Video Sejati Madani untuk Kampung Desa Murni Sanggang, Temerloh.

 Tarikh: 6/10/2025 - 10/10/2025

Tajuk: Penghasilan Video Sejati Madani untuk Kampung Desa Murni Sanggang, Temerloh.

Saya telah ditugaskan di Pejabat Daerah dan Tanah, Temerloh. Pada hari pertama, saya telah berjumpa dan berbincang dengan penyelia saya, Encik Yusnizam bin Mohammad Salleh tentang skop kerja dan peraturan yang perlu dipatuhi semasa bekerja. Sebagai pelajar latihan industri yang berada di bawah unit Teknologi Maklumat,  tugasan harian saya adalah menyediakan dan memasang komputer riba serta peralatan teknikal bagi kegunaan mesyuarat. Pada hari pertama, saya telah mempelajari cara-cara untuk memasang dan membuka slaid pembentangan untuk persidangan. Setelah siap, saya diberikan tugasan oleh Encik Yusnizam iaitu untuk membuat video bagi pihak Kampung Desa Murni Sanggang yang berkolaborasi bersama PDT Temerloh untuk projek SejaTi MADANI yang dinamakan sebagai Projek Cendawan Tiram Desa Murni Sanggang, Temerloh. Sejurus itu, saya mencari dan mengumpulkan bahan yang berkaitan seperti maklumat projek, gambar, klip, berita dan sebagainya untuk menghasilkan papan cerita bagi video tersebut. Papan cerita kemudiannya direka dan diberikan kepada penyelia untuk disemak. Penyelia memberikan beberapa maklum balas dimana beberapa adegan perlu dibuang kerana tidak sesuai untuk ditayangkan sebagai klip di dalam montaj video.



1.0 Borang Pemarkahan Anugerah Pembangunan Negara Tahun 2025 Bagi Kategori Anugerah SejaTi MADANI


Pada hari yang seterusnya, saya telah mengikuti penyelia untuk melawat kawasan projek bagi mendapatkan beberapa klip dan gambar. Video dan gambar direkodkan melalui telefon pintar dan dikumpulkan. Sepanjang proses perbincangan projek berlangsung, saya telah melakukan pemerhatian terhadap video-video montaj yang unik serta template yang kreatif bagi menghasilkan montaj yang dapat menarik perhatian panel serta juri. Oleh sebab itu, beberapa platform telah dipilih untuk menjadi rujukan seperti Youtube, TikTok, Instgram dan Facebook. Kemudian, semua video dan gambar yang dirakam digabungkan di dalam aplikasi CapCut dimana klip-klip disusun berdasarkan maklum balas yang diberikan penyelia sebelum ini. Setelah selesai, saya menggunakan beberapa template yang ada di dalam CapCut untuk mendapatkan effect dan transition bagi mewujudkan satu video yang lain daripada yang lain kepada penonton. Apabila siap disunting, video ini ditunjukkan kepada Encik Yusnizam bersama Pegawai Daerah PDT Temerloh iaitu Dato' Khairur Rizal Bin Ramli semasa sesi perbincangan untuk mendapatkan maklum balas. Proses penyuntingan mengambil masa selama 4 hari yang mana menjurus kepada pengubahsuaian susunan klip. bahan visual, teks, logo dan juga kredit mengikut kehendak penyelia yang terlibat  supaya montaj kelihatan lebih professional dan kemas. 


2.0 Perbincangan Bersama Dato' Khairur Rizal Bin Ramli


3.0 Tapak Projek

Cabaran yang saya hadapi adalah masalah  memahami cara penggunaan beberapa alat untuk memasang slaid dan juga cara penggunaan sistem siaraya (PA system). Saya juga mengalami masalah dalam mendapatkan bahan rakaman yang sangat terhad dimana bahan-bahannya perlu dikumpul melalui satu-satunya platform media sosial iaitu Facebook. Saya bersama beberapa orang staf di bawah projek ini telah melawat tapak projek untuk mendapatkan informasi dan bahan rakaman. Saya juga mengalami masalah kerana aplikasi CapCut memberikan sekatan bagi penggunaan alat ersi percuma. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya mendapatkan bantuan daripada staf untuk mendidik saya tentang penggunaan peralatan serta bantuan daripada ahli jawatankuasa Desa Murni untuk membekalkan gambar dan video. Untuk itu, saya telah menggunakan aplikasi yang berbeza seperti ClipChamp untuk mengedit video di samping menjadikan CapCut sebagai aplikasi yang utama untuk mengedit video.

Saya telah memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan serta teknik-teknik yang diperlukan untuk mengendalikan alatan-alatan yang akan digunakan di bilik mesyuarat serta memperkukuh kemahiran saya untuk membuat video dalam masa yang terhad. Kemahiran saya dalam menyunting video juga meningkat yang membantu saya untuk menguasai segala elemen-elemen pengeditan yang dianggap sulit sebelum ini. 

Saya diberikan tugasan untuk mengendalikan komputer riba dan membuat video. Pada mulanya, saya agak risau kerana tugas tersebut adalah sedikit rumit kerana bahan rakaman yang terhad tetapi dengan bantuan penyelia serta rakan praktikum, saya dapat menyelesaikan tugasan itu. Pada masa hadapan, saya akan mempelajari bahan dan merancang dengan lebih teliti untuk membantu memperbaiki kelemahan saya.




 

     


Comments

Popular posts from this blog

PROJEK UTAMA: KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST

Bertugas untuk Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh