MAC
MINGGU PERTAMA
v Tarikh: 02/03/2026 (Isnin)
v Aktiviti Harian:
1. Membaiki perisian Microsoft Office pada komputer staf.
Saya telah ditugaskan oleh Encik Yusnizam untuk membaiki perisian Microsoft Office yang bermasalahpada komputer staf di Unit Hasil. Saya telah mengenal pasti punca masalah yang mana berlakunya kegagalan untuk membuka aplikasi kerana ketidakberhasilan untuk log masuk. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya menggunakan akaun Micrsoft Office yang disediakan khas untuk staf PDT Temerloh untuk log masuk. Setelah selesai, saya menjalankan ujian pada semua aplikasi Microsoft Office agar semuanya dapat digunakan dengan baik.
2. Menyediakan dan memasang peralatan ICT bagi mesyuarat jabatan.
Saya telah menjalankan tugas dalam menyediakan dan memasang peralatan ICT sebelum mesyuarat bermula. Lazimnya, tugasan ini meliputi penyediaan alatan teknikal yang diperlukan untuk memaparkan bahan-bahan yang penting untuk mesyuarat jabatan. Contohnya seperti slaid, dokumen rasmi atau video. Alatan teknikal tersebut perlu berada dalam keadaan yang baik supaya mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Meningkatkan kemahiran dalam mengenal pasti dan membaiki masalah perisian komputer secara sistematik.
2. Mengasah kemahiran dalam melakukan pemasangan semula perisian dengan betul dan selamat.
3. Meningkatkan kemahiran pengendalian dan penyediaan peralatan teknikal mesyuarat.
v Tarikh: 03/03/2026 (Selasa)
v Aktiviti Harian:
1. Menyelaras dan menyediakan komputer riba bagi pelaksanaan mesyuarat atas talian yang dijalankan di bilik mesyuarat PKOB.
Tugasan saya bermula dengan menyelaraskan komputer riba untuk mesyuarat di atas talian yang dilakukan di bilik mesyuarat.PKOB. Tugasan ini merangkumi penyediaan peralatan teliti, semakan sambungan internet yang baik serta pengujian persidangan video untuk memastikan komputer riba dapat memaparkan kandungan sebelum mesyuarat dijalankan. Konfigurasi audio serta paparan visual perlu berada dalam keadaan optimum supaya komunikasi antara dua pihak berjalan dengan lancar.
2. Mengurus dan mengemaskini kandungan berita di dalam Facebook PDT Temerloh.
Seterusya, saya juga diarahkan oleh Encik Yusnizam untuk memuat naik berita terkini di Facebook rasmi jabatan. Tugasan ini melibatkan penyediaan bahan visual serta teks untuk memaklumkan aktiviti terkini dari Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh kepada orang ramai. Berita yang dimuatnaik adalah tentang Tuanku Sultan Pahang yang telah memasyurkan Masjid Tengku Amir di Taman Bukit Bendera. Lazimya, kandungan berita akan dihasilkan terlebih dahulu dan diserahkan kepada Encik Yusnizam untuk disemak. Setelah diluluskan, berita kemudiaanya dapat disiarkan ke dalam Facebook yang disokong oleh gambar.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Meningkatkan skil dalam mengenal pasti punca kerosakan perisian komputer secara terperinci.
2. Memahami langkah-langkah asas untuk menangani masalah perisian yang menggangu operasi harian.
3. Meningkatkan kecekapan dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat melalui platform digital.
v Tarikh: 04/03/2026 (Rabu)
v Aktiviti Harian:
1. Menyelesaikan masalah capaian internet pada komputer staf di Unit Pentadbiran.
Saya telah diarahkan oleh Encik Yusnizam untuk menyelesaikan masalah capaian internet yang berlaku pada beberapa komputer staf di Unit Pentadbiran. Pertama sekali, saya melakukan ujian kelajuan internet (speedtest) untuk mengesahkan kelajuan internet. Langkah penyelesaian telah diambil dimana saya menetapkan semula tetapan rangkaian bagi mendapatkan sambungan internet yang stabil. Setelah selesai, saya menguji kelajuan internet tersebut dengan mengakses sistem dan laman sesawang PDT Temerloh.
2. Menghasilkan reka bentuk banner sempena sambutan Hari Raya.
Seterusya, saya telah ditugaskan untuk menghasilkan reka bentuk banner yang mewakili Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh sempena Hari Raya Aildilfitri. Untuk melaksanakan tugasan ini, saya terlebih dahulu memilih beberapa konsep yang sesuai dengan tema Hari Raya dengan mengambil kira elemen-elemen seperti tipografi, warna dan gaya yang berbeza yang mengambarkan suasana yang ceria semasa perayaan. Saya memberikan focus terhadap gaya yang berbeza yang mana dapat memberikan variasi pilihan kepada penyelia untuk diputuskan.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Meningkatkan kemahiran dalam mengenal pasti punca gangguan rangkaian secara lebih terperinci.
2. Memahami kepentingan pemilihan warna,tipografi dan imej menjadikan reka bentuk lebih kreatif dan berimpak.
3. Meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan reka bentuk yang unik dan bersesuaian dengan tema.
v Tarikh: 05/03/2026 (Khamis)
v Aktiviti Harian:
1. Mengumpul maklumat serta bahan berkaitan dengan Taman Kenangan, Temerloh.
Hari ini, aktiviti harian saya bermula dengan mengumpulkan maklumat serta bahan berkaitan dengan Taman Kenangan, Temerloh. Tugasan ini bertujuan untuk mendapatkan data untuk kegunaan organisasi. Semasa proses ini dijalankan, saya telah membuat carian dengan menggunakan pelbagai sumber seperti laman sesawang, media sosial serta bahan rujukan untuk mendapatkan info-info penting yang melibatkan latar belakang, keistimewaan dan lain-lain. Saya juga memastikan data yang diperoleh adalah tepat dan relevan sebelum ia diserahkan kepada Encik Yusnizam.
2. Menyediakan komputer riba dan peralatan teknikal untuk kegunaan mesyuarat.
Tugasan saya yang seterusnya ialah dengan menyediakan komputer riba serta peralatan teknikal yang diperlukan untuk kegunaan mesyuarat. Seperti biasa, saya memasang komputer riba di bilik mesyuarat dan segala peralatan akan diperiksa terlebih dahulu supaya dapat digunakan dalam keadaan yang baik. Perkara ini amat penting untuk memastikan mesyuarat dapat dilaksanakan dengan lebih teratur tanpa sebarang gangguan teknikal. Melalui persediaan yang rapi, maklumat disampaikan dengan efektif juga berkesan kepada pegawai yang terlibat
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Menguukuhkan keupayaan dalam mengurus maklumat dan bahan rujukan untuk kegunaan masa hadapan.
2. Meningkatkan kemahiran dalam penyediaan peralatan teknikal untuk mesyuarat.
v Tarikh: 06/03/2026 (Jumaat)
v Aktiviti Harian:
1. Mengemas kini semula rekod mesyuarat di dalam Google Sheet mesyuarat.
Tugasan saya pada hari ini ialah, mengemas kini rekod mesyuarat baharu di dalam Google Sheet untuk memudahkan urusan penetapan komputer riba untuk kegunaan mesyuarat. Encik Yusnizam memberikan senarai yang merangkumi maklumat-maklumat seperti tarikh, tajuk mesyuarat dan juga tempat. Rekod ini penting kerana ia menjadi rujukan terhadap staf dan pegawai yang meggunakan peralatan ICT bagi pelaksanaan mesyuarat. Saya turut memastikan setiap data yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau kesilapan dalam rekod.
2. Menghasilkan draf berita untuk Majlis Penyerahan Bantuan Bakul Makanan.
Tugasan saya yang seterusnya ialah saya diarahkan untuk menghasilkan draf berita tentang Majlis Penyerahan bantuan Bakul Makanan untuk tujuan hebahan rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Dalam proses penyediaan draf, saya telah mengumpulkan maklumat penting berkaitan majlis seperti tujuan program, pihak yang terlibat serta manfaat bantuan yang diberikan kepada penerima. Saya memastikan setiap maklumat disusun secara teratur agar aliran penulisan lebih jelas dan mudah difahami. Setelah siap, draf tersebut disemak bagi memastikan tiada kesilapan dari segi ejaan serta kesalahan maklumat dan diberikan kepada penyelia untuk diperiksa.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Menambahkan pengalaman dalam menyusun data agar lebih kemas dan mudah untuk dirujuk.
2. Meningkatkan kemahiran dalam penulisan draf berita rasmi.
MINGGU KEDUA
v Tarikh: 09/03/2026 (Isnin)
v Aktiviti Harian:
1. Mengurus dan mengemas kini kandungan media untuk platform Facebook.
Hari ini, saya diarahkan untuk mengemas kini kandungan media untuk Facebook rasmi jabatan. Tugasan ini merangkumi penyediaan bahan visual serta teks untuk memaklumkan aktiviti terkini dari Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh kepada orang ramai tentang Majlis Khatam Al-Quran yang telah diadakan semasa bulan Ramadan anjuran PDT Temerloh.
2. Menghasilkan brosur untuk Pesta Pelita Raya.
Seterusnya, saya diberikan tugasan untuk menghasilkan brosur untuk Pesta Pelita Raya sebagai bahan rujukan kepada juri-juri. Saya menggunakan Canva sebagai platform utama untuk menghasilkan brosur yang mana design dihasilkan berdasarkan tema iaitu Cahaya Desa Menanti Kepulangan. Saya juga telah merujuk beberapa brosur di dalam internet bagi mendapat inspirasi untuk menghasilkan brosur yang cantik dan dapat menarik perhatian juri. Oleh sebab itu, saya memberikan fokus terhadap penggunaan warna yang menarik serta grafik agar bersesuaian dengan tema.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Meningkatkan kecekapan dalam menyediakan kandungan sebelum proses penerbitan.
2. Mengasah keupayaan dalam menyusun maklumat secara jelas dan sistematik.
3. Meningkatkan kecekapan dalam menghasilkan bahan hebahan yang menarik dan professional.
v Tarikh: 10/03/2026 (Selasa)
v Aktiviti Harian:
1. Meneruskan penyuntingan reka bentuk brosur.
Tugasan saya pada hari ini ialah saya meneruskan penyuntingan terhadap reka bentuk brosur. Setelah mendapatkan gambaran awal tentang brosur, saya meneruskan pembuatan brosur dengan meletakkan beberapa elemen yang menggambarkan suasana raya. Sebagai contoh, saya menggunakan elemen grafik seperti pelita dan corak yang berbentuk esklusif untuk diletakkan sebagai tekstur. Warna yang dipilih juga adalah warna yang gelap untuk menberikan kontra terhadap warna cerah yang digunakan pada tajuk. Tambahan pula, warna ini juga dipilih untuk melambangkan tema brosur tersebut yang mana teks yang terang menggambarkan Cahaya Desa, dan background yang gelap menggambarkan frasa menanti kepulangan.
2. Merakamkan dan menghasilkan video TikTok untuk mempromosikan Pesta Pelita Raya.
Seterusnya, saya dan rakan pelajar industri ditugaskan untuk merakamkan serta menghasilkan video TikTok sempena Pesta Pelita Raya. Kami telah menjalankan proses rakaman dengan menggunakan telefon pintar dan memastikan kualiti video yang dihasilkan adalah jelas dan stabil. Klip ini direkodkan yang mana memaparkan lokasi Pesta Pelita Raya iaitu Taman Kenangan serta dekorasi-dekorasi yang telah dihasilkan. Setelah siap, klip-klip akan digabungkan untuk menghasilkan satu video yang penuh untuk mempromosikan Pesta Pelita Raya.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Meningkatkan kemahiran dalam menyunting bahan rasmi organisasi untuk acara yang berprofil tinggi.
2. Meningkatkan dalam merakamkan video yang memberi penegasan terhadap lokasi dan dekorasi acara.
v Tarikh: 11/03/2026 (Rabu)
v Aktiviti Harian:
1. Menetapkan dan menyediakan komputer riba untuk kegunaan taklimat.
Saya telah membuat pemeriksaan awal terhadap komputer riba termasuk memastikan fail dan dokumen dapat diakses tanpa masalah, serta perisian pembentangan seperti Microsoft PowerPoint tersedia dan boleh digunakan. Segala persediaan ini dilakukan lebih awal bagi mengelakkan sebarang gangguan teknikal sepanjang sesi taklimat berlangsung.
2. Menyambung penyuntingan brosur Pesta Pelita Raya.
Saya telah melakukan pengubahsuaian pada teks dan imej agar lebih jelas, menarik, dan mudah difahami oleh pembaca. Beberapa gambar juga telah ditambah dan diletakkan di dalam brosur dan telah disusun supaya kelihatan lebih teratur dan peofessional. Setelah siap disunting, reka bentuk ini diberikan kepada Encik Yusnizam untuk mendapatkan kelulusan untuk dicetak. Brosur ini kemudiannya dicetak dan dilipat supaya menjadi risalah.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Meningkatkan kemahiran dalam reka bentuk grafik dengan memahami cara menghasilkan susun atur yang kemas, menarik dan sesuai dengan tema sesuatu program.
2. Membantu saya membina sikap kreatif dan berfikir secara krisitis dalam menambah baik hasil kerja.
v Tarikh: 12/03/2026 (Khamis)
v Aktiviti Harian:
1. Menulis dan menghasilkan berita mengenai Pesta Pelita Raya.
Pada hari ini, saya telah ditugaskan untuk menulis dan menghasilkan berita berkaitan dengan Pesta Pelita Raya untuk disiarkan di dalam Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Perkara ini bertujuan untuk memberi makluman kepada orang ramai tentang pesta raya yang telah diadakan di Taman Kenangan. Dalam proses ini, saya mengumpulkan maklumat-maklumat penting seperti tarikh, masa dan lokasi yang diolah dengan menggunakan bahasa yang formal dan sesuai dengan standard penulisan berita rasmi organisasi. Kandungan berita ini juga telah disokong dengan beberapa buah gambar yang dapat menunjukkan suasana pesta tersebut.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan penulisan berita yang tepat, jelas dan mudah difahami.
2. Meningkatkan kemahiran dalam mengolah ayat bagi menggambarkan suasana program dengan lebih menarik.
3. Mengukuhkan keupayan dalam menghasilkan kandungan berita yang selaras dengan imej organisasi.
4. Menambah pengalaman dalam mengurus kandungan berita rasmi bagi tujuan hebahan dan komunikasi organisasi.
v Tarikh: 13/03/2026 (Jumaat)
v Aktiviti Harian:
1. Menjadi jurugambar untuk untuk sesi fotografi sempena Hari Raya.
Aktiviti harian saya bermula dengan menjadi jurugambar bagi sesi fotografi sempena sambutan Hari Raya. Semasa sesi ini dijalankan, saya menggunakan telefon sebagai medium utama untuk menangkap gambar. Saya juga mengambil pelbagai jenis gambar termasuklah gambar secara berkumpulan, potret individu serta momen-momen santai yang menggambarkan kemeriahan suasana Hari Raya.
2. Merakamkan video TikTok untuk Bahagian Pembangunan Daerah.
Seterusnya, saya juga telah diarahkan untuk merakam beberapa klip untuk platform TikTok. Dalam proses ini, konsep video termasuklah kandungan video telah dibincangkan sebelum rakaman bermula. Saya juga memberikan perhatian terhadap pergerakan kamera agar rakaman kelihatan lebih menarik.
3. Menghasilkan video TikTok untuk Bahagian Pembangunan Daerah.
Akhir sekali, klip-klip yang telah dirakam ini digabungkan untuk dijadikan sebagai satu video yang sesuai dengan trend semasa yang mana diinspirasikan oleh konten-konten yang viral. Saya menggunakan aplikasi CapCut untuk menghasilkan transition, effects dan filter untuk mendapatkan hasil yang baik.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Meningkatkan kemahiran dalam teknik fotografi untuk organisasi.
2. Meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan kandungan digital yang menarik.
3. Mengembangkan kecekapan dalam penghasilan dan penyuntingan video TikTok.
MINGGU KETIGA
v Tarikh: 16/03/2026 (Isnin)
v Aktiviti Harian:
1. Membantu dalam menangkap gambar dan merekodkan video.
Saya telah ditugaskan untuk membantu dalam menangkap gambar serta merekodkan video untuk unit Pembangunan Masyarakat. Gambar-gambar ini merangkumi gambar secara berkumpulan yang mana digunakan sebagai gambar rasmi untuk Hari Raya bagi pihak pembangunan Masyarakat. Dengan itu,gambar tersebt diambil dengan mengambil kira sudut pencahayaan serta ruang.
2. Menghasilkan video TikTok.
Selain itu juga, saya telah diarahkan untuk menghasilkan video TikTok dengan menggunakan klip-klip yang dirakam sebentar tadi. Video TikTok ini dihasilkan melalui CapCut yang mana disunting untuk mengikut trend di TikTok.
3. Mengarang dan memuat naik berita terkini daripada PDT Temerloh.
Akhir sekali, saya meneruskan tugasan saya iaitu dengan mengarang dan memuat naik berita terkini daripada PDT Temerloh. Lazimnya, kandungan berita dikarang terlebih dahulu dan diberikan kepada Encik Yusnizam untuk disemak. Setelah mendapat maklum balas, kandungan tersebut akan disunting semula sebelum disiarkan bersama gambar.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Meluaskan ilmu pengetahuan tentang komposisi gambar yang cantik dan sesuai untuk acara rasmi.
2. Mengembangkan skil dalam menyunting visual yang menarik dan kreatif.
3. Meningkatkan kecekapan menguruskan kandungan media untuk menguruskan kandungan media sosial untuk organisasi.
v Tarikh: 17/03/2026 (Selasa)
v Aktiviti Harian:
1. Memasang PC komputer staf di Unit Hasil.
Hari ini, saya melaksanakan tugasan pertama iaitu memasang PC komputer staf di unit Hasil. PC ini telah dipasang setelah siap dibaiki oleh pekerja teknikal. Saya telah memasang PC tersebut dengan menyambungkan kabel secara satu per satu seperti kabel kuasa dan kabel HDMI. Setelah siap, komputer ini telah dihidupkan dan diuji untuk memastikan operasi sistem berjalan dengan baik. Borang juga telah diberikan kepada staf untuk diisi untuk diletakkan ke dalam sistem aduan PDT Temerloh.
2. Meneruskan penyuntingan banner Hari Raya untuk PDT Temerloh.
Tugasan saya yang seterusnya adalah meneruskan penyuntingan banner Hari Raya untuk PDT Temerloh. Banner ini mempunyai beberapa reka bentuk yang belum lengkap kerana saya mengalami masalah untuk mencari tipografi yang sesuai dengan konsep. Saya meneruskan penghasilan tipografi yang sepadan dengan reka bentuk tersebut yang mendorong saya untuk melakukan pencarian di dalam internet untuk bagi mendapatkan inspirasi. Justeru, saya telah mengaplikasikan tipografi yang sepadan ke dalam design.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Meningkatkan kebolehan dalam mengendalikan peralatan ICT.
2. Memperluaskan ilmu pengetahuan dalam penyuntingan media visual yang kreatif dan imaginatif.
v Tarikh: 18/03/2026 (Rabu)
v Aktiviti Harian:
1. Mengubah suai reka bentuk banner Hari Raya kepada bentuk poster.
Hari ini, saya telah melaksanakan tugasan iaitu menukar susun atur reka bentuk yang telah dihasilkan dengan mengubah suai format banner kepada format poster. Proses ini melibatkan penyusunan elemen grafik yang mana diselaraskan agar komposisinya menjadi seimbang dan kemas untuk dilihat. Saya juga memastikan elemen seperti teks ucapan, maklumat acara, serta elemen hiasan bertema Aidifitri disusun semula dengan lebih efektif mengikut ruang yang baharu. Beberapa sudut dibiarkan menjadi kosong untuk digunakan bagi meletakkan gambar rasmi untuk semua unit di PDT Temerloh.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Meningkatkan kemahiran dalam menyesuaikan reka bentuk mengikut pelbagai saiz dan format dengan lebih teratur.
2. Mengasah kemahiran dalam menyusun elemen grafik agar kelihatan lebih seimbang dan menarik.
3. Mengukuhkan kemahiran dalam menghasilkan reka bentuk yang konsisten walaupun dalam format yang berbeza.
v Tarikh: 19/03/2026 (Khamis)
v Aktiviti Harian:
1. Membaiki poster Hari Raya.
Saya meneruskan tugasan hari ini dengan melakukan proses membaiki semula reka bentuk poster Hari Raya tersebut. Fokus utama sesi ini adalah untuk memperkemas setiap elemen visual yang dirasakan kurang seimbang atau memerlukan sentuhan lebih profesional bagi memastikan poster tampil lebih menarik dan eksklusif. Poster juga telah ditambah baik dengan memasukkan gambar-gambar raya dari setiap unit. Setiap gambar unit diletakkan dengan teliti, di mana saya turut melakukan proses penyuntingan warna yang ringkas agar tona gambar-gambar tersebut selari dengan tema warna poster yang telah ditetapkan sebelum ini.
2. Menyediakan dan memuatnaik berita tentang Taklimat Keselamatan Makanan ke dalam Facebook PDT Temerloh.
Saya bertanggungjawab menyediakan dan memuat naik berita mengenai Taklimat Keselamatan Makanan ke platform Facebook rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Saya kemudiannya merangka penulisan teks yang bersifat informatif namun tetap menarik untuk dibaca oleh orang awam dengan memastikan penggunaan bahasa yang formal serta nada yang sesuai dengan imej korporat jabatan. Saya juga melaksanakan proses pemilihan gambar-gambar yang mana diambil sepanjang taklimat berlangsung untuk dijadikan sebagai bahan visual sokongan.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Meningkatkan kemahiran dalam penulisan dan penerbitan berita di media sosial.
2. Mengasah keupayaan dalam menyusun kandungan secara sistematik.
MINGGU KEEMPAT
v Tarikh: 24/03/2026 (Selasa)
v Aktiviti Harian:
1. Mengemaskini laporan projek dan buku log.
Aktiviti saya pada hari ini ialah mengemaskini laporan projek dan buku log untuk merekodkan tugasan dan kerja yang dilakukan sepanjang tempoh latihan industri. Langkah pertama yang saya lakukan adalah menyemak semula senarai aktiviti-aktiviti yang telah dicatatkan dan menghasilkan laporan berdasarkan aktivit tersebut. Saya memastikan setiap aktiviti ditulis dengan jelas dan menggunakan bahasa yang sesuai untuk penulisan akademik. Selain itu, saya juga telah memperbaharui aktiviti di dalam buku log. Saya membuat penambahan serta penambahbaikan untuk memastikan projek sentiasa dikemas kini sehingga yang terkini.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Memupuk sikap teliti dalam memastikan setiap butiran dalam laporan adalah tepat dan konsisten.
2. Memajukan skil dalam menyediakan laporan rasmi yang kemas, jelas dan terperinci.
3. Meningkatkan kecekapan dalam menyelaraskan kandungan laporan agar lebih jelas dan mudah dirujuk.
4. Mengukuhkan kebolehan dalam menyemak keseragaman format dan gaya penulisan laporan.
v Tarikh: 26/03/2026 (Khamis)
v Aktiviti Harian:
1. Mengemaskini jumlah likes bagi video Pesta Pelita Raya untuk ketiga-tiga platform media sosial iaitu Facebook, Instagram dan TikTok.
Saya telah ditugaskan untuk mengemaskini jumlah likes bagi Pesta Pelita Raya yang telah dikongsikan di dalam tiga platform media sosial iaitu Facebook, Instagram dan TikTok, Tourism Pahang. Tugasan ini melibatkan pemantauan jumlah likes terhadap ketiga-tiga media platform yang mana telah direkodkan untuk dibandingkan dengan video daerah yang lain seperti Jerantut, Lipis, Maran, Bera, Kuantan, Raub, Rompin, Pekan, Cameron Highlands dan Bentong. Saya juga harus memastikan data ini adalah tepat dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, saya dikehendaki untuk merekodkan jumlah likes yang mengalami perbezaan yang ketara. Data ini kemudiannya diberikan kepada penyelia saya untuk dihantar kepada Pegawai Daerah Temerloh iaitu Dato Khairur Rizal Bin Ramli.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Mendalami kefahaman tentang kepentingan data engagement dalam menilai keberkesanan video.
2. Memperkukuh keupayaan dalam pemantauan prestasi kandungan media sosial.
3. Meningkatkan keupayaan dalam merekodkan dan menganalisis data secara sistematik.
v Tarikh: 27/03/2026 (Jumaat)
v Aktiviti Harian:
1. Mengemaskini jumlah likes semasa.
Saya telah ditugaskan untuk mengemas kini jumlah likes bagi kandungan Pesta Pelita Raya untuk ketiga- tiga platform. Kebiasaannya, pemantauan secara berkala dilakukan terhadap jumlah likes pada setiap platform, yang kemudiannya direkodkan secara sistematik bagi tujuan analisis dan perbandingan. Untuk meningkatkan jumlah likes, saya dan beberapa rakan latihan industri mengedarkan pautan kepada kenalan sabagai usaha untuk menaikkan engagement yang menjurus kepada peningkatan likes. Saya juga bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan data yang direkodkan serta mengemas kini maklumat tersebut dari semasa ke semasa. Setelah data lengkap disusun, maklumat tersebut telah diserahkan kepada penyelia untuk semakan sebelum dihantar kepada Pegawai Daerah Temerloh, iaitu Dato’ Khairur Rizal bin Ramli, bagi tujuan tindakan lanjut.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Mendalami strategi Pembangunan kandungan digital berasaskan tingkah laku audiens.
2. Memantapkan keupayaan dalam merekod dan menganalisis data secara sistematik.
3. Memperkukuh kemahiran dalam pemantauan prestasi kandungan media sosial.
4. Memperluas ilmu pengetahuan tentang strategi untuk meningkatkan engagement audiens yang menjadi indicator keberkesanan kandungan.
MINGGU KELIMA
v Tarikh: 31/03/2026 (Selasa)
v Aktiviti Harian:
1. Membuat jadual perbandingan jumlah likes untuk semua daerah.
Pada hari ini, saya telah melaksanakan tugasan membuat jadual perbandingan jumlah likes bagi semua daerah untuk tujuan analisis prestasi kandungan media sosial. Saya telah mengumpulkan data jumlah likes daripada pelbagai platform media sosial bagi setiap daerah dan disusun di dalam bentuk jadual mengikut nama daerah serta platform.
2. Menyertai perbincangan bersama Pegawai Daerah berkaitan strategi untuk meningkatkan jumlah likes.
Selain itu juga, saya telah menyertai satu sesi perbincangan bersama Pegawai Daerah berkaitan strategi untuk meningkatkan jumlah likes bagi kandungan media sosial. Pelbagai cadangan telah dibincangkan yang mana penting untuk memastikan kandungan digital mampu mencapai sasaran yang diingini. memastikan kandungan digital mampu mencapai sasaran yang lebih luas.
3. Memperbaharui jumlah likes yang terkini.
Akhir sekali, saya telah melaksanakan tugasan memperbaharui jumlah likes terkini bagi kandungan media sosial yang telah dipantau. Data dikemas kini dalam rekod sedia ada bagi memastikan maklumat yang disimpan adalah tepat dan relevan. Proses ini penting bagi membantu dalam analisis prestasi kandungan serta menilai keberkesanan strategi yang telah dilaksanakan.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Menambah pengalaman dalam penyusunan dan pengurusan data.
2. Mengasah keupayaan dalamberfikir secara kritis dana analitikal.
3. Meningkatkan keupayaan dalam memastikan ketepatan maklumat yang direkodkan.
Comments
Post a Comment