NOVEMBER

         MINGGU PERTAMA 


v  Tarikh: 3/11/2025 (Isnin)

v  Aktiviti Harian:

1.      Membantu jabatan teknologi maklumat dalam proses penyuntingan video korporat Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Saya berpeluang membantu Jabatan Teknologi Maklumat dalam menghasilkan video korporat Pejabat daerah dan Tanah Temerloh. Melalui tugasan ini, saya mendapat ilmu dalam mempelajari keseluruhan aliran kerja penyuntingan video secara professional iaitu dengan memilih adegan serta klip yang sesuai, penyusunan babak, penambahan teks sehingga pemilihan muzik latar yang sepadan.

2.      Menjalankan pengemaskinian perisian komputer riba jabatan.

Selain itu, saya ditugaskan untuk mengemaskini perisian komputer riba jabatan dan memastikan semua sistem dan aplikasi berada di dalam keadaan yang terkini serta berfungsi dengan baik. Kepentingan untuk mengemaskini peralatan ICT secara berkala membantu untuk mengelakkan gangguan teknikal semasa kerja dijalankan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Menguasai kemahiran asas penyuntingan video menggunakan perisian seperti Capcut.

2.      Menyedari kepentingan komunikasi dan kerjasama antara staf serta komuniti tempatan semasa tugasan luar.

3.      Memahami cara pemasangan alatan ICT dan kepentingan penyediaan awal untuk mengelakkan masalah teknikal.


v  Tarikh: 4/11/2025 (Selasa)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyambung tugasan penyuntingan video korporat Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Saya berpeluang membantu Jabatan Teknologi Maklumat dalam menghasilkan video korporat Pejabat daerah dan Tanah Temerloh. Melalui tugasan ini, saya mendapat ilmu dalam mempelajari keseluruhan aliran kerja penyuntingan video secara professional iaitu dengan memilih adegan serta klip yang sesuai, penyusunan babak, penambahan teks sehingga pemilihan muzik latar yang sepadan.

2.      Menyemak semula urutan klip, menambah grafik dan teks penerangan.

Saya berbincang dengan penyelia bertujuan untuk penambahbaikan aspek grafik dan penyusunan babak yang betul. Pembetulan pada video perlu dilakukan dari aspek peranan jabatan serta pertambahan babak untuk permulaan video. Berdasarkan perbincangan tersebut, saya menerima maklum balas secara professional yang membantu saya untuk mengasah kemahiran komunikasi serta pemikiran kritikal.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Mengasah dan menguasai penggunaan transisi,grafik serta elemen visual untuk menghasilkan video korporat yang berkualiti.

2.   Meningkatkan kemahiran untuk memperkemaskan kualiti video mengikut piawaian professional.

3.       Menambah pengalaman dalam menghasilkan video yang lebih professional dan berinformasi. 


v  Tarikh: 5/11/2025 (Rabu)

v  Aktiviti Harian:

1.      Meneruskan tugasan penyuntingan video korporat Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Saya meneruskan tugasan dalam menyunting video korporat Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh selepas menerima maklum balas daripada penyelia saya. Video korporat yang siap disunting disemak oleh penyelia yang memerlukan penambahbaikan dari segi kandungan video, penambahan gambar dan juga pembetulan dari segi teks agar visual menjadi lebih jelas.

2.      Menyediakan dan memasang peralatan teknikal serta komputer riba untuk mesyuarat.

Kemudian, saya menjalankan tugasan harian iaitu menyediakan dan memasang peralatan teknikal serta komputer riba untuk kegunaan mesyuarat jabatan. Peralatan teknikal perlu dipasang sebelum mesyuarat bermula dan harus berada dalam keadaan yang baik.

3.      Menggunakan Google Sheet untuk merekodkan dan menyusun senarai mesyuarat yang akan diadakan.

Satu helaian Google Sheet telah dihasilkan yang bertujuan untuk merekodkan dan menyusun senarai mesyuarat yang akan diadakan oleh jabatan. Tugasan ini melibatkan maklumat penting seperti tarikh, masa, lokasi dan bilangan komputer riba yang diperlukan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Mengasah kemahiran penyuntingan video agar lebih teliti dan berfokus kepada kualiti akhir.

