Tarikh: 1/12/2025 - 3/12/2025 Tajuk: Menghasilkan montaj untuk pegawai yang berpindah keluar dan masuk di Pejabat daerah dan Tanah Temerloh. Deskripsi Tugas: Untuk tugasan ini, saya dipertanggungjawabkan oleh Encik Yusnizam untuk menghasilkan sebuah montaj untuk bagi pegawai yang berpindah keluar dan masuk untuk program Pegawai Daerah Temerloh bersama staf PDT Temerloh. Montaj ini bertujuan untuk memperkenalkan pegawai-pegawai yang baru berpindah masuk ke dalam PDT Temerloh dan disiarkan semasa program tersebut berlangsung. Sebagai langkah permulaan, saya mengumpulkan maklumat-seperti senarai pegawai yang dilengkapi dengan nama, nombor kad pengenalan, tarikh berpindah keluar dan masuk serta tempat yang ditugaskan daripada Puan Siti Nur Azrina Akma yang merupakan pembantu tadbir yang menguruskan personel pejabat. Apabila data selesai dikumpulkan, saya memulakan proses untuk mendapatkan gambar-gambar pegawai yang berpindah masuk dan keluar. Gambar-gambar ini juga diperoleh dari...