Pembuatan Video Tutorial untuk Sistem E-Tahu
Tarikh: 13/10/2025 - 17/10/2025
Tajuk: Menghasilkan video tutorial serta video situasi untuk pengunaan sistem E-Tahu.
Untuk minggu kedua, saya ditugaskan oleh Puan Azmira dari unit Teknologi Maklumat untuk membuat video yang merangkumi animasi, tutorial serta simulasi situasi untuk sistem yang Sistem E-Tahu. Sistem ini adalah sebuah sistem yang dibina untuk membantu pelanggan bagi mendapatkan jawapan untuk pelbagai soalan. Sistem ini adalah sistem yang akan dihantar mewakili pihak Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh untuk pertandingan KIK. Saya dikehendaki untuk membuat animasi yang akan diletakkan di dalam slaid untuk diusulkan kepada Pegawai Daerah. Animasi ini dihasilkan dengan menggunakan gabungan daripada aplikasi Alight Motion dan Canva. Logo sistem E-Tahu telah diberikan oleh Puan Azmira selaku programmer utama yang mana akan digunakan sebagai elemen penting untuk animasi tersebut. Puan Azmira menyatakan fokus animasi iaitu logo yang berpindah masuk ke telefon dari web portal. Saya menggunakan aplikasi Alight Motion untuk menjana logo 3D yang bergerak dan berpusing dan aplikasi Canva digunakan untuk menjana elemen grafik seperti telefon, aplikasi, audio effect dan sebagainya. Proses penghasilan animasi ini mengambil masa selama 3 hari yang memerlukan penyuntingan yang teliti dan kemas supaya hasil akhir video mencapai standard yang diigini.
1.0 Animasi Logo
Seterusnya, saya mengambil masa selama 2 hari untuk menghasilkan 3 video iaitu 3 video tutorial cara -cara menggunakan sistem E-Tahu dan juga video simulasi. Pada hari keempat, saya bersama seorang staf dari unit pentadbiran iaitu Cik Khairunnissak bertanggungjawab untuk merekodkan video simulasi di kaunter pertanyaan. Beberapa staf yang terlibat di dalam program tersebut turut hadir bagi melakonkan watak-watak pelanggan di dalam situasi yang berbeza. Untuk menghasilkan video simulasi tersebut, saya mengambil tempat untuk berbincang bersama staf tersebut bagi menghasilkan papan cerita dengan alur yang menarik. Papan cerita ini merangkumi 3 situasi yang berbeza yang memberikan fokus pada soalan-soalan umum yang ditanyakan oleh pelanggan. Klip video direkodkan dengan menggunakan dua sudut yang berbeza untuk mendapatkan gambaran situasi yang lebih menyeluruh dan dapat difahami oleh penonton. Setelah siap direkod, saya mengumpulkan semua klip dan aplikasi CapCut digunakan untuk menyusun juga menyunting video. Video tutorial dan simulasi dihasilkan menggunakan CapCut yang mana video-video tersebut disunting dengan meletakkan teks, audio, muzik latar, transition dan juga effect.
Cabaran yang saya hadapi adalah kekurangan skil untuk membuat animasi yang diingini oleh staf. Animasi yang dilakukan dihasilkan melalui Alight Motion dan Canva memperlihatkan skil dan kreativiti saya yang terbatas dalam penggunaan aplikasi khas untuk animasi seperti Adobe Animate. Selain itu, saya juga mengalami masalah untuk mengedit video di CapCut dengan adanya penggunaan elemen yang terhad. Pelbagai elemen yang menarik yang boleh diletakkan di dalam video terpaksa dikeluarkan untuk memastikan video tidak mengandungi apa-apa elemen berbayar supaya dapat dieksport keluar. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya menggunakan template yang ada di dalam Canva untuk menghasilkan animasi. Begitu juga dengan aplikasi Capcut yang memerlukan saya untuk menggunakan template yang ada supaya tidak terbatas dengan elemen -elemen yang perlu dibayar.
Sepanjang minggu ini, saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan serta pengalaman dalam penyuntingan untuk menghasilkan video. Saya dapat meneroka pelbagai aspek-aspek yang baharu seperti penggunaan aplikasi Alight Motion yang dapat membantu menghasilkan animasi logo yang dinamik dan menarik. Selain itu juga, saya juga dapat meningkatkan kemahiran untuk teknik asas dalam penyuntingan bagi mendapatkan hasil akhir yang professional. Pengalaman ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan pengetahuan saya yang sedia ada malah dapat memberikan pendedahan yang lebih terperinci terhadap penggunaan aplikasi penyuntingan.
Saya diberikan tugasan untuk mengedit video dan membuat animasi. Pada mulanya, tugas tersebut agak sukar dilakukan tetapi dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang ada, tugas tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya belajar untuk meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah terutama sekali apabila berhadapan dengan masalah kekangan elemen. Saya belajar untuk menjadi lebih proaktif dalam mencari rujukan dan mencuba teknik baharu. Pada masa hadapan, saya berhasrrat untuk meningkatkan kemahiran membuat animasi dengan mencuba untuk menggunakan pelbagai aplikasi animasi seperti Adobe Animate, FlipMaker dan lain-lain. Usaha ini penting bagi saya kerana dapat membantu saya sentiasa peka dengan perkembangan dan kemudahan teknologi digital yang inovatif.
Comments
Post a Comment