2.      Mengasah keupayaan menyelaras keperluan teknikal situasi dan pengguna.

3.   Meningkatkan kemahiran menggunakan Google Sheet untuk pengurusan data dan rekod jabatan.


v  Tarikh: 6/11/2025 (Khamis)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyediakan slaid visual untuk kegunaan acara perasmian Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh.

Seterusnya, saya ditugaskan untuk menyediakan slaid visual bagi kegunaan acara perasmian Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh. Tugasan ini melibatkan pembuatan slaid visual untuk upacara perasmian yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang iaitu YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail.

2.      Menyelesaikan isu sambungan pengimbas ke komputer.

Beberapa staf di unit Pembangunan Masyarakat mengalami masalah sambungan pengimbas ke komputer. Pengimbas yang digunakan tidak dapat menghantar hasil imbasan ke komputer. Saya telah diajar oleh seorang staf IT untuk menyelesaikan isu tersebut yang memerlukan beberapa langkah yang rumit.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran penyediaan slaid visual yang kemas dan professional. 

2.      Meningkatkan kemahiran mengenal pasti punca isu teknikal berkaitan sambungan peranti.

3.      Memahami teknik penyampaian maklumat secara visual yang lebih jelas dan berkesan.

 

v  Tarikh: 7/11/2025 (Jumaat)

v  Aktiviti Harian:

1.      Meneruskan penghasilan slaid visual untuk kegunaan acara perasmian Karnival Aspirasi Pahang 1st.

Saya meneruskan pembuatan slaid visual untuk acara perasmian Karnival Aspirasi Pahang 1st. Slaid tersebut merangkumi penyelarasan susun atur bagi setiap acara yang akan berlangsung. Beberapa aturcara telah mengalami perubahan dan slaid yang telah dihasilkan perlu disunting semula. Proses ini juga berkait dengan pengemaskinian kandungan agar lebih kemas dan mudah difahami oleh penonton. Slaid yang dihasilkan perlu selaras dengan tema karnival dan sesuai untuk digunakan dalam majlis perasmian rasmi.

2.      Menghasilkan reka bentuk grafik untuk banner.

Saya juga telah ditugaskan untuk menghasilkan reka bentuk banner bagi karnival tersebut. Reka bentuk dibuat berdasarkan poster yang telah dihasilkan. Tugasan ini melibatkan elemen grafik yang bersesuaian serta penyusunan ruang elemen agar maklumat-maklumat penting jelas untuk dibaca.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Menambah pengalaman dalam penyediaan bahan visual bagi program berskala besar,

2.      Mengasah keupayaan untuk menyesuaikan reka bentuk mengikut identiti dan keperluan program.


MINGGU KEDUA


v  Tarikh: 10/11/2025 (Isnin)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menghasilkan muka depan buku untuk Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh untuk kegunaan mesyuarat.

Hari ini, saya diarahkan untuk menghasilkan sebuah design muka depan buku untuk kegunaan mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Reka bentuk yang dihasilkan adalah untuk laporan pelan strategik jangka pendek 2025. Tugasan tersebut melibatkan perancangan dalam mereka bentuk visual, penyusunan tajuk serta pemilihan warna yang sesuai dengan imej jabatan.

2.      Bertugas sebagai juru gambar dalam mesyuarat.

Saya telah bertugas sebagai juru gambar semasa mesyuarat berlangsung. Tugasan ini melibatkan pengambilan gambar sepanjang mesyuarat untuk dihantar ke dalam media sosial rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Gambar yang ditangkap mestilah merangkumi gambar-gambar acara yang sedang berlaku, pegawai-pegawai yang terlibat terutamanya pegawai daerah Temerloh serta memastikan gambar yang dirakamkan adalah cantik dan kelihatan professional. Gambar- gambar tersebut akan dipilih terlebih dahulu sebelum dihantar ke dalam Facebook rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran mereka bentuk bahan visual rasmi untuk kegunaan mesyuarat.

2.      Meningkatkan kemahiran fotografi dalam suasana mesyuarat rasmi.

 

     v  Tarikh: 11/11/2025 (Selasa)

v  Aktiviti Harian:

1.      Memuat naik dan memindahkan gambar dari kamera ke komputer riba.

Saya diberi tugas untuk memuat naik dan memindahkan gambar daripada kamera ke komputer riba bagi tujuan penyimpanan serta dokumentasi. Proses ini melibatkan penyambungan peranti, pemilihan fail yang diperlukan juga penyusunan gambar ke dalam folder yang ditetapkan.

2.      Menyunting dan menghasilkan video pendek untuk platform TikTok. 

Setelah siap dimuat turun dan dipindahkan ke dalam komputer riba, saya menggunakan gambar-gambar tersebut untuk disunting dan dijadikan sebagai video. Semua gambar-gambar serta video digabungkan untuk dihasilkan menjadi satu video yang kreatif dan boleh menarik perhatian pengguna TikTok. Beberapa babak disunting dengan menggunakan template dan perisian Canva supaya menjadi menarik

3.      Melaksanakan penyelenggaraan perisian Microsoft Office pada komputer staf.

Seterusnya, saya telah melaksanakan kerja penyelenggaraan perisian Microsoft Office pada komputer untuk kebanyakan staf jabatan. Perisian Microsoft Office yang telah lama dimuat turun di dalam komputer mengalami ralat dan perlu dikemas kini.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Menambah pengalaman dalam pengendalian bahan media untuk kegunaan jabatan.

2.       Mengasah keupayaan menyesuaikan kandungan rasmi kepada format media digital semasa.

3.      Memahami kaedah mengemaskini dan menyemak fungsi perisian Microsoft Office. 


v  Tarikh: 12/11/2025 (Rabu)

v  Aktiviti Harian:

1.      Meneruskan penyambungan penyelenggaraan perisian Microsoft Office pada komputer staf.

Saya meneruskan kerja penyelenggaraan perisian Microsoft Office pada komputer staf jabatan. Tugasan ini melibatkan pengemaskinian Microsoft Office pada komputer staf yang belum selesai. Perkara ini bertujuan untuk memastikan perisian seperti Microsoft Word, Excel dan PowerPoint dapat digunakan dengan lancar. Saya turut membantu membuat pengemaskinian dan pelarasan tetapan bagi menyokong keperluan tugasan harian staf.

2.      Memasang dan menyediakan peralatan teknikal untuk mesyuarat. 

Kemudian, saya telah melaksanakan tugasan memasang serta menyediakan peralatan teknikal bagi kegunaan mesyuarat. Lazimya, tugasan ini merangkumi penyediaan komputer riba, pemasangan paparan dan audio serta memasukkan bahan paparan di dalam komputer riba. Pemeriksaan akhir juga turut dilakukan untuk memastikan peralatan dapat digunakan dengan lancar sepanjang sesi mesyuarat.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Mempelajari cara mengenal pasti serta menyelesaikan isu perisian secara berperingkat.  

2.      Meningkatkan kemahiran pengendalian dan penyediaan peralatan teknikal mesyuarat.

3.       Mengasah keupayaan menyelesaikan masalah teknikal asas dengan berkesan.

 

     v  Tarikh: 13/11/2025 (Khamis)

v  Aktiviti Harian:

1.      Melanjutkan penyuntingan video korporat Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Hari ini, saya menyambung tugasan untuk menyunting video korporat Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Video korporat tersebut diedit semula selepas menerima maklum balas daripada penyelia untuk mengubah sedikit teks dan elemen yang ada di dalam video. Proses penyuntingan akhir ini melibatkan penilaian semula terhadap struktur kandungan video, penyusunan klip secara sistematik serta penyesuaian elemen visual dan teks penerangan bagi memastikan penyampaian maklumat adalah jelas, tersusun dan berkesan. Setelah membuat penambahbaikan, hasil akhir video diserahkan sepenuhnya kepada penyelia.

2.      Menyertai majlis perpisahan yang diadakan untuk staf serta pelajar latihan industri yang bakal berpindah.

Saya telah menyertai majlis perpisahan yang dianjurkan oleh unit Pentadbiran, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh bagi menghargai jasa serta sumbangan staf dan pelajar latihan industri yang bakal berpindah atau menamatkan tempoh perkhidmatan masing-masing. Majlis ini mejadi platform interaksi untuk warga kerja jabatan dan pelajar latihan industri  yang membantu utnuk  mengukuhkan hubungan silaturahim dalam sesebuah jabatan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Mengasah kemahiran dalam memastikan hasil akhir menepati standard kualiti jabatan.  

2.      Mengembangkan kemahiran komunikasi interpersonal dalam konteks formal dan tidak formal.

 

     v  Tarikh: 14/11/2025 (Jumaat)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyelaras dan menyediakan komputer riba bagi pelaksanaan mesyuarat atas talian.

Tugasan saya bermula dengan menyelaraskan komputer riba untuk mesyuarat di atas talian yang dilakukan di bilik mesyuarat Unit Pembangunan Masyarakat. Tugasan ini merangkumi penyediaan peralatan, semakan sambungan internet serta pengujian persidangan video untuk memastikan komputer riba berfungsi dengan baik sebelum mesyuarat dijalankan. Konfigurasi audio serta paparan visual perlu berada dalam keadaan optimum supaya komunikasi antara dua pihak berjalan dengan lancar.

2.      Melaksanakan pemasangan semula sistem SPTB di Unit Pelupusan. 

Seterusnya, saya telah melaksanakan pemasangan semula sistem SPTB di unit Pelupusan. Ikon sistem SPTB yang berada di dalam komputer staf tidak terpapar dan Tindakan pembaikan telah dijalankan untuk memulihkan fungsi paparan. Sistem ini perlu disalin di komputer yang berbeza sebelum dieksport masuk ke dalam komputer yang mengalami masalah paparan ikon.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Memahami prosedur penyediaan peralatan ICT untuk mesyuarat atas talian.

2.      Menambah pengalaman praktikal dalam sokongan teknikal persekitaran kerja sektor awam.

3.      Meningkatkan kemahiran teknikal dalam penyelenggaraan sistem perisian.

4.      Memahami proses pemasangan dan konfigurasi semual sistem aplikasi jabatan.


MINGGU KETIGA


v  Tarikh: 17/11/2025 (Isnin)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyediakan komputer riba bagi kegunaan mesyuarat.

Hari ini, tugasan harian dimulakan dengan penyediaan komputer riba untuk kegunaan mesyuarat yang diadakan oleh jabatan. Segala peralatan teknikal diperiksa seperti skrin. Paparan visual, audio serta perisian yang akan digunakan di dalam mesyuarat.

2.      Memindahkan gambar dari kamera DSLR ke komputer riba. 

Tugasan harian diteruskan lagi apabila saya ditugaskan untuk memindahkan gambar-gambar dari kamera DSLR ke komputer riba bagi tujuan penyimpanan dan pengurusan bahan dokumentasi. Proses ini memastikan pemindahan data dilakukan secara teratur untuk mengelakkan kehilangan bahan-bahan visual.

3.      Menyelaras dan menyediakan komputer riba untuk kegunaan audit.

Selain itu, saya bertanggungjawab untuk menyelaras dan menyediakan komputer riba untuk kegunaan sesi audit jabatan.  Proses ini melibatkan penyediaan 12 buah komputer riba yang disediakan untuk staf untuk melakukan audit.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran pengurusan dan penyediaan komputer riba untuk kegunaan organisasi.

2.      Menyedari kepentingan keselamatan data dan penyimpanan fail yang teratur.

3.      Menambah pengalaman praktikal dalam sokongan teknikal bagi akiviti pengauditan sektor awam.

  

v  Tarikh: 18/11/2025 (Selasa)

v  Aktiviti Harian:

1.      Memasang dan menyediakan peralatan teknikal untuk mesyuarat. 

Saya telah melaksanakan tugasan memasang serta menyediakan peralatan teknikal bagi kegunaan mesyuarat. Lazimya, tugasan ini merangkumi penyediaan komputer riba, pemasangan paparan dan audio serta memasukkan bahan paparan di dalam komputer riba. Pemeriksaan akhir juga turut dilakukan untuk memastikan peralatan dapat digunakan dengan lancar sepanjang sesi mesyuarat.

