Posts

Showing posts from October, 2025

Menghasilkan video korporat untuk Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Image
Tarikh: 23/10/2025 - 24/10/2025 Tajuk: Menghasilkan video korporat jabatan PDT Temerloh. Deskripsi Tugas: Untuk minggu ketiga di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, saya telah ditugaskan untuk menghasilkan sebuah video korporat jabatan untuk Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Video ini bertujuan untuk memperkenalkan jabatan kepada orang ramai yang menonjolkan peranan, fungsi dan perkhidmatan di PDT Temerloh. Proses ini bermula dengan pengumpulan maklumat penting yang perlu dimasukkan di dalam video daripada Encik Yusnizam.  Maklumat tersebut merangkumi tentang pegawai kanan, visi, misi, fungsi setiap bahagian serta perkhidmatan yang ditawarkan.  Oleh sebab itu, saya berkomunikasi dengan Encik Yusnizam dengan menggunakan aplikasi WhatsApp yang memudahkan urusan perbincangan serta perkongsian maklumat. Platform ini membantu saya untuk mendapatkan maklum balas yang lebih pantas dan efisien kerana komunikasi dilakukan secara dalam talian. Seterusnya, saya menyusun maklumat ter...

Pembuatan Video Tutorial untuk Sistem E-Tahu

Image
Tarikh: 13/10/2025 - 17/10/2025 Tajuk: Menghasilkan video tutorial serta video situasi untuk pengunaan sistem E-Tahu.  Untuk minggu kedua, saya ditugaskan oleh Puan Azmira dari unit Teknologi Maklumat untuk membuat video yang merangkumi animasi, tutorial serta simulasi situasi untuk sistem yang  Sistem E-Tahu. Sistem ini adalah sebuah sistem yang dibina untuk membantu pelanggan bagi mendapatkan jawapan untuk pelbagai soalan. Sistem ini adalah sistem yang akan dihantar mewakili pihak Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh untuk pertandingan KIK. Saya dikehendaki untuk membuat animasi yang akan diletakkan di dalam slaid untuk diusulkan kepada Pegawai Daerah. Animasi ini dihasilkan dengan menggunakan gabungan daripada aplikasi Alight Motion dan Canva. Logo sistem E-Tahu telah diberikan oleh Puan Azmira selaku  programmer  utama yang mana akan digunakan sebagai elemen penting untuk animasi tersebut. Puan Azmira menyatakan fokus animasi iaitu logo yang berpindah masuk ke telef...

Video Sejati Madani untuk Kampung Desa Murni Sanggang, Temerloh.

Image
  Tarikh: 6/10/2025 - 10/10/2025 Tajuk: Penghasilan Video Sejati Madani untuk Kampung Desa Murni Sanggang, Temerloh. Saya telah ditugaskan di Pejabat Daerah dan Tanah, Temerloh. Pada hari pertama, saya telah berjumpa dan berbincang dengan penyelia saya, Encik Yusnizam bin Mohammad Salleh tentang skop kerja dan peraturan yang perlu dipatuhi semasa bekerja. Sebagai pelajar latihan industri yang berada di bawah unit Teknologi Maklumat,  tugasan harian saya adalah menyediakan dan memasang komputer riba serta peralatan teknikal bagi kegunaan mesyuarat. Pada hari pertama, saya telah mempelajari cara-cara untuk memasang dan membuka slaid pembentangan untuk persidangan. Setelah siap, saya diberikan tugasan oleh Encik Yusnizam iaitu untuk membuat video bagi pihak Kampung Desa Murni Sanggang yang berkolaborasi bersama PDT Temerloh untuk projek SejaTi MADANI yang dinamakan sebagai Projek Cendawan Tiram Desa Murni Sanggang, Temerloh. Sejurus itu, saya mencari dan mengumpulkan bahan yang b...

PROJEK UTAMA: KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST

Image
 PROJEK UTAMA : KARNIVAL ASPPIRASI PAHANG 1ST Karnival Aspirasi Pahang 1st merupakan inisiatif kerajaan yang berskala besar yang berperanan sebagai platform yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerjaan termasuklah Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, sektor swasta serta komuniti setempat dalam sebuah acara yang berinformasi dan interaktif. Karnival Aspirasi 1st menunjukkan tekad kerajaan Negeri dalam melaksanakan agenda pembangunan yang mampan. Program ini bertujuan untuk meyampaikan maklumat, memperkenalkan perkhidmatan serta mengeratkan hubungan antara masyakat Menurut Menteri Besar Pahang iaitu Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Bin Wan Ismail, karnival tersebut hadir untuk membawa mesej tentang penting yang menerangkan penglibatan Kerajaan Negeri untuk menyantuni, mendengar dan membantu rakyat secara terus. Sebanyak 3 daerah di negeri Pahang telah terlibat dengan karnival aspirasi ini dimana terdiri daripada Raub, Kuantan dan juga Temerloh. Melalui penganjuran karnival ini, pel...

PENGENALAN

Image
PENGENALAN Malaysia menekankan pembangunan sumber manusia yang berkemahiran tinggi juga mampu bersaing. Oleh sebab itu, proses pendidikan telah mengalami perubahan yang ketara dari semasa ke semasa yang disebabkan oleh perkembangan teknologi negara. Latihan industri merupakan salah satu pendekatan untuk meningkatkan kemahiran, kepakaran serta kecekapan yang berpotensi untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan. Seperti yang telah dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 (PPPM), Kementerian Pendidikan Tinggi berhasrat untuk melahirkan graduan yang berkualiti. Melalui program ini, para pelajar akan memperoleh kemahiran praktikal yang berupaya untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang isu-isu signifikan dalam sektor industri (Rahim & Mohamad, 2025).  Program latihan industri terbukti dapat membantu dalam melahirkan graduan yang berkualiti tinggi yang membentuk pelajar untuk menjadi pekerja yang profesional dan separa profe...