JANUARI


MINGGU PERTAMA 


v  Tarikh: 02/1/2026 (Jumaat)

v  Aktiviti Harian:

1.      Memuat naik berita terkini ke laman sesawang PDT Temerloh.

Hari ini, saya telah diberitahu untuk memuat naik berita terkini ke media sosial PDT Temerloh bertujuan untuk menyampaikan maklumat ataupun notis dikeluarkan daripada Pejabat daeraj dan Tanah Temerloh kepada orang awam.  Lazimnya, setiap grafik serta kandungan teks diperiksa terlebih dahulu agar maklumat yang dikemukakan adalah tepat dan jelas. Proses ini membolehkan orang awam untuk mengakses berita terkini daripada PDT Temerloh.

2.      Merakam video dan mengambil gambar pembayararan cukai melalui kaunter pandu lalu untuk video TikTok.

Kemudian, saya diarahkan untuk merekodkan video serta gambar berkaitan dengan proses pembayaran cukai melalui kaunter pandu lalu yang ada di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Klip rakaman ini akan digunakan untuk menghasilkan video TikTok dengan tujuan mempromosikan kemudahan yang disediakan oleh PDT Temerloh kepada orang ramai. Video ini juga dapat memberikan pendedahan kepada orang awam mengenai kaedah pembayaran cukai yang lebih mudah dan cepat.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran dalam menguruskan kandungan media sosial agensi atau jabatan.

2.      Memahami kepentingan penyampaian maklumat yang tepat kepada orang awam.

3.      Mengembangkan skil dalam merakam video dan gambar seperti teknik pencahayaan, sudut, bokeh dan lain-lain.

4.      Mengasah kreativiti untuk menghasilkan bahan visual yang menarik dan unik untuk video promosi.



 MINGGU KEDUA 



v  Tarikh: 05/1/2026 (Isnin)

v  Aktiviti Harian:

1.      Memindahkan gambar dan menulis berita.

Saya memulakan aktiviti harian dengan melakukan pemindahan gambar daripadaka kamera DSLR kepada komputer riba untuk diletakkan di dalam berita di Facebook PDT Temerloh. Gambar-gambar ini dimuat naik ke dalam Google Drive PDT Temerloh mengikut program untuk memudahkan proses pencarian atau penggunaan pada masa yang akan datang. Setelah melakukan pemindahan gambar, saya diminta untuk mengarang berita berkaitan dengan program terbaru PDT Temerloh seperti mesyuarat jabatan, keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, majlis rasmi serta program tanah.

2.      Memberi tunjuk ajar kepada pelajar latihan industri yang baru melapor diri.

Selain itu, saya juga diberikan tanggungjawab untuk membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada pelajar latihan industri bahagian Teknologi Maklumat yang baru sahaja melapor diri. Saya membantu dalam meperkenalkan persekitaran tempat kerja dan juga menerangkan secara ringkas tentang skop tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang tempoh latihan industri.

3.      Mengemaskini hantaran di laman sesawang rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh

Akhir sekali, saya diarahkan untuk mengemaskini laman sesawang rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Hantaran ini melibatkan berita yang telah dikarang sebentar tadi. Maklumat yang diterbitkan dihantar untuk rujukan orang awam.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Mengasah kemahiran untuk menulis berita secara tersusun dan jelas.

2.      Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam menyampaikan maklumat kepada individu lain. 

3.      Meluaskan pengalaman dalam menguruskan media sosial untuk agensi kerajaan.


v  Tarikh: 06/1/2026 (Selasa)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyediakan dan memasang peralatan ICT bagi mesyuarat jabatan.

Saya telah menjalankan tugas dalam menyediakan dan memasang peralatan ICT sebelum mesyuarat bermula. Lazimnya, tugasan ini meliputi penyediaan alatan teknikal yang diperlukan untuk memaparkan bahan-bahan yang penting untuk mesyuarat jabatan. Contohnya seperti slaid, dokumen rasmi atau video. Alatan teknikal tersebut perlu berada dalam keadaan yang baik supaya mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.

2.      Membantu untuk memperbaiki masalah perkongsian folder pada komputer staf.

Saya diarahkan untuk membantu memperbaiki masalah yang berkaitan dengan perkongsian folder pada komputer yang digunakan oleh salah seorang staf di unit Pendaftaran. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya melakukan pemeriksaan terhadap tetapan dan juga rangkaian yang digunakan. Sebaik sahaja selesai dibaiki, saya memastikan folder tersebut dapat diakses oleh staf.

3.      Mengumpulkan gambar untuk pegawai yang baru berpindah masuk.

Akhir sekali, saya diberikan tugasan untuk mengumpulkan gambar-gambar pegawai Baharu yang berpindah masuk ke PDT Temerloh. Tugasan ini melibatkan proses menghubungi pegawai yang baru berpindah masuk untuk bulan Januari bagi mendapatkan gambar rasmi. Gambar rasmi ini akan diletakkan ke dalam portal PDT Temerloh yang memaparkan maklumat pegawai tersebut.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan awal yang rapi dan teliti untuk majlis rasmi.

2.      Mengasah kemahiran dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja. 

3.      Dapat membina hubungan baik antara kakitangan yang membantu keberkesanan dalam komunikasi. 


   v  Tarikh: 07/1/2026 (Rabu)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyelaras dan menyediakan komputer riba bagi pelaksanaan mesyuarat atas talian.

Tugasan saya bermula dengan menyelaraskan komputer riba untuk mesyuarat di atas talian yang dilakukan di bilik mesyuarat Unit Pembangunan Masyarakat. Tugasan ini merangkumi penyediaan peralatan, semakan sambungan internet serta pengujian persidangan video untuk memastikan komputer riba berfungsi dengan baik sebelum mesyuarat dijalankan. Konfigurasi audio serta paparan visual perlu berada dalam keadaan optimum supaya komunikasi antara dua pihak berjalan dengan lancar.

2.      Menyediakan komputer riba bagi kegunaan mesyuarat.

Tugasan saya yang seterusnya ialah menyediakan komputer riba untuk kegunaan mesyuarat yang diadakan oleh jabatan. Segala peralatan teknikal diperiksa seperti skrin. paparan visual, audio serta perisian yang akan digunakan di dalam mesyuarat agar berada di dalam keadaan yang baik.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran pengurusan dan penyediaan komputer riba untuk kegunaan organisasi.

2.      Menambahkan pengalaman dalam menyediakan peralatan teknikal bagi mesyuarat rasmi.

3.      Meningkatkan kemahiran pengendalian dan penyediaan peralatan teknikal mesyuarat.


v  Tarikh: 08/1/2026 (Khamis)

v  Aktiviti Harian:

1.      Memuat naik berita terkini pada Facebook rasmi PDT Temerloh.

Tugasan saya pada hari ini adalah tugasan menyiarkan berita terkini di platform Facebook rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh bagi tujuan perkongsian maklumat kepada orang awam. Tugasan ini melibatkan penghasilan kandungan berita yang perlu disemak terlebih dahulu untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat, jelas dan sesuai untuk diterbitkan kepada umum. Selain itu, saya juga memilih gambar yang bersesuaian untuk dimuat naik bersama berita tersebut yang dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai aktiviti atau program yang dijalankan oleh pihak jabatan.

2.      Menyediakan komputer riba bagi kegunaan jabatan.

Tugasan saya yang seterusnya adalah menyediakan komputer riba untuk mesyuarat jabatan yang diadakan pada waktu pagi. Komputer riba yang akan digunakan untuk mesyuarat telah ditetapkan seperti memastikan sambungan internet pada komputer riba, sistem audio di bilik mesyurata, perisian yang digunakan serta menyediakan fail-fail pembentangan. Monitor serta projektor turut dipasang untuk dipakai semasa mesyuarat berlangsung.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kefahaman tentang penyampaian maklumat yang tepat dan jelas kepada Masyarakat.

2.      Mengembangkan kemahiran dalam menguruskan peralatan teknikal melibatkan keupayaan untuk menyelesaikan masalah supaya mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.


v  Tarikh: 09/1/2026 (Jumaat)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menghasilkan design bersaiz banner berdasarkan poster.

Pada hari ini, saya telah melaksanakan tugasan menghasilkan reka bentuk bersaiz banner berdasarkan poster yang telah disediakan sebelum ini. Tugasan ini melibatkan proses menyesuaikan semula reka bentuk poster kepada saiz banner yang lebih besar tanpa menjejaskan susunan elemen grafik, teks serta kualiti visual yang terdapat pada reka bentuk asal. Saya memastikan setiap elemen seperti tajuk, gambar, warna dan logo organisasi disusun dengan kemas serta seimbang supaya reka bentuk banner kelihatan jelas dan mudah dibaca walaupun dipaparkan dalam saiz yang lebih besar.

2.      Mengurus dan mengemas kini kandungan berita dalam Facebook PDT Temerloh.

Seterusya, saya juga diarahkan untuk mengemas kini kandungan media Facebook rasmi jabatan. Tugasan ini merangkumi penyediaan bahan visual serta teks untuk memaklumkan aktiviti terkini dari Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh kepada orang ramai. Berita yang dimuatnaik adalah tentang Perbincangan Berkaitan Kelulusan Projek di Bawah Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) Kementerian Ekonomi yang dipengerusikan oleh YH Dato’ Khairur Rizal Bin Ramli merangkap Pegawai Daerah Temerloh.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan reka bentuk grafik berskala besar.

2.      Mengasah kreativiti dalam menyesuaikan reka bentuk mengikut format dan saiz yang berbeza.

3.      Memperluaskan kepakaran dalam menggunakan media sosial sebagai medium komunikasi rasmi jabatan.

 


MINGGU KETIGA

 


v  Tarikh: 12/1/2026 (Isnin)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyediakan komputer riba dan peralatan teknikal untuk kegunaan mesyuarat.  

Saya memulakan aktiviti harian saya dengan menyediakan komputer riba serta peralatan teknikal yang diperlukan untuk kegunaan mesyuarat. Seperti biasa, komputer riba akan dipasang di dalam bilik mesyuarat dan segala peralatan akan diperiksa terlebih dahulu supaya dapat digunakan dalam keadaan yang baik. Persediaan ini amat penting supaya mesyuarat dapat dilaksanakan dengan lebih teratur tanpa sebarang gangguan teknikal. Melalui persediaan yang rapi, maklumat disampaikan dengan efektif juga berkesan kepada pegawai yang terlibat.

2.      Menulis dan menyediakan berita untuk Facebook. 

Tugasan saya yang seterusnya ialah menulis dan menyediakan berita tentang Majlis Penyampaian Suratan Hak Milik Bagi Skim Tanah Rakyat (STR) untuk disiarkan di dalam Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Semasa proses, saya mengarang kapsyen dengan menggunakan bahasa dan istilah yang formal supaya selaras untuk penerbitan di media sosial rasmi. Beberapa gambar dipilih yang membantu untuk memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pembaca.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Memajukan kemahiran penyelesaian masalah teknikal sekiranya berlaku gangguan peralatan semasa mesyuarat berlansung.

2.      Meningkatkan kecekapan dalam mengendalikan tugasan teknikal secara lebih teratur dan professional.

3.      Meningkatkan kemahiran dalam mengolah ayat agar penulisan berita menjadi lebih menarik dan mudah dibaca. 

4.      Menambah pengalaman dalam menyediakan bahan hebahan rasmi bagi tujuan penerbitan di media sosial. 


v  Tarikh: 13/1/2026 (Selasa)

v  Aktiviti Harian:

1.      Memperbaiki hantaran berita di Facebook. 

Hari ini, saya telah diberikan tugasan untuk memperbaiki oleh berita yang telah disiarkan di dalam Facebook PDT Temerloh. Saya melakukan penambahbaikan terhadap beberapa aspek seperti kandungan maklumat dan struktur ayat supaya berita dapat disampaikan lebih baik.