2.      Mengemas kini semula jadual atur cara di aplikasi Whatsapp sebagai rujukan.

Saya telah mengemas kini semula jadual atur cara di aplikasi Whatsapp yang digunakan sebagai bahan rujukan kepada staf. Atur cara yang terkini telah dikeluarkan dan jadual atur cara yang berada di dalam platform Whatsapp perlu dikemaskini seperti pembetulan masa, tempat serta urutan aktiviti. Maklumat yang jelas serta betul dapat memastikan semua pihak dapat menerima maklumat yang tepat dan terkini.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Memahami prosedur penyediaan peralatan teknikal bagi mesyuarat rasmi.

2.      Menyedari kepentingan persediaan teknikal dalam memastikan kelancaran mesyuarat.

3.      Mengasah keupayaan memastikan ketepatan maklumat sebelum disebarkan.

4.      Meningkatkan kemahiran menyusun dan menyampaikan maklumat secara jelas dan sistematik.


v  Tarikh: 19/11/2025 (Rabu)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menjana kod QR yang baharu untuk setiap acara yang akan diadakan di Karnival Aspirasi Pahang 1st.

Saya telah ditugaskan untuk melakukan proses penjanaan kod QR yang baru bagi setiap acara yang dilaksanakan di Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh. Borang pendaftaran yang dihasilkan melalui Google Form telah disunting dan QR dijana menggunakan URL borang tersebut. Kod QR ini membantu untuk memudahkan proses mendaftar pengesahan pengunjung yang menyebabkan sistem pengurusan acara menjadi lebih sistematik dan efisien.

2.       Mengemas kini kod QR yang terdapat di platform Facebook rasmi Karnival Aspirasi Pahang 1st.  

Seterusnya, saya telah diarahkan oleh Encik Yusnizam untuk mengemaskini kod QR yang telah disiarkan melalui platform Facebook rasmi Karnival Aspirasi Pahang 1st. Kod Qr yang disiarkan di Facebook telah tamat tempoh. Oleh sebab itu, saya menggantikan kod QR yang lama kepada  kod QR dengan versi terkini supaya borang pendaftaran dapat diakses orang orang ramai.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Memahami konsep dan aplikasi kod QR dalam pengurusan acara.

2.      Meningkatkan kemahiran pengurusan dan pengemaskinian kod QR.

3.      Menambah pengalaman praktikal dalam pengurusan kandungan digital bagi acara berskala besar.


v  Tarikh: 20/11/2025 (Khamis)

v  Aktiviti Harian:

1.      Melakukan pemasangan komputer dan konfigurasi untuk staf jabatan.

Hari ini, saya telah ditugaskan untuk melakukan pemasangan komputer serta melaksanakan konfigurasi pada komputer. Tugasan ini merangkumi pemasangan perkakasan komputer, pemasangan perisian asas seperti Microsoft Word, Microsoft PowerPoint, Microsoft Excel, Google Chrome. Mozilla FireFox dan lain-lain. Pemasangan komputer perlu dilakukan dengan tepat supaya komputer dapat digunakan dengan lancar.

2.      Memperbaiki sistem di kaunter Biometrik di bawah Unit Hasil. 

Saya dipertanggungjawabkan untuk membaiki sistem di Kaunter Biometrik di berada di bahagian Unit Hasil. Kaunter Biometrik mengalami masalah dengan mesin thumbprint yang disambungkan kepada komputer di kaunter. Saya diarahkan untuk menukar mesin thumbprint dan menguji mesin tersebut untuk mengenal pasti punca masalah. Mesin thumbprint telah ditukar dan telah berfungsi.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Mengasah kemahiran teknikal dalam penyediaan perisian dan tetapan sistem.

2.      Meningkatkan kemahiran dalam mengenal pasti punca masalah bagi kerosakan sistem.

3.       Meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan ujian fungsi selepas pembaikan dilakukan.


v  Tarikh: 21/11/2025 (Jumaat)

v  Aktiviti Harian:

1.      Melakukan pemasangan komputer untuk kegunaan Penghulu.

Saya telah melaksanakan proses pemasangan komputer di Pejabat Penghulu seperti Penghulu Mukim Perak 2, Semantan serta Bangau.Tugasan ini melibatkan penyediaan setiap perkakasan komputer, pemyambungan wayar kepada peranti serta pemasangan perisian yang diperlukan untuk kegunaan harian.

2.      Memperbaiki sistem di kaunter Biometrik.

Saya meneruskan pembaikian sistem di Kaunter Biometrik di berada di bahagian Unit Hasil.. Masalah sistem di kaunter Biometrik diselesaikan dengan bantuan Encik Yusnizam yang mempunyai pengalaman dalam membaiki sistem.

3.      Mengurus dan mengemas kini kandungan media untuk platform Facebook.

Selain itu, saya diarahkan untuk mengemas kini kandungan media untuk Facebook rasmi jabatan. Tugasan ini merangkumi penyediaan bahan visual serta teks untuk memaklumkan aktiviti terkini dari Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh kepada orang ramai.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran penyediaan perkakasan dan perisian komputer.

2.      Mengetahui langkah asas dalam proses penyelesaian masalah sistem Biometrik.

3.      Memahami pengurusan kandungan media sosial bagi organisasi sektor awam.

 

         MINGGU KEEMPAT

 

     v  Tarikh: 24/11/2025 (Isnin)

v  Aktiviti Harian:

1.      Mengemas kini dan menyiapkan buku log harian.

Hari ini, saya mengemas kini dan menyiapkan buku log harian seperti mencatatkan semua tugasan serta aktiviti yang dilakukan sepanajang hari. Proses ini melibatkan penyusunan maklumat secara teratur, penulisan huraian serta catatan dibuat dengan kemas yang dilaksanakan mengikut format yang ditetapkan. Setiap aktiviti disemak semula dan ditambah baik untuk memastikan maklumat yang dicatat adalah selaras.

2.      Meneruskan penghasilan laporan projek.

Seterusnya, saya meneruskan penghasilan laporan projek dengan menambah dan mengemas kini kandungan laporan berdasarkan perkembangan semasa tugasan dijalankan. Laporan projek dikemaskini mengikut format yang telah ditetapkan iaitu dibuat menggunakan platform Blogger. Blogger dijadikan sebagai medium pilihan kerana mempunyai elemen interface yang mudah untuk digunakan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Memahami kepentingan dokumentasi dan rekod kerja harian dalam organisasi.

2.      Meningkatkan kemahiran penulisan laporan ringkas dan tersusun.

3.      Memahami proses penyediaan laporan projek secara berperingkat.

4.      Meningkatkan kemahiran penulisan laporan yang tersusun dan sistematik. 

 

v  Tarikh: 25/11/2025 (Selasa)

v  Aktiviti Harian:

1.      Mengemas kini media sosial sempena Hari Hentikan Keganasan terhadap wanita.

Saya ditugaskan untuk mengemas kini berita tentang Hari Hentikan Keganasan terhadap Wanita di dalam media sosial rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Berita itu berkait dengan sokongan penuh Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh terhadap hari tersebut di mana semua warga kerja diminta untuk memakai pakaian berwarna oren. Gambar-gambar warga kerja yang memakai pakaian berwarna oren bersama teks diletakkan di laman rasmi PDT Temerloh.

2.      Menyelenggara dan memperbaiki mesin printer.

Selain itu, saya telah menjalankan kerja penyelenggaran dan pembaikian mesin printer yang bermasalah di unit Hasil. Unit Hasil merupakan unit yang berurusan dengan orang ramai dan perlu diselesaikan dengan segera. Tugasan ini melibatkan proses mengenal pasti masalah serta melaksanakan ujian penambahbaikan yang bersesuaian. Berlakunya kebocoran dakwat yang menyebabkan kertas kotor semasa dicetak. Masalah itu diselesaikan apabila dakwat lama ditukar kepada yang baru dan mesin printer dibersihkan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran penyediaan kandungan digital yang berinformasi dan beretika.

2.      Mengasah keupayaan menyesuaikan mesej mengikut tema dan sasaran audiens.

3.      Menambah pengalaman praktikal dalam sokongan teknikal peralatan pejabat.

  

     v  Tarikh: 26/11/2025 (Rabu)

v  Aktiviti Harian:

1.      Mengumpul gambar dan video berkaitan dengan Menteri Besar Pahang.

Hari ini, saya telah menjalankan tugasan iaitu mengumpul visual seperti gambar serta video yang berkaitan dengan Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail. Gambar dan video yang berkaitan dikumpul dan diletakkan di dalam satu fail untuk digunakan di dalam montaj video bagi Karnival Aspirasi Pahang 1st. Proses ini melibatkan pemilihan gambar yang sesuai dan sopan dengan kualiti yang baik. Gambar dan video seterusnya diletakkan di dalam platform Google Drive untuk dikongsikan.

2.      Menghasilkan berita untuk Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh tentang Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Pahang ke Temerloh.

Seterusnya, saya diarahkan untuk memuat naik penulisan berita rasmi bagi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh berkaitan dengan lawatan YB Setiausaha Kerajaan Pahang meninjau isu-isu saliran di daerah Temerloh. Saya memastikan berita ini mempunyai maklumat yang tepat yang berhubung tentang program lawatan, format dan gaya penulisan yang rasmi untuk jabatan. Saya turut memastikan bahawa maklumat yang diletakkan adalah tepat serta jelas untuk disampaikan kepada orang ramai.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran pemilihan gambar dan video yang sesuai untuk kegunaan organisasi.

2.       Menyedari kepentingan ketepatan maklumat dalam penyampaian berita rasmi.

 

v  Tarikh: 27/11/2025 (Khamis)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyediakan komputer riba untuk mesyuarat.

Tugasan saya bermula dengan menyelaraskan komputer riba untuk mesyuarat di atas talian yang dilakukan di bilik mesyuarat Unit Pembangunan Masyarakat. Tugasan ini merangkumi penyediaan peralatan, semakan sambungan internet serta pengujian persidangan video untuk memastikan komputer riba berfungsi dengan baik sebelum mesyuarat dijalankan. Konfigurasi audio serta paparan visual perlu berada dalam keadaan optimum supaya komunikasi antara dua pihak berjalan dengan lancar.

2.      Mencari aset di dalam stor IT untuk pelaksanaan pelupusan.

Selain itu, saya bersama pelajar latihan industri yang lain ditugaskan untuk mencari dan mengenal pasti aset teknologi maklumatyang berada di dalam stor IT dengan tujuan menjalankan pelaksanaan proses pelupusan. Tugasan ini melibatkan pemeriksaan inventori monitor, CPU serta printer yang tepat untuk dilupuskan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.       Meningkatkan kemahiran pengendalian dan penyediaan peralatan teknikal mesyuarat

2.       Meningkatkan kemahiran mengenalpasti dan merekod aset secara sistematik.

 

v  Tarikh: 28/11/2025 (Jumaat)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyusun dan menyediakan senarai aturcara untuk tujuan perkongsian dan rujukan.

Hari ini, saya telah diarahkan oleh penyelia untuk menghasilkan satu senarai atur cara untuk tujuan perkongsian serta rujukan. Tugasan ini melibatkan penyemakan atur cara yang rasmi, pengumpulan maklumat yang berkait dengan aktiviti, penyusunan jadual mengikut masa, tempat serta tarikh. Senarai aturcara ini dihasilkan untuk memudahkan urusan staf sebagai rujukan untuk kelancaran pelaksanaan aktiviti.  

2.      Menyediakan dan menguji mesin pencetak untuk program.

Selain itu, saya bersama pelajar latihan industri yang lain ditugaskan untuk mencari dan mengenal pasti aset teknologi maklumatyang berada di dalam stor IT dengan tujuan menjalankan pelaksanaan proses pelupusan. Tugasan ini melibatkan pemeriksaan inventori monitor, CPU serta printer yang tepat untuk dilupuskan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kecekapan dalam menyediakan dokumen rujukan bagi kegunaan organisasi.

2.      Mengasah keupayaan mengenal pasti masalah teknikal asas berkaitan mesin pencetak..

 


Comments

Popular posts from this blog

PROJEK UTAMA: KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST

Video Sejati Madani untuk Kampung Desa Murni Sanggang, Temerloh.

Bertugas untuk Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh