OKTOBER
MINGGU PERTAMA
v Tarikh: 6/10/2025 (Isnin)
v Aktiviti Harian:
1.
Mempelajari
struktur organisasi dan fungsi utama Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Saya diberi taklimat oleh
staf yang bertanggungjawab untuk pelajar latihan industri untuk mengenali struktur
organisasi, jabatan yang merangkumi bahagian pentadbiran, pembangunan,
pengurusan, kewangan dan teknologi maklumat. Melalui taklimat tersebut,
mengenali setiap jabatan dan peranan mereka merupakan perkara yang penting yang
menunjukkan bagaimana koordinasi antara unit di dalam sesebuah organisasi.
2.
Mempelajari
cara pemasangan alatan teknikal untuk mesyuarat jabatan.
Saya turut mempelajarai
cara-cara pemasangan peralatan teknikal seerti projector, sistem audio,
mikrofon dan juga monitor yang digunakan dalam bilik mesyuarat. Melalui tunjuk
ajar daripada staf teknikal dan penyelia, saya dapat memahami proses dan
Langkah asas untuk memastikan peralatan berfungsi dengan baik sebelum mesyuarat
bermula. Pengalaman ini memberikan kemahiran praktikal dalam aspek teknologi.
Pengetahuan/Kemahiran
Yang Diperoleh:
1.
Mengetahui
prosedur lapor diri serta etika kerja di sektor awam.
2.
Mempelajari
skop kerja yang
3.
Memahami
cara pemasangan alatan ICT dan kepentingan penyediaan awal untuk mengelakkan
masalah teknikal.
v Tarikh: 7/10/2025 (Selasa)
v Aktiviti Harian:
1.
Menggunakan
perisian seperti Capcut untuk menyunting video.
Selepas sesi rakaman, saya
menggunakan CapCut dan ClimpChamp untuk menjalankan proses penyuntingan video.
Melalui aktiviti ini, saya mempelajari cara-cara untuk memlilih klip terbaik,
memotong bahagian- bahagian yang tidak diperlukan, menyusun babak dan
menambahkan elemen seperti teks, muzik latar dan filter.
2.
Mengikuti
pegawai ke lokasi lawatan tapak iaitu di Kampung Desa Murni, Kerdau.
Semasa melakukan proses
penyuntingan, komunikasi dan interaksi antara pelbagai pihak seperti pegawai
jabatan, staf teknikal dan penduduk Desa Murni adalah penting dalam proses
penyuntingan. Aktiviti ini memberikan pengalaman tentang pentingnya komunikasi
yang jelas dan kerjasama yang baik untuk kelancaran proses rakaman dan
pengumpulan maklumat.
Pengetahuan/Kemahiran
Yang Diperoleh:
1.
Menguasai
kemahiran asas penyuntingan video menggunakan perisian seperti Capcut/ Adobe
Premiere Pro.
2.
Menyedari
kepentingan komunikasi dan kerjasama antara staf serta komuniti tempatan semasa
tugasan luar.
3.
Memahami
cara pemasangan alatan ICT dan kepentingan penyediaan awal untuk mengelakkan
masalah teknikal.
v Tarikh: 8/10/2025 (Rabu)
v Aktiviti Harian:
1. Membantu dalam persiapan
awal program di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh.
Saya dipertanggungjawabkan
untuk menyediakan dan mempersiapkan peralatan sebelum sesuatu program bermula
seperti menyediakan sistem audio dan projektor. Pengalaman ini memberikan
pengetahuan tentang kepentingan perancangan awal sesuatu program untuk
memastikan kelancaran majlis.
2. Menangkap gambar semasa
program berlansung.
Saya ditugaskan untuk
menangkap gambar dan merekodkan beberapa video semasa program Inisiatif Pahang
dilaksanakan. Saya berpeluang untuk mengaplikasikan kemahiran fotografi yang
diajar oleh pensyarah dengan mempratikkan teknik sudut yang sesuai, mengawal
pencahayaan serta merekodkan detik-detik penting.
Pengetahuan/Kemahiran
Yang Diperoleh:
1.
Mempelajari
teknik asas fotografi dan mengaplikasi di dalam situasi yang sebenar
termasuklah dalam penetapan sudut, pencahayaan dan sebagainya.
2.
Memahami
tatacara penyediaan dan pengendalian peralatan teknikal yang diperlukan untuk
program penting.
3.
Mengasah
skil komunikasi secara profesional untuk memastikan kelancaran program.
v Tarikh: 9/10/2025 (Khamis)
v Aktiviti Harian:
1. Membantu dalam proses pemasangan
dan penyediaan alatan ICT bagi tujuan mesyuarat jabatan.
Saya ditugaskan untuk
membantu dalam pemasangan penyediaan alatan ICT sebelum mesyuarat jabatan
dijalankan. Tugasan ini termasuklah penglibatan penyediaan projektor, sistem
audio, pemasangan komputer riba kepada monitor serta semakan sambungan
internet.
Menghadiri sesi
perbincangan bersama staf-staf yang terlibat di dalam projek Cendawan Tiram,
Desa Murni, Sanggang.
Saya menghadiri sesi
perbincangan bersama-sama dengan staf yang terlibat di dalam projek Cendawan
Tiram. Dalam sesi ini, setiap staf mempunyai peranan masing-masing untuk
menjayakan projek tersebut. Perbincangan ini turut dihadiri oleh tok penghulu
serta setiausaha kampung Desa Murni untuk memberikan kepada staf supaya projek
ini dapat dijalankan.
Pengetahuan/Kemahiran
Yang Diperoleh:
1. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan penyampaian
idea dalam suasana formal.
2. Memahami tentang kepentingan ketepatan masa dan
kemahiran untuk menyelesaikan masalah dalam secara pantas untuk memastikan
kelancaran sesuatu mesyuarat jabatan.
3. Mempelajari untuk menerima maklum balas secara
professional dan mengaplikasikan kepada hasil kerja.
v Tarikh: 10/10/2025
(Jumaat)
v Aktiviti Harian:
1. Menghadiri sesi
perbincangan bersama Dato’ Pegawai Daerah Temerloh.
Saya turut hadir dalam sesi perbincangan bersama Dato’ Khairur selaku Pegawai Daerah untuk mendapatkan maklum balas berkaitan dengan video. Di dalam sesi ini, saya dapat mempelajari tentang pandangan pihak tertinggi mengenai mesej utama yang ingin disampaikan kepada penonton. Video tersebut juga diarahkan untuk disusun agar menjadi lebih kemas dan disarankan agar klip-klip ditambahkan supaya merangkumi maklumat yang ada di dalam slaid dengan lebih menyeluruh.
Pengetahuan/Kemahiran
Yang Diperoleh:
1.
Menguasai
kemahiran asas penyuntingan video menggunakan perisian seperti Capcut.
2.
Menyedari
kepentingan komunikasi dan kerjasama antara staf serta komuniti tempatan semasa
tugasan luar.
3.
Meningkatkan
kemahiran komunikasi dan penyampaian idea dalam suasana formal.
v Tarikh: 13/10/2025
(Isnin)
v Aktiviti Harian:
1.
Mereka
bentuk dan mengedit bahan visual menggunakan platform Canva.
Saya dipertanggungjawabkan
untuk mereka beberapa design untuk kad Touch N Go yang bertemakan Karnival
aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh. Karnival ini akan diadakan pada
bulan November dimana pelbagai acara akan diadakan seperti sukaneka, jualan
RAHMAH, konsert, ceramah perdana dan sebagainya.
2.
Menjalankan
pengemaskinian perisian komputer riba jabatan.
Selain itu, saya ditugaskan
untuk mengemaskini perisian komputer riba jabatan dan memastikan semua sistem
dan aplikasi berada di dalam keadaan yang terkini serta berfungsi dengan baik.
Kepentingan untuk mengemaskini peralatan ICT secara berkala membantu untuk
mengelakkan gangguan teknikal semasa kerja dijalankan.
Pengetahuan/Kemahiran
Yang Diperoleh:
1.
Meningkatkan
kemahiran dalam reka bentuk grafik, kreativiti, dan kemampuan mengikut kehendak
jabatan.
2.
Mendapat
pendedahan dalam proses reka bentuk yang memerlukan ketelitian.
3.
Memahami
cara pemasangan alatan ICT dan kepentingan penyediaan awal untuk mengelakkan
masalah teknikal
v Tarikh: 14/10/2025
(Selasa)
v Aktiviti Harian:
1.
Meneruskan
tugasan mereka bentuk Touch N Go .
Saya meneruskan tugasan
dalam mereka bentuk kad Touch N Go dengan mengikut tema yang telah ditetapkan
oleh jabatan. Proses ini melibatkan penambahan dari segi elemen grafik dan
pemilihan teks yang sesuai dan serta mennyelaras imej agar menjadi lebih kemas
dan professional. Pelbagai elemen telah digunakan dengan menggabungkan ikon,
ilustrasi dan tipografi untuk menghasilkan visual yang berkualiti.
2.
Menjalankan
pengemaskinian perisian komputer riba jabatan.
Selain itu, saya ditugaskan
untuk mengemaskini perisian komputer riba jabatan dan memastikan semua sistem
dan aplikasi berada di dalam keadaan yang terkini serta berfungsi dengan baik.
Kepentingan untuk mengemaskini peralatan ICT secara berkala membantu untuk
mengelakkan gangguan teknikal semasa kerja dijalankan.
Pengetahuan/Kemahiran
Yang Diperoleh:
1.
Memahami
cara pemasangan alatan ICT dan kepentingan penyediaan awal untuk mengelakkan
masalah teknikal.
2.
Meningkatkan
kemahiran dalam reka bentuk grafik, kreativiti, dan kemampuan mengikut kehendak
jabatan.
3.
Mendapat
pendedahan dalam proses reka bentuk yang memerlukan ketelitian.
v Tarikh: 15/10/2025 (Rabu)
v Aktiviti Harian:
1.
Menghasilkan
video untuk program KIK.
Saya diberikan diberikan
tugasan iaitu menghasilkan video rasmi bagi program KIK. Proses ini melibatkan
3 video dimana dua daripada video tersebut merupakan video tutorial yang
menunjukkan cara untuk menggunakan sistem E-Tahu. Video yang terakhir berkait
dengan simulasi situasi yang membolehkan pengguna untuk menggunakan sistem E-
Tahu.
2.
Memuat
naik posting di Facebook.
Saya juga telah ditugaskan
untuk mengemas kini media social rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh yang
melibatkan tugas untuk memuat naik posting yang mempunyai kapsyen yang
sesuai, pemilihan gambar yang relevan serta maklumat tentang program.
Pengetahuan/Kemahiran
Yang Diperoleh:
1.
Memahami
teknik asas untuk penyuntingan seperti trimming, cutting, audio balancing
dan sebagainya.
2.
Memahami
kepentingan pengurusan imej organisasi di dalam media sosial.
3.
Mempelajari
cara menyusun kandungan yang jelas dan ringkas yang boleh menarik perhatian
orang ramai.
v Tarikh: 16/10/2025
(Khamis)
v Aktiviti Harian:
1.
Membuat
borang maklum balas bagi pelanggan di Portal Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Saya bertanggungjawab dalam
menyediakan borang Maklum Balas Pelanggan untuk kegunaan pejabat Daerah dan
Tanah Temerloh. Borang ini mempunyai soalan yang relevan yang digunakan untuk
menilai kepuasan pelanggan terhadap servis, perkhimatan dan kemudahan yang
disediakan. Borang ini dirangka untuk mengandungi maklumat tentang pelanggan,
jenis urusan, kualiti layanan, tahap penyelesaian urusan dan lain-lain.
2.
Menghasilkan
reka bentuk banner untuk Portal Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Seterusnya, saya ditugaskan
untuk menghasilkan reka bentuk banner yang akan diletakkan di portas
rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Tugasan ini melibatkan penggunaan
medium seperti platform Canva yang direka untuk mempunyai elemen dan grafik
supaya selari dengan tema. Saya memastikan reka bentuk ini mengikuti standard
portal agar visual kelihatan professional.
Pengetahuan/Kemahiran
Yang Diperoleh:
1.
Mempelajari
untuk merangka soalan yang tepat dan efisien bertujuan untuk menambahbaik
kualiti perkhidmatan.
2.
Meningkatkan
kemahiran dalam reka bentuk grafik yang menepati standard dan mengandungi gaya
profesional.
3.
Meningkatkan
keupayaan menerima maklum balas dan menambaik baik hasil kerja dengan lebih
efektif.
v Tarikh: 17/10/2025
(Jumaat)
v Aktiviti Harian:
1. Menjalankan
pengemaskinian perisian komputer riba jabatan.
Saya diarahkan untuk
mengemaskini perisian komputer riba jabatan untuk memastikan semua sistem
berada dalam keadaan yang terkini dan berfungsi dengan baik. Proses ini
melibatkan semakan terhadap sistem operasi komputer riba, perisian virus dan
juga dengan memuat turun sistem sokongan yang lain. Saya turut memastikan fail
sementara di dalam komputer riba dibersihkandan tetapan sistem berada di dalam
keadaan yang optimum.
Pengetahuan/Kemahiran
Yang Diperoleh:
1.
Memahami
kepentingan melaksanakan kemas kini untuk mengelakkan isu keselamatan dan
gangguan prestasi.
2.
Mengetahui
langkah asas untuk memastikan komputer riba dapat berfungsi selepas dikemas
kini.
3.
Memahami
proses kemas kini sistem operasi seperti Windows Update.
MINGGU KETIGA
v Tarikh: 21/10/2025 (Selasa)
v Aktiviti Harian:
1.
Menyediakan
dan memasang komputer riba untuk mesyuarat.
Saya telah diwajibkan untuk
menyediakan komputer riba dan juga peralatan ICT untuk kegunaan mesyuarat.
Tugasan ini melibatkan sambungan komputer riba kepada projektor dan skrin
paparan, memastikan audio berfungsi serta membuka fail pembentangan. Selain
itu, saya juga akan memastikan monitor dapat digunakan serta memeriksa
sambungan internet supaya mesyuarat berjalan dengan lancar.
2.
Memuat
naik posting di Facebook.
Saya kini bertanggungjawab
sebagai salah seorang administrator yang mengendalikan media sosial jabatan
iaitu dengan memuatnaik gambar dan maklumat tentang majlis atau program yang
berkaitan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Tugas ini termasuklah
pemilihan terhadap gambar yang sesuai, penyediaan kapsyen yang professional
serta maklumat yang tepat. Setiap ejaan dan tatabahasa akan disemak semula
supaya posting kelihatan lebih kemas.
Pengetahuan/Kemahiran
Yang Diperoleh:
1.
Belajar
untuk menyelesaikan masalah teknikal kecil seperti sambungan paparan, audio dan
tetapan projektor.
2.
Mengasah
kemahiran dalam menghasilkan kandungan Facebook yang jelas, ringkas dan
profesional.
3.
Meningkatkan
keupayaan menyampaikan maklumat secara visual dan berstruktur.
v Tarikh: 22/10/2025 (Rabu)
v Aktiviti Harian:
1. Mengubah suai logo rasmi Karnival Aspirasi
Pahang bagi daerah Temerloh.
Saya telah ditugaskan
untuk mengubah suai logo rasmi yang telah disediakan untuk mewakili daerah
Temerloh. Beberapa elemen asal seperti logo karnival serta tulisan dikekalkan
manakala grafik kartun ikan patin ditambah untuk menonjolkan identiti daerah
Temerloh sebagai bandar ikan patin. Beberapa pengubahsuaian juga turut dibuat
terhadap ikon ikan patin tersebut mengikut maklum balas yang diberikan.
1. Membuat poster untuk Hari Peniaga.
Seterusnya, saya
juga dikehendaki untuk menghasilkan sebuah poster yang bertujuan untuk
dijadikan sebagai kain rentang. Design tersebut dihasilkan daripada poster asal
dimana latar belakang serta elemen – elemen foreground ditiru dan
diletakkan di dalam poster tersebut
2. Mengemas kini carta organisasi Pejabat Daerah dan Tanah
Temerloh.
Saya juga turut
terlibat dalam mengemaskini carta organisasi jabatan. Saya dikehendaki untuk
menyemak nama pegawai dan susunan hierarki dengan memperbaiki kotak jawatan
serta menyelaraskan font dengan menggunakan platform Canva.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.
Memahami
penggunaan logo rasmi kerajaan negeri dan format visual yang mematuhi piawaian
jabatan.
2.
Mempelajari
untuk mengekalkan konsistensi visual dalam poster dan carta organisasi.
3.
Menyesuaikan
reka bentuk mengikut permintaan serta maklum balas daripada staf jabatan.
v Tarikh: 23/10/2025 (Khamis)
v Aktiviti Harian:
1.
Menyediakan
kelengkapan ICT untuk kelancaran mesyuarat
Saya diberikan
tugasan untuk memastikan kelengkapan ICT seperti komputer riba, projektor,
monitor, skrin paparan serta sistem audio dipasang dan berada dalam keadaan
siap sedia. Tugasan ini merangkumi penyemakan sambungan paparan dari komputer
riba ke skrin serta menguji audio. Saya juga turut memastikan slaid atau
perisian yang diperlukan dibuka terlebih dahulu supaya paparan muncul tanpa
gangguan yang dapat memudahkan pegawai menjalankan taklimat.
2.
Meneruskan
penyuntingan video korporat untuk Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Selain itu juga,
setelah siap memasang kelengkapan ICT mesyuarat, saya meneruskan proses
penyuntingan dengan memberi fokus kepada visual dan ketepatan maklumat. Tugasan
ini melibatkan tentang pengemaskinian klip, menambahkan transisi, menambahkan
elemen tambahan seperti sticker, text serta overlay untuk
menghasilkan naratif yang lebih professional. Penambahbaikan akan terus
dilakukan untuk memastikan video menepati standard penyelia.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.
Mempelajari
cara untuk memastikan peralatan ICT mesyuarat berada dalam keadaan yang
bersedia serta berfungsi dengan baik.
2.
Meningkatkan
kemahiran untuk menyelesaikan isu teknikal yang kecil seperti sambungan
paparan.
3. Mengasah keb3olehan menilai kualiti visual dan audio
secara lebih teliti ketika melakukan penyuntingan.
v Tarikh: 24/10/2025 (Jumaat)
v Aktiviti Harian:
1.
Memuat naik
hantaran di Facebook bagi meningkatkan capaian maklumat.
Saya diarahkan
oleh penyelia untuk memuat naik hantaran berkaitan dengan aktiviti jabatan ke
laman Facebook yang rasmi sebagai usaha untuk memperluas maklumat kepada orang
awam.
2.
Merakamkan
gambar serta video untuk video korporat Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Selain itu juga,
setelah siap memasang kelengkapan ICT mesyuarat, saya meneruskan proses
penyuntingan dengan memberi fokus kepada visual dan ketepatan maklumat. Tugasan
ini melibatkan tentang pengemaskinian klip, menambahkan transisi, menambahkan
elemen
3.
Mengemaskini halaman
Facebook dengan hantaran terbaru.
Selain itu juga,
setelah siap memasang kelengkapan ICT mesyuarat, saya meneruskan proses
penyuntingan dengan memberi fokus kepada visual dan ketepatan maklumat. Tugasan
ini melibatkan tentang pengemaskinian klip, menambahkan transisi, menambahkan
elemen
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.
Mempelajari
cara untuk memastikan peralatan ICT mesyuarat berada dalam keadaan yang
bersedia serta berfungsi dengan baik.
2.
Meningkatkan
kemahiran untuk menyelesaikan isu teknikal yang kecil seperti sambungan
paparan.
3.
Mengasah
kebolehan menilai kualiti visual dan audio secara lebih teliti ketika melakukan
penyuntingan.
MINGGU KEEMPAT
v Tarikh: 27/10/2025 (Isnin)
v Aktiviti Harian:
1.
Menetapkan
semula kata laluan untuk emel rasmi Penghulu Mukim Perak 2.
Pada hari Isnin,
saya ditugaskan untuk menetapkan kata laluan yang baru untuk Penghulu Mukim
Perak 2. Kata laluan ini ditetapkan menggunakan emel alternatif pengguna dan
ditukarkan apabila pengguna tidak dapat mengakses masuk ke dalam laman web
rasmi Pahang. Kata laluan yang ditukar mestilah berbeza dan perlu mematuhi
aturan yang disediakan untuk kata laluan. Kebanyakan kata laluan yang
dihasilkan tidak boleh digunakan kerana majoritinya telah digunakan oleh
pengguna-pengguna lain.
2.
Mengumpulkan
gambar Pegawai Daerah iaitu Dato’ Khairur Rizal Bin Ramli bersama Pemangku Raja
Pahang.
Saya diarahkan
untuk mengumpulkan gambar dan mengasingkan gambar-gambar rasmi Pegawai Daerah
Temerloh iaitu Dato’ Khairur Rizal bersama Pemangku Raja Pahang yang hadir
untuk melawat kawasan. Tugasan ini melibatkan proses mencari, menyusun dan
memilih gambar yang sesuai daripada kamera yang bertujuan untuk kegunaan
penerbitan.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.
Mempelajari
kaedah mengurus dan menapis bahan media rasmi mengikut keperluan protocol
jabatan.
2.
Meningkatkan
kemahiran untuk menyelesaikan isu teknikal.
v Tarikh: 28/10/2025 (Selasa)
v Aktiviti Harian:
1.
Mengarang ayat
yang akan digunakan untuk hantaran maklumat di Facebook.
Saya bertanggungjawab
untuk mengarang ayat untuk digunakan di dalam posting untuk dihantar di
dalam Facebook rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh di bawah bahagian
bencana. Tugasan ini merangkumi penyediaan teks yang sesuai dengan gambar,
padat dan menarik supaya maklumat yang disampaikan adalah berkesan kepada
Masyarakat. Saya turut memastikan bahawa gaya penulisan yang digunakan selaras
dengan identiti jabatan.
2.
Menghantar
posting yang sudah dihasilkan di dalam Facebook.
Ayat yang
dikarang kemudiannya, dimuat naik ke dalam laman rasmi Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Daerah Temerloh. Hantaran ini
perlu disemak semula supaya kandungan yang diterbitkan berada di dalam format
yang betul serta professional. Maklumat dapat disampaikan dengan lebih berkesan
dengan adanya kandungan yang berstruktur.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.
Memahami
kepentingan ketetapan maklumat sebelum diterbitkan di platform rasmi jabatan.
2.
Menguasai
kemahiran menyemak semula kesalahan bahasa dan format sebelum hantaran
diterbitkan.
3.
Mengasah
kemahiran mengurus kandungan digital secara lebih teratur dan professional.
v Tarikh: 29/10/2025 (Rabu)
v Aktiviti Harian:
1.
Menyediakan dan
memasang peralatan ICT bagi mesyuarat jabatan.
Saya telah menjalankan
tugas dalam menyediakan dan memasang peralatan ICT sebelum mesyuarat bermula.
Lazimnya, tugasan ini meliputi penyediaan alatan teknikal yang diperlukan untuk
memaparkan bahan-bahan yang penting untuk mesyuarat jabatan. Contohnya seperti
slaid, dokumen rasmi atau video. Alatan teknikal tersebut perlu berada dalam
keadaan yang baik supaya mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.
2.
Menghasilkan
borang pendaftaran untuk kegunaan Karnival Aspirasi Pahang 1st.
Saya ditugaskan
untuk menghasilkan borang pendaftaran bagi kehadiran peserta semasa karnival
berlangsung. Borang pendaftaran kehadiran dihasilkan dengan menggunakan Google
Form iaitu dihasilkan di dalam bentuk digital yang kemudiaannya akan ditukarkan
kepada kod QR. Borang ini melibatkan proses mengenal pasti butiran peribadi
seperti nama, nombor kad pengenalan serta nombor telefon yang akan digunakan
untuk acara cabutan bertuah.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.
Mengasah
kemahiran teknikal dalam pemasangan dan penyediaan peralatan ICT untuk
mesyuarat.
2.
Memahami
keperluan maklumat yang relevan bagi tujuan pendaftaran program rasmi.
3.
Menyedari
kepentingan ketepatan data dan kejelasan maklumat dalam pengurusan program.
v Tarikh: 30/10/2025 (Khamis)
v Aktiviti Harian:
1.
Menyenaraikan
acara dan aktiviti Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh.
Aturcara
karnival aspirasi telah dikeluarkan dan saya bertanggungjawab untuk
menyenaraikan segala acara dan aktiviti yang akan diadakan di karnival. Senarai
ini melibatkan penyusunan jadual aktiviti serta pengelasan mengikut hari, waktu
dan tempat. Senarai yang disediakan bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan
serta memudahkan perancangan.
2.
Mengemaskini
hantaran di laman sesawang rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Seterusnya, saya
diarahkan untuk mengemaskini hantaran di laman sesawang rasmi Pejabat Daerah
dan Tanah Temerloh. Hantaran ini melibatkan hebahan tentang mesyuarat, aktiviti
serta maklumat penting yang merangkumi teks dan gambar yang bersesuaian.
Maklumat yang dipaparkan hendaklah tepat dan terkini sebelum diterbitkan untuk
rujukan orang awam.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.
Mempelajari
cara menyusun dan mengurus maklumat acara secara teratur dan sistematik.
2.
Mengasah
ketelitian dalam menyemak fakta, ejaan dan susun atur sebelum maklumat
diterbitkan.
3. Menambah pendedahan terhadap pengurusan komunikasi digital dalam sektor awam.
v Tarikh: 31/10/2025 (Jumaat)
v Aktiviti Harian:
1.
Membuat
penyuntingan logo Karnival Aspirasi Pahang 1st bagi mewakili daerah
Temerloh.
Saya memulai
hari saya dengan menjalankan tugasan iaitu dengan membuat penyuntingan logo
Karnival Aspirasi Pahang 1st bagi mewakili daerah Temerloh. Proses
ini melibatkan penyesuaian elemen grafik yang dapat melambangkan identiti
Temerloh agar selaras dengan tema dan konsep bagi keseluruhan karnival. Logo
yang disunting dipastikan sesuai untuk digunakan pada pelbagai medium seperti
bahan cetakan, paparan digitak dan media sosial.
2.
Merakamkan
liputan fotografi semasa mesyuarat.
Kemudian, saya
juga telah ditugaskan untuk menjalankan tugas bagi merakamkan liputan fotografi
semasa mesyuarat jabatan. Tugasan ini merangkumi pengambilan gambar sepanjang
sesi mesyuarat berlangsung yang memberi fokus kepada sudut rakaman yang sesuai,
pencahayaan serta komposisi gambar yang baik supaya hasil rakaman atau gambar
kelihatan professional.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.
Meningkatkan
kemahiran penyuntingan grafik menggunakan perisian reka bentuk.
2.
Memahami
kepentingan identiti visual dalam mewakili daerah dan organisasi.
3.
Meningkatkan
kemahiran memilih sudut gambar serta komposisi dalam mesyuarat rasmi.
.
Comments
Post a Comment