2.      Memeriksa keadaan komputer di kaunter di unit Hasil. 

Seterusnya, saya telah diarahkan untuk memeriksa keadaan komputer yang terdapat di kaunter di unit Hasil. Komputer yang digunakan di unit Hasil tidak dapat dihidupkan dan perlu diperiksa dengan lebih lanjut. Komputer ini diuji dengan beberapa kaedah untuk mengenal pasti punva kerosakan seperti memeriksa power cable dan juga plug.

3.      Menulis dan menyediakan berita untuk Facebook. 

Tugasan saya yang terakhir untuk hari ini ialah saya diminta untuk mengemas kini dan menyediakan berita terbaharu untuk PDT Temerloh. Berita tersebut adalah berkaitan tentang Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA). Untuk melaksanakan tugasan ini, saya mengumpulkan maklumat berkaitan dengan majlis dan diolah ke dalam bentuk penulisan berita. Berita tersebut seterusnya disemak oleh penyelia sebelum disiarkan melalui Facebook.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran dalam mengenal pasti kesalahan bahasa dan memperbaiki struktur ayat dalam kandungan berita.

2.      Meningkatkan pengetahuan berkaitan langkah asas penyellengaraan komputer bagi mengelakkan kerosakan berulang.

3.      Memahami teknik penulisan berita yang ringks dan padat.


v  Tarikh: 14/1/2026 (Rabu)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyenaraikan berita yang berkaitan dengan Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang (TMP) dan Tengku Ampuan Pahang (TAP).  

Pada hari ini, saya telah diberikan tugasan untuk menyenaraikan berita yang telah disiarkan di dalam Facebook rasmi PDT Temerloh yang berkaitan dengan Sutan Pahang, Tengku Mahkota Pahang (TMP) dan Tengku Ampuan Pahang (TAP). Perkara ini melibatkan proses pencarian maklumat berita daripada pelbagai sumber yang memaparkan penglibatan mereka sama ada di dalam program atau lawatan rasmi ke daerah Temerloh. Saya diminta untuk menyenaraikan berita-berita tersebut mengikut tarikh yang akan digunakan dalam penghasilan bahan media.

2.      Menyediakan komputer riba untuk kegunaan mesyuarat.

Tugasan saya yang seterusnya ialah menyediakan komputer riba dan peralatan ICT untuk kegunaan mesyuarat di bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Komputer riba dipasang dan dipastikan untuk berfungsi dengan baik dimana slaid, fail atau bahan pembentangan sudah siap disediakan. Dengan adanya persediaan awal terhadap peralatan ICT, sebarang gangguan teknikal dapat dielakkan sekali gus membantu memastikan proses penyampaian maklumat berjalan dengan lancar.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran dalam membuat pencarian maklumat yang relevan daripada sumber berita yang dipercayai.

2.      Mengukuhkan keupayaan dalam mengurus dan menyimpan maklumat sebagai bahan rujukan organisasi.

3.      Meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan peralatan ICT seperti komputer riba, projektor dan sistem paparan.


v  Tarikh: 15/1/2026 (Khamis)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyediakan reka bentuk (design) kalendar untuk acara pelancongan daerah Temerloh.

Hari ini, saya telah melaksanakan tugasan menyediakan reka bentuk (design) kalendar yang memaparkan senarai acara pelancongan yang akan diadakan di sekitar daerah Temerloh. Tugasan ini melibatkan penyusunan ruang dan susun atur elemen grafik yang kreatif supaya setiap maklumat dapat disenaraikan juga boleh untuk dibaca. Bahan visual ini akan digunakan sebagai medium hebahan kepada orang ramai mengenai aktiviti serta program pelancongan yang telah dirancang sepanjang tempoh tertentu. Aspek seperti tipografi dan pemilihan warna amat dititikberatkan supaya reka bentuk kelihatan menarik dan kemas.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Mengasah kemahiran dalam menyusun tarikh dan maklumat penting secara teratur.

2.      Meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan reka bentuk grafik yang dapat menarik perhatian audiens.

3.      Mengukuhkan kemahiran dalam menghasilkan bahan visual yang sesuai untuk tujuan jebahan dan promosi organisasi.

4.      Meningkatkan keupayaan untuk menyesuaikan reka bentuk grafik mengikur tema serta keperluan program. 

5.      Memahami kepentingan keseimabangan teks dan elemen grafik dalam bahan visual. 


v  Tarikh: 16/1/2026 (Jumaat)

v  Aktiviti Harian:

1.      Memasang dan menyediakan peralatan teknikal untuk mesyuarat.

Saya telah melaksanakan tugasan memasang serta menyediakan peralatan teknikal bagi kegunaan mesyuarat. Lazimya, tugasan ini merangkumi penyediaan komputer riba, pemasangan paparan dan audio serta memasukkan bahan paparan di dalam komputer riba. Pemeriksaan akhir juga turut dilakukan untuk memastikan peralatan dapat digunakan dengan lancar sepanjang sesi mesyuarat.

2.      Meneruskan penyuntingan kalendar acara pelancongan.

Saya telah meneruskan proses penyuntingan reka bentuk kalendar acara pelancongan bagi daerah Temerloh. Tugasan ini melibatkan penambahbaikan terhadap reka bentuk yang telah dihasilkan sebelum ini dengan memberi perhatian kepada susun atur maklumat, elemen grafik serta kejelasan teks yang dipaparkan. Dalam proses penyuntingan tersebut, saya menyemak semula maklumat berkaitan tarikh dan nama acara bagi memastikan ketepatan data yang dipaparkan dalam kalendar. Selain itu, saya turut melakukan beberapa penyesuaian terhadap warna, saiz teks serta kedudukan elemen visual supaya reka bentuk kalendar kelihatan lebih kemas, seimbang dan mudah dibaca oleh pengguna.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Memahami prosedur dalam penyediaan dan pengujian peralatan teknikal sebelum mesyuarat dijalankan. 

2.      Meningkatkan kreativiti dalam menambah baik reka bentuk grafik agar menjadi lebih menarik. 



 MINGGU KEEMPAT



v  Tarikh: 19/01/2026 (Isnin)

v  Aktiviti Harian:

1.      Memasang dan menyediakan komputer riba untuk mesyuarat.

Tugasan saya sepanjang hari ini ialah memasang dan menyediakan komputer riba untuk kegunaan mesyuarat yang diadakan pada Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Tugasan ini melibatkan penyediaan peralatan dimana semua bahan pembentangan telah diletakkan di dalam komputer riba serta boleh diakses tanpa sebarang masalah. Saya juga telah melakukan pengujian awal untuk memastikan paparan slaid dipaparkan ke projektor tanpa ralat. Persediaan awal yang teliti amat penting bagi memastikan segala urusan berkaitan dengan pembentanagn dapat dijalankan dengan professional serta efisien.

2.      Membantu dalam proses pemasangan komputer riba dan alatan teknikal untuk kegunaan mesyuarat.

Tugasan saya yang seterusnya ialah saya membantu pelajar industri di bahagian IT dalam proses pemasangan komputer riba serta alatan teknikal bagi kegunaan mesyuarat yang dijalankan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Tugasan ini melibatkan penetapan komputer riba yang mempunyai slaid untuk dibentangkan, pemasangan PA sistem dan monitor serta melibatkan penyambungan komputer kepada skrin projektor. Kabel HDMI dipastikan agar dapat disambung dengan baik pada komputer yang mana paparan dapat dilihat dengan jelas pada skrin monitor. Pemeriksaan pada setiap peralatan amat penting untuk memastikan kelancaran sebelum mesyuarat bermula.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kecekapan dalam mengendalikan peralatan ICT bagi tujuan rasmi.

2.      Memahami kepentingan kerjasama dalam emmastikan kelancaran sesuatu mesyuarat.

3.      Mengasah kemahiran komunikasi semasa berurusan dengan rakan sekerja secara professional.


v  Tarikh: 20/01/2026 (Selasa)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyediakan komputer riba bagi kegunaan mesyuarat.

Tugasan hari ini dimulakan dengan menyediakan komputer riba untuk mesyuarat jabatan yang diadakan pada waktu pagi. Komputer riba yang akan digunakan untuk mesyuarat telah ditetapkan seperti memastikan sambungan internet pada komputer riba, sistem audio di bilik mesyuarat, perisian yang digunakan serta menyediakan fail-fail pembentangan. Monitor serta projektor turut dipasang untuk dipakai semasa mesyuarat berlangsung.  Semua fail dan perisian yang diperlukan untuk mesyuarat diuji agar paparan slaid dapat dilihat dengan jelas pada projektor. Keseluruhan persediaan ini dilakukan dengan teliti bagi untuk memastikan mesyuarat dapat dilaksanakan dengan sistematik.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Mengasah kemahiran dalam memeriksa fungsi asas komputer riba seperti sambungan kuasa, paparan dan perisian.

2.      Meningkatkan ketelitian dalam memastikan setiap peralatan diuji sebelum digunakan bagi mengelakkan masalah teknikal.

3.      Meningkatkan kecekapan dalam mengurus peralatan teknikal agar sentiasa berada dalam keadaan sedia digunakan.

4.      Memahami kepentingan perancangan awal dalam menyediakan peralatan bagi mengelakkan sebarang gangguan semasa mesyuarat.

5.      Menambah pengalaman dalam mengendalikan penyediaan peralatan ICT bagi menyokong kelancaran urusan rasmi organisasi. 


v  Tarikh: 21/01/2026 (Rabu)

v  Aktiviti Harian:

1.      Memasang dan menyediakan peralatan teknikal untuk mesyuarat.

Hari ini, saya diminta untuk melaksanakan tugasan memasang serta menyediakan peralatan teknikal bagi kegunaan mesyuarat. Lazimya, tugasan ini merangkumi penyediaan komputer riba, pemasangan paparan dan audio serta memasukkan bahan paparan di dalam komputer riba. Pemeriksaan akhir juga turut dilakukan untuk memastikan peralatan dapat digunakan dengan lancar sepanjang sesi mesyuarat.

2.      Mempelajari pembuatan kabel rangkaian (network cable).

Selain itu, saya dan tiga orang pelajar latihan industri dibawah unit IT ditugaskan untuk menghasilkan kabel rangkaian. Saya mempelajari cara-cara pembuatan kabel rangkaian daripada rakan pelajar industri yang mempunyai pengalaman dalam menghasilkan kabel rangkaian. Saya didedahkan dengan pelbagai komponen kabel rangkaian termasuk langkah-langkah yang perlu untuk menghasilkan kabel rangkaian. Langkah-langkah ini termasuk dalam proses memotong, menyusun wayar serta menguji sambungan kabel.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran pengurusan dan penyediaan komputer irba untuk kegunaan organisasi.

2.      Menambah pengetahuan terhadap pembuatan kabel rangkaian.

3.      Mengasah kemahiran teknikal dalam menyediakan kabel rangkaian secara manual. 

4.      Memahami kepentingan susunan warna kabel mengikut piawaian dalam pembuatan kabel internet. 



v  Tarikh: 22/01/2026 (Khamis)

v  Aktiviti Harian:

1.      Meneruskan pembuatan kabel rangkaian.

Tugasan saya pada hari ini adalah meneruskan proses pembuatan kabel rangkaian yang telah dijalankan sebelum ini. Setiap pelajar latihan industri diarahkan oleh Puan Azmira untuk menghasilkan tiga kabel rangkaian yang mempunyai panjang yang berbeza yang mana dapat dapat berfungsi dengan baik. Saya mengulangi langkah-langkah penyediaan kabel seperti yang ditunjuk ajar. Saya menitikberatkan terhadap ketepatan susunan wayar supaya sambungan rangkaian tidak terganggu.

2.      Menyediakan komputer riba bagi kegunaan mesyuarat.

Tugasan saya yang seterusnya adalah menyediakan komputer riba untuk mesyuarat jabatan yang diadakan pada waktu pagi. Komputer riba yang akan digunakan untuk mesyuarat telah ditetapkan seperti memastikan sambungan internet pada komputer riba, sistem audio di bilik mesyurata, perisian yang digunakan serta menyediakan fail-fail pembentangan. Monitor serta projektor turut dipasang untuk dipakai semasa mesyuarat berlangsung.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kecekapan dalam menjalankan ujian kabel menggunakan alat penguji rangkaian.

2.      Meningkatkan keupayaan dalam mengenal pasti dan membetulkan kesalahan semasa proses pemasangan kabel.

3.      Meningkatkan keyakinaan diri dalam menyokong keperluan teknikal sepanjang pelaksanaan mesyuarat.

 

v  Tarikh: 23/01/2026 (Jumaat)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menghasilkan design untuk PDT Temerloh sempena bulan Ramadan. 

Tugasan saya pada hari ini bermula dengan menghasilkan sebuah design untuk PDT Temerloh sempena bulan Ramadan. Design ini bertujuan untuk dijadikan sebagai bahan hebahan yang mana akan dikongsikan melalui pelbagai platform. Dalam proses ini, saya menghasilkan beberapa buah reka bentuk dengan tipografi, warna dan grafik yang berbeza yang mana dapat memberikan penyelia pilih untuk memilih design yang terbaik.  Segala maklumat dipastikan agar disusun dengan jelas supaya mesej dapat disampaikan dengan berkesan kepada khalayak.

2.      Menghasilkan design untuk PDT Temerloh sempena Tahun Baru Cina. 

Seterusnya, saya telah melaksanakan tugasan menghasilkan reka bentuk grafik bagi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh sempena sambutan Tahun Baru Cina. Tugasan ini bertujuan untuk menyediakan bahan hebahan yang bersesuaian dengan perayaan tersebut serta dapat menyampaikan mesej secara visual kepada masyarakat. Saya juga memastikan reka bentuk yang dihasilkan menepati identiti rasmi pejabat serta sesuai digunakan untuk pelbagai platform seperti media sosial dan bahan cetakan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Mengasah kemahiran dalam menghasilkan reka bentuk grafik bertemakan perayaan.

2.      Memahami kepentingan pemilihan elemen visual yang sesuai dengan tema.

3.      Mengembangkan kreativiti dalam menghasilkan bahan hebahan yang menarik dan professional yang mampu menarik perhatian audiens.

4.      Meningkatkan keupayaan dalam menyesuaikan design mengikut kehendak dan standard organisasi.

 


MINGGU KELIMA



v  Tarikh: 27/01/2026 (Selasa)

v  Aktiviti Harian:

1.      Merakamkan video di Bilik Gerakan semasa mesyuarat penting berlangsung.

Pada hari ini, saya telah melaksanakan tugasan merakamkan video di Bilik Gerakan semasa mesyuarat berlangsung. Tugasan ini bertujuan untuk mendokumentasikan perjalanan mesyauarat sebagai hebahan untuk akan datang. Sepanajang proses rakaman, saya memastikan sudut dipilih dengan betul supaya memperoleh visual yang jelas dimana pencahayaan, audio serta kestabilan dititikberatkan. Setelah selesai, rakaman tersebut disemak semula agar kualiti rakaman berada dalam tahap yang memuaskan dan boleh digunakan untuk tujuan penyuntingan.

2.      Memasang komputer riba untuk kegunaan Penghulu Mukim Perak.

Tugasan saya yang seterusnya ialah memasang komputer riba untuk kegunaan Penghulu Mukim Perak. Tugasan ini melibatkan penyediaan peralatan ICT seperti modem internet, komputer riba dan lain-lain. Komputer riba ini dipasang dan disambungkan kepada mesyuarat dalam talian yang diadakan di dalam Microsoft Teams. Sambungan internet diperiksa agar mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kecekapan dalam mengawal pencahayaan dan komposisi bagi memastikan hasil rakaman menjadi lebih professional.

2.      Meningkatkan pengalaman dalam menghasilkan bahan dokumentasi visual yang berkualiti untuk kegunaan organisasi.

3.      Mengasah kemahiran dalam mengurus dan menyusun peralatan komputer riba secara sistematik.


v  Tarikh: 28/01/2026 (Rabu)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menghasilkan design sampul duit raya untuk PDT Temerloh.

Tugasan saya pada hari ini bermula dengan menghasilkan sebuah design sampul duit raya untuk PDT Temerloh. Design ini bertujuan untuk dijadikan sebagai sampul raya rasmi yang akan digunakan untuk sampul raya rasmi PDT Temerloh. Dalam proses ini, saya menghasilkan beberapa buah reka bentuk dengan tipografi, warna dan grafik yang berbeza yang mana dapat memberikan penyelia pilih untuk memilih design yang terbaik.  Pelbagai elemen yang berbeza telah digunakan seperti sebahagian daripada design tersebut memfokuskan pada elemen realistik 3D serta  sebahagian lagi memfokuskan pada ilustrasi 2D dan grafik kartun. 

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkankemahiran dalam menghasilkan reka bentuk bahan bercetak yang kemas dan professional.

2.      Mengukuhkan kemahiran dalam menghasilkan reka bentuk yang selaras dengan imej dan identiti organisasi.

3.      Meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan reka bentuk yang mampu menarik perhatian sasaran audiens.

4.      Memahami kepentingan pemilihan warna dan susun atur dalam menyampaikan mesej secara berkesan. 


v  Tarikh: 29/01/2026 (Khamis)

v  Aktiviti Harian:

1.      Mengemas kini dan menyiapkan buku log harian.

Hari ini, saya mengemas kini dan menyiapkan buku log harian seperti mencatatkan semua tugasan serta aktiviti yang dilakukan sepanajang hari. Proses ini melibatkan penyusunan maklumat secara teratur, penulisan huraian serta catatan dibuat dengan kemas yang dilaksanakan mengikut format yang ditetapkan. Setiap aktiviti disemak semula dan ditambah baik untuk memastikan maklumat yang dicatat adalah selaras.

2.      Meneruskan penghasilan laporan projek.

Seterusnya, saya meneruskan penghasilan laporan projek dengan menambah dan mengemas kini kandungan laporan berdasarkan perkembangan semasa tugasan dijalankan. Tugasan ini melibatkan penyusunan maklumat yang telah dikumpulkan daripada aktiviti harian kepada bentuk penulisan yang lebih sistematik dan teratur. saya menambah baik kandungan laporan dengan mengemas kini bahagian-bahagian penting seperti huraian tugasan, pengalaman yang diperoleh serta kemahiran yang dipelajari sepanjang tempoh latihan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran penulisan laporan yang kemas dan tersusun.

2.      Meningkatkan kecekapan dalam menyediakan dokumentasi akademik yang berkualiti.

 

   v  Tarikh: 30/01/2026 (Jumat)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyiarkan berita terkini di Facebook PDT Temerloh.

Pada hari ini, saya telah melaksanakan tugasan menyiarkan berita terkini di platform Facebook rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh bagi tujuan perkongsian maklumat kepada orang awam. Tugasan ini melibatkan penghasilan kandungan berita yang perlu disemak terlebih dahulu untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat, jelas dan sesuai untuk diterbitkan kepada umum. Selain itu, saya juga memilih gambar yang bersesuaian untuk dimuat naik bersama berita tersebut yang dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai aktiviti atau program yang dijalankan oleh pihak jabatan.

2.      Mengemaskini laporan aduan dan pinjaman peralatan ICT untuk bulan Januari.

Seterusnya, saya juga telah dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini laporan aduan serta rekod pinjaman peralatan ICT yang ada di Google Sheet. Ianya melibatkan proses semakan serta merekodkan bilangan aduan teknikal yang diterima dan juga rekod pinjaman peralatan ICT untuk setiap bulan bagi peralatan seperti komputer riba, sistem, perisian, mesin pencetak, sambungan internet dan lain-lain. Saya telah mengemaskini maklumat yang ada dalam laporan mengikut bilangan yang terkini untuk setiap bulan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran dalam penulisan berita rasmi bagi organisasi.

2.      Menambah pengetahuan dalam pengurusan rekod dan dokumentasi.

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 


 


 

Comments

Popular posts from this blog

PROJEK UTAMA: KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST

Video Sejati Madani untuk Kampung Desa Murni Sanggang, Temerloh.

Bertugas untuk Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh