PROJEK UTAMA: KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST

 PROJEK UTAMA : KARNIVAL ASPPIRASI PAHANG 1ST

Karnival Aspirasi Pahang 1st merupakan inisiatif kerajaan yang berskala besar yang berperanan sebagai platform yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerjaan termasuklah Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, sektor swasta serta komuniti setempat dalam sebuah acara yang berinformasi dan interaktif. Karnival Aspirasi 1st menunjukkan tekad kerajaan Negeri dalam melaksanakan agenda pembangunan yang mampan. Program ini bertujuan untuk meyampaikan maklumat, memperkenalkan perkhidmatan serta mengeratkan hubungan antara masyakat Menurut Menteri Besar Pahang iaitu Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Bin Wan Ismail, karnival tersebut hadir untuk membawa mesej tentang penting yang menerangkan penglibatan Kerajaan Negeri untuk menyantuni, mendengar dan membantu rakyat secara terus. Sebanyak 3 daerah di negeri Pahang telah terlibat dengan karnival aspirasi ini dimana terdiri daripada Raub, Kuantan dan juga Temerloh.

Melalui penganjuran karnival ini, pelbagai aktiviti telah disediakan seperti pameran, perkhidmatan kaunter, program komuniti serta pengisian berbentuk hiburan dan pendidikan yang dapat menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Karnival ini juga menjadi medium penting dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap peranan agensi-agensi yang terlibat serta usaha pembangunan yang dilaksanakan di negeri Pahang. Secara keseluruhannya, Karnival Aspirasi Pahang bukan sahaja berfungsi sebagai platform penyampaian maklumat, malah menjadi wadah yang efektif dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat serta mempromosikan imej perkhidmatan awam yang lebih mesra, responsif dan berdaya saing.

Karnival Aspirasi telah dipilih sebagai projek utama kerana program ini merupakan satu acara yang melibatkan skala yang besar yang mana terdiri daripada pelbagai aktiviti yang menarik, penyertai daripada pelbagai organisasi dan juga melibatkan penyertaan orang awam. Projek ini memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aspek penghasilkan kandungan multimedia seperti reka bentuk grafik, fotografi dan videografi.

OBJEKTIF PROJEK:

1. Menghasilkan kandungan multimedia yang kreatif yang merangkumi reka bentuk grafik dan video sepanjang pelaksanaan Karnival Aspiras Pahang.

2. Mengaplikasikan kemahiran dalam reka bentuk visual dan penyuntingan video dalam situasi sebenar program.

3. Meningkatkan kecekapan dalam penghasilkan bahan visual yang berkualiti, tersusun dan berimpak tinggi.

4. Memperoleh pengalaman dalam mengurus dan menghasilkan kandungan multimedia mengikut keperluan program sebenar.

KEPENTINGAN PROJEK:

Projek karnival ini mempunyai fungsi yang penting dalam memperkukuhkan kemahiran pelajar dalam bidang multimedia khususnya apabila melibatkan tentang reka bentuk grafik dan penghasilan video di dalam industri. Dengan menyertai program ini, pelajar berpeluang untuk memahami operasi pekerjaan dalam penghasilan kandungan multimedia.

Projek ini juga membantu pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan teori yang dipelajari semasa pengajian ke dalam konteks praktikal. Pelajar berpeluang untuk mempratikkan kemahiran yang dimiliki dengan keperluan sebenar industri khususnya dalam menghasilkan bahan visual dan hebahan seperti poster, banner, risalah dan juga video yang berkualiti. Perkara ini secara tidak langsung telah membantu untuk mengidentifikasi kelemahan dan kekuatan di dalam bidang multimedia.

Selain itu, projek ini juga turut menyumbang dala, pembangunan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerja berpasukan dan pengurusan masa. Sepanjang projek ini dilaksanakan, pelajar didedahkan dengan situasi yang memerlukan kolaborasi dan kerjasama dengan pelbagai pihak. Keadaan ini akan melatih pelajar untuk menjadi lebih berdisiplin, bertanggungjawab serta komited dalam melaksanakan tugasan.

Item di bawah menunjukkan butiran yang lebih lanjut tentang projek utama yang telah dijalankan. 


cartoon LIHAT PROJEK UTAMA

Comments

Popular posts from this blog

Video Sejati Madani untuk Kampung Desa Murni Sanggang, Temerloh.

Bertugas untuk Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh