Bertugas untuk Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh

 Tarikh: 4/12/2025- 12/12/2025

Tajuk: Bertugas untuk Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh

Deskripsi Tugas:

Untuk projek ini, saya telah bertugas sempena Karnival Aspirasi Pahang 1st bagi Daerah Temerloh yang diadakan pada 12 Disember sehingga 14 Disember 2025. Karnival ini adalah karnival yang berskala besar yang berlangsung di setiap daerah di mana dianjurkan untuk melatih para usahawan untuk bekerjasama dengan mempengaruh. Tambahan pula, Kerajaan Negeri mengadakan karnival ini untuk memperkasakan program keusahawanan belia di Negeri Pahang bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu berdaya saing. Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh juga telah terlibat sebagai salah seorang penganjur karnival ini dan saya telah diberikan  peranan dalam menghasilkan montaj Menteri Besar Pahang iaitu YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, menghasilkan reka bentuk kad lanyard, membentuk logo mewakili daerah Temerloh, membuat slaid aturcara majlis perasmian dan menghasilkan kertas lukisan bagi pertandingan mewarna.



1.0 Poster Karnival Apirasi Pahang 1st Daerah Temerloh


Tugasan yang pertama yang diberikan oleh Encik Yusnizam adalah montaj khas yang memberi fokus kepada  Menteri Besar Pahang. Montaj ini bertujuan untuk menunjukkan tanda penghargaan terhadap kepimpinan beliau dan digunakan sebagai video perasmian semasa program Malam Cinta Palestin. Pada peringkat awal, saya telah diminta untuk mengumpulkan semua bahan visual yang berkenaan dengan YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail. Proses ini melibatkan pencarian dan pemilihan imej yang sesuai dan disimpan di dalam satu folder di Google Drive Unit IT PDT Temerloh. Gambar-gambar tersebut kemudiannya digabungkan di dalam CapCut yang merupakan platform utama untuk penyuntingan dan saya mengaplikasikan pelbagai elemen yang kreatif seperti transisi, filter, kesan khas serta muzik latar yang bersesuaian untuk menambahkan impak di dalam video. Setiap elemen ditambah dengan teliti supaya aliran cerita menampilkan imej yang profesional kepada penonton. Montaj ini juga dihasilkan menggunakan template sedia ada di dalam Youtube dan diubah suai dengan penambahan beberapa elemen seperti elemen grafik dan teks. Proses penyuntingan ini telah melalui beberapa fasa penambahbaikan yang berterusan sehingga menjelang hari Karnival Aspirasi Pahang. Saya telah melakukan penyuntingan dari masa ke masa berdasarkan maklum balas yang diterima oleh pihak atasan.



2.0 Montaj 


Tugasan saya yang seterusnya adalah menghasilkan sebuah logo untuk mewakili daerah Temerloh. Saya menggunakan logo asal karnival dan meletakkan ikan patin untuk melambangkan identiti Temerloh. Grafik ikan patin ini dijana dengan menggunakan kemudahan AI dan diestrak masuk ke dalam logo setelah melakukan pengubahsuaian. Di samping itu juga, saya telah diarahkan oleh Encik Yusnizam untuk menghasilkan reka bentuk lanyard bagi urus setia yang bertugas di Karnival tersebut. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya menerapkan elemen-elemen asal di dalam poster ke dalam reka bentuk lanyard.Reka bentuk ini dihasilkan dengan memilih kombinasi warna, tipografi, dan elemen grafik yang sama seperti di dalam poster. Reka bentuk ini diberikan kepada Pembantu Tadbir iaitu Puan Suryanti Binti Mat Shah untuk disemak. Setelah mendapat maklum balas, pengubahsuaian telah dibuat dan reka bentuk tersebuat sedia untuk dicetak. 

 

3.0 Logo untuk Karnival Aspirasi Pahang 1st bagi Daerah Temerloh




4.0 Reka Bentuk Lanyard


Saya juga telah diamanahkan oleh Encik Yusnizam bagi menghasilkan slaid sturcara majlis pada malam perasmian serta kertas lukisan untuk pertandingan mewarna. Slaid ini dibentuk berdasarkan tentatif majlis yang telah dilulukan oleh pihak yang berkenaan. Saya memastikan maklumat dan susunan acara adalah tepat dan mula menghasilkan slaid. Dalam proses tersebut, saya menitikberatkan tentang pemilihan ruang yang kemas serta memberi fokus terhadap penggunaan elemen visual yang versesuaian supaya slaid yang terhasil bukan sahaja menarik malah informatif serta bersifat profesional. Seterusnya, saya telah ditugaskan untuk membuat sebuah poster lukisan untuk pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Ilustrasi dan susun atur grafik dibentuk dengan teliti dan rapi supaya mempunyai visual yang jelas sekali gus memberikan ruang kepada kanak-kanak ini untuk menyerlahkan kreativiti mereka. 


5.0 Slaid Aturcara Majlis 


6.0 Reka Bentuk Kertas Lukisan


Semasa karnival berlangsung, saya juga telah bertugas sebagai salah seorang urus setia yang mengendalikan urusan media dan teknikal. Saya berperanan dalam memastikan kelancaran paparan visual serta bahan media yang akan digunakan untuk pengisian program. Saya diminta untuk bersedia sekiranya berlaku situasi yang memerlukan penambahbaikan untuk paparan media.


Cabaran dan Penyelesaian:

 Saya turut berhadapan dengan beberapa cabaran. Kekangan masa turut menjadi salah satu cabaran utama teruma sekali apabila melibatkan penambahbaikan yang berulang kali berdasarkan maklum balas yang diterima secara berterusan. Terdapat beberapa penambahan dan pindaan yang dilakukan menyebabkan proses penyuntingan mengambil masa yang lebih kerana melibatkan susunan klip dan penambahan elemen visual yang baharu. Seiring dengan itu, setiap perubahan yang dilakukan perlu diteliti semula untuk memastikan video mempunyai kesinambungan dan tidak menjejaskan kualiti video. Untuk mengatasi masalah ini, saya mengambil inisiatif untuk mendapatkan pengesahan awal bagi mengurangkan sebarang kesilapan yang berulang. Komunikasi yang jelas telah diaplikasi untuk mendapatkan maklum balas yang spesisifik yang dapat mengelakkan pembaziran masa. Selain itu, cabaran yang saya hadapi adalah untuk memastikan ketepatan maklumat di dalam slaid atur cara majlis. Tentatif majlis yang sering dikemas kini menyebabkan maklumat perlu diperbaharui dari semasa ke semasa. Langkah penyelesaian yang diambil adalah saya mendapatkan pengesahan yang terkini daripada pihak berkenaan dan mengamalkan proses semakan yang berulang kali. Perkara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kesilapan maklumat kandungan. Akhir sekali,  cabaran yang saya hadapi adalah  menghasilkan sebuah reka bentuk yang menarik dan sesuai untuk suasana majlis rasmi. Dalam konteks ini, saya perlu memastikan keseimbang antara nilai estetika serta fungsi supaya slaid yang dihasilkan kelihatan profesional dan dapat menarik perhatian audiens. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah membuat rujukan terhadap contoh-contoh reka bentuk yang sedia ada untuk mendapatkan inspirasi. Saya juga sentiasa merujuk kepada Encik Yusnizam yang mempunyai pengalaman yang tinggi dan banyak membantu dalam memberikan idea untuk menambah baik reka bentuk.


Kemahiran dan Pembelajaran:

Saya telah memperoleh pembelajaran yang penting yang turut memberi impak yang signifikan terhadap perkembangan diri saya. Antaranya ialah perkembangan dari segi pengurusan masa yang mana saya belajar untuk mengendalikan juga menyusun keutamaan semasa melaksanakan tugasan. Ia berkait rapat dengan kecekapan saya dalam membuat keputusan dengan lebih pantas terutamanya bila berhadapan dengan perubahan yang memerlukan tindakan yang segera. Kemahiran ini dalam memastikan produktiviti kerja sentiasa berada dalam tahap yang optimum walaupun berdepan dengan tekanan masa. Selain itu, komunikasi yang jelas dan berkesan juga adalah penting untuk mengelakkan kekeliruan dalam proses kerja. Penyampaian maklumat yang tepat dan konsisten amat penitng dalam memastikan kehdenak projek dicapai. 


Refleksi Diri:

Sepanjang menjalani tugasan dan pengalaman latihan industri ini, saya dapat melihat perkembangan diri yang ketara dari pelbagai aspek, khususnya dari segi kematangan berfikir, tahap keyakinan serta profesionalisme dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab. Pengalaman yang dilalui telah membuka ruang kepada saya untuk memahami realiti sebenar dunia pekerjaan yang bukan sahaja menuntut kemahiran teknikal, malah memerlukan daya tahan mental, kesabaran serta kebolehan mengurus tekanan dengan baik. Saya juga menyedari bahawa setiap cabaran yang dihadapi, seperti kekangan masa, perubahan maklum balas yang berterusan serta kesukaran mendapatkan kerjasama, sebenarnya merupakan satu proses pembelajaran yang sangat berharga. Situasi ini telah mengajar saya untuk menjadi lebih proaktif dan sentiasa bersedia untuk melakukan penambahbaikan terhadap hasil kerja.








Comments

Popular posts from this blog

PROJEK UTAMA: KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST

Video Sejati Madani untuk Kampung Desa Murni Sanggang, Temerloh.