Menghasilkan montaj tentang pegawai baru yang berpindah keluar dan masuk.
Tarikh: 1/12/2025 - 3/12/2025
Tajuk: Menghasilkan montaj untuk pegawai yang berpindah keluar dan masuk di Pejabat daerah dan Tanah Temerloh.
Deskripsi Tugas:
Untuk tugasan ini, saya dipertanggungjawabkan oleh Encik Yusnizam untuk menghasilkan sebuah montaj untuk bagi pegawai yang berpindah keluar dan masuk untuk program Pegawai Daerah Temerloh bersama staf PDT Temerloh. Montaj ini bertujuan untuk memperkenalkan pegawai-pegawai yang baru berpindah masuk ke dalam PDT Temerloh dan disiarkan semasa program tersebut berlangsung. Sebagai langkah permulaan, saya mengumpulkan maklumat-seperti senarai pegawai yang dilengkapi dengan nama, nombor kad pengenalan, tarikh berpindah keluar dan masuk serta tempat yang ditugaskan daripada Puan Siti Nur Azrina Akma yang merupakan pembantu tadbir yang menguruskan personel pejabat. Apabila data selesai dikumpulkan, saya memulakan proses untuk mendapatkan gambar-gambar pegawai yang berpindah masuk dan keluar. Gambar-gambar ini juga diperoleh daripada komputer pembantu pegawai unit teknologi maklumat iaitu Encik Yusnizam dan juga daripada komputer Puan Azmira. Gambar yang diperoleh telah dihimpunkan di dalam satu fail dan telah dikategorikan mengikut bulan. Semasa proses ini dijalankan, saya juga telah menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint untuk menghasilkan slaid yang merangkumi data pegawai. Slaid ini direka supaya kelihatan profesional yang mana memberi fokus kepada pegawai yang berpindah masuk. Elemen visual dikurangkan supaya tumpuan dapat diberikan kepada imej dan data pegwai pegwai. Walau bagaimanapun, data dan imej ini perlu diolah dengan kreatif supaya menjadi menarik dan dapat mencuri perhatian audiens.
Seterusnya, saya juga telah menghubungi kesemua pegawai-pegawai baharu yang berpindah masuk ke PDT Temerloh untuk mendapatkan gambar mereka yang berukuran passport. Saya dan rakan latihan industri bergerak untuk melakukan sesi menangkap gambar bagi pegawai yang tidak mempunyai gambar berukuran passport. Gambar-gambar ni kemudiannya dipindah masuk ke dalam Microsoft Powerpoint untuk dikemaskini. Slaid ditukar menjadi format video dan disunting menggunakan aplikasi Capcut untuk ditambah baik dengan effect, background music, transition, filter dan lain-lain. Tugasan ini mengambil masa selama 3 hari untuk disiapkan. Setiap satu hari digunakan untuk mengumpul data, menangkap gambar dan diedit.
2.0 Perbualan saya bersama salah seorang pegawai baharu
Sepanjang proses ini dilaksanakan, saya telah mengalami kekangan besar yang memberikan implikasi terhadap penghasilan montaj. Antara kesukaran yang dihadapi adalah kesukaran dalam mengenal pasti pegawai-pegawai yang terlibat serta cabaran untuk mendapatkan kerjasama daripada sebahagian staf yang menyebabkan proses pengumpulan gambar menjadi lebih dan mengambil masa yang lebih lama daripada yang dirancang. Tambahan pula, terdapat juga situasi dalam kalangan staf yang tidak memberikan kerjasama dan juga tidak memberikan maklum balas dalam tempoh yang panjang sekali gus menjejaskan tempoh masa pelaksaan tugas. Bagi menangani masalah ini, saya telah mengambil inisiatif untuk memaklumkan perkara tersebut kepada Encik Yusnizam dan Puan Azrina Akma tentang perkara tersebut untuk mendapatkan sokongan dan tindakan susulan. Dengan itu, mereka telah membantu untuk menghubungi staf tersebut dan memperoleh bahan yang diperlukan seperti gambar.
Saya telah menimba pelbagai ilmu yang signifkan sepanjang melaksanakan tugasan ini. Antaranya saya telah belajar untuk meningkatkan kemahiran komunikasi yang terbukti signifikan di dalam sesebuah organisasi, di mana kepentingan dalam penyampaian maklumat jelas nntuk memastikan kelancaran bagi sesuatu tugasan. Pengalaman ini telah mengajar saya untuk memperkukuhkan keupayaan dalam pengurusan cabaran untuk menyelesaikan masalah apabila berhadapan dengan cabaran yang tidak dijangka dan mengajar saya tentang kepentingan kolaborasi dan kerjasama di dalam sesebuah organisasi.
Pengalaman yang telah dilalui ini telah memberikan impak yang mendalam di dalam diri saya untuk berdepan dengan pelbagai cabara. Perkara ini telah membentuk sebuah pemikiran yang lebih mendalam terhadap realiti dunia pekerjaan yang sebenar di mana bukan sahaja memberikan keutamaan terhadap kemahiran teknikal malah juga kemahiran interpersonal. Penndedahan ini memberikam impak dalam perkembangan diri saya untuk menguasai bidang kemahiran tetapi juga dalam komunikasi supaya dapat menjadi lebih kompeten dalam menyempurnakan sesuatu tugasa.


Comments
Post a Comment