DISEMBER

  MINGGU PERTAMA 


     v  Tarikh: 1/12/2025 (Isnin)

v  Aktiviti Harian:

 1. Menyediakan komputer riba bagi kegunaan mesyuarat.

Tugasan hari ini dimulakan dengan menyediakan komputer riba untuk mesyuarat jabatan yang diadakan pada waktu pagi. Komputer riba yang akan digunakan untuk mesyuarat telah ditetapkan seperti memastikan sambungan internet pada komputer riba, sistem audio di bilik mesyurata, perisian yang digunakan serta menyediakan fail-fail pembentangan. Monitor serta projektor turut dipasang untuk dipakai semasa mesyuarat berlangsung. 

     2. Menghasilkan slaid untuk diletakkan di dalam video pegawai keluar masuk bagi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Seterusnya, saya dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan slaid yang menunjukkan senarai pegawai yang berpindah masuk dan berpindah keluar. Tugasan ini melibatkan reka bentuk slaid yang bersesuaian, maklumat pegawai, pemilihan grafik juga penyesuaian warna yang sesuai dengan menggunakan Canva dan Capcut. Penggunaan slaid di dalam video ini bertujuan untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih menarik serta informatif kepada penonton.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.  Memahami keperluan untuk melakukan semakan perisian serta perkakas untuk memastikan mesyuarat berjalan dengan lancar.

2.      Menyedari peranan elemen visual dalam meningkatkan kualiti penyampaian maklumat melalui video.

 

      v  Tarikh: 2/12/2025 (Selasa)

v  Aktiviti Harian:

1.      Mengambil gambar pegawai Baharu yang melapor diri di PDT Temerloh untuk dijadikan bahan visual dalam penghasilan video.

Saya ditugaskan untuk mengambil gambar pegawai-pegawai yang berpindah masuk ke PDT Temerloh untuk digunakan di dalam penghasilan video rasmi jabatan. Saya menggunakan telefon untuk menangkap gambar dan perlu memastikan gambar yang diambil adalah kemas serta professional. Gambar tersebut disunting semula untuk menyelaraskan latar belakang supaya sama. Gambar pegawai dilabel supaya mudah untuk diakses pada masa hadapan.

2.      Meneruskan penyuntingan slaid bagi penghasilan video.

Kemudian, saya meneruskan penyuntingan slaid bagi penghasilan video kemasukan pegawai baru ke PDT Temerloh. Saya melengkapkan maklumat pada slaid sebelum membuat penambahbaikan terhadap elemen grafik seperti penyusunan semula kandungan teks,pembetulan maklumat peribadi staf dan lain-lain. Saya perlu memastikan setiap slaid haruslah disusun mengikut susunan yang betul bergantung pada bulan dan tarikh pegawai berpindah masuk.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Memahami kepentingan komposisi, pencahayaan serta sudut gambar dalam fotografi.

2.       Meningkatkan kemahiran asas fotografi untuk menghasilkan gambar yang berkualiti.

3.       Mengasah kreativiti dalam mereka bentuk bahan visual yang sesuai untuk kandungan media.



v  Tarikh: 3/12/2026 (Rabu)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyambung sesi pengambilan gambar bagi staf serta pegawai.

Pada hari ini, saya meneruskan tugasan sesi pengambilan gambar bagi staf dan pegawai di PDT Temerloh untuk staf yang tidak mempunyai gambar rasmi. Untuk melaksanakan tugasan ini, saya dikehendaki untuk mencari kakitangan yang terlibat di unit mereka untuk mendapatkan gambar. Beberapa kakitangan juga telah dihubungi untuk mendapatkan gambar rasmi yang kelihatan professional kerana kekangan masa. Gambar yang telah diperoleh kemudiannya dikumpulkan dalam satu fail dan dilabel sebelum dimassukkan di dalam slaid.

2.      Meneruskan kerja-kerja penyuntingan video.

Setelah memperoleh gambar untuk setiap kakitangan yang terlibat, saya menyambung sesi penyuntingan video dengan meletakkan gambar-gambar tersebut pada slaid yang telah disiapkan. Proses ini melibatkan penambahbaikan gambar pada slaid serta elemen grafik yang sesuai agar kelihatan lebih kemas dan tersusun. Kandungan teks juga telah diperbaiki supaya maklumat yang disampaikan adalah jelas dan menarik kepada penonton.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.       Meningkatkan kecekapan dalam pengambilan gambar rasmi.

2.       Meningkatkan kemahiran dalam menggunakan perisian penyuntingan video.

3.       Memahami proses penyusunan bahan visual untuk menghasilkan video yang menarik.

 

v  Tarikh: 4/12/2026 (Khamis)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyediakan slaid untuk program Malam Cinta Palestin sempena Karnival Aspirasi Pahang 1st untuk daerah Temerloh.

Saya telah ditugaskan untuk menghasilkan slaid yang akan dijadikan backdrop bagi Malam Cinta Palestin sempena Karnival Aspirasi Pahang 1st. Slaid ini dihasilkan mengikut aturcara rasmi yang telah disediakan oleh urus setia dimana melibatkan beberapa aturcara seperti sesi ucapan, perasmian, cabutan bertuah dan pelbagai.

2.      Memuat naik berita terkini pada Facebook rasmi PDT Temerloh.

Kemudiannya, saya telah diarahkan untuk memuat naik berita terkini daripada Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh tentang Majlis Perjumpaan Pegawai Baru Bersama Pegawai Daerah. Proses ini melibatkan pemilihan gambar yang sesuai serta kapsyen yang berkesan yang memberikan gambaran yang lebih terperinci mengenai aktiviti atau program yang dilaksanakan oleh jabatan.

3.      Menyediakan nombor cabutan bertuah untuk kegunaan PUSPANITA cawangan Temerloh.

Akhir sekali, saya telah ditugaskan untuk menyediakan dan memotong nombor cabutan bertuah untuk kegunaan program yang dianjurkan oleh PUSPANITA cawangan Temerloh. Nombor tersebut telah dicetak dan dipotong mengikut saiz yang diperlukan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.       Mengasah kreativiti dalam mereka bentuk slaid aturcara yang bersesuai dengan majlis rasmi.

2.       Meningkatkan kemahiran dalam pengurusan kandungan media sosial organisasi.

3.       Meningkatkan kemahiran dalam pengurusan persediaan bahan untuk program.


v  Tarikh: 5/12/2026 (Jumaat)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyediakan peralatan teknikal serta lagu bagi program yang dianjurkan oleh PUSPANITA.

Pada hari ini, saya telah melaksanakan tugasan seperti menyediakan peralatan teknikal iaitu dengan menyediakan lagu rasmi PUSPANITA untuk program Semarak Kasih. Saya diarahkan untuk menyediakan barang-barang teknikal seperti pemegang mikrofon, kamera DSLR, banner, extension, splitter dan lain - lain. Saya juga perlu menyediakan lagu rasmi PUSPANITA yang akan dipaparkan semasa majlis berlangsung. Lagu tersebut dimuat turun melalui Youtube dan kemudiannya dihantar melalui Whatsapp.

2.      Menghadiri majlis PUSPANITA sabagai jurugambar.

Saya berperanan sebagai jurugambar di majlis PUSPANITA untuk program Semarak Kasih. Dalam tugasan ini, saya bertanggungjawab untuk merakamkan gambar sepanjang majlis berlangsung termasuklah sesi ucapan, sesi perasmian, sesi cabutan bertuah serta sesi penganugerahan. Setelah selesai, semua gambar telah dipindahkan ke dalam pendrive untuk dikongsikan di platform media sosial PUSPANITA cawangan daerah Temerloh.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.       Meningkatkan kemahiran dalam penyediaan dan pengendalian peralatan teknikal bagi sesuatu program.

2.       Mengasah keupayaan untuk mengendalikan peralatan kamera semasa majlis berlangsung.

 

         MINGGU KEDUA

 


v   Tarikh: 8/12/2026 (Isnin)
v  Aktiviti Harian:
1.      Menghasilkan montaj video tentang Menteri Besar Pahang untuk Karnival Aspirasi.
Untuk hari ini, saya telah diarahkan oleh penyelia saya untuk menghasilkan video montaj mengenai Menteri Besar Pahang iaitu YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail. Montaj video ini akan dipaparkan semasa Malam Cinta Palestin pada hari karnival aspirasi. Saya diminta untuk mengumpulkan gambar-gambar Menteri Besar Pahang yang bersesuaian untuk dijadikan montaj. Gambar-gambar tersebut kemudiannya dikumpulkan dan disunting dengan menggunakan aplikasi Capcut.
2.      Meneruskan penyuntingan slaid aturcara majlis Malam Cinta Palestin.
Seterusnya, saya menyambung tugasan untuk menyunting slaid aturcara majlis Malam Cinta Palestin. Slaid ini merangkumi setiap bahagian aturcara yang mengikut turutan program yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Slaid ini disunting supaya penyusunan teks, pemilihan warna, serta elemen visual adalah bersesuaian dengan tema karnival. Saya menggunakan Canva untuk menghasilkan slaid tersebut yang kemudiaanya ditukarkan kepada format PowerPoint.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.       Meningkatkan kemahiran dalam proses penyuntingan video dan penghasilan montaj.
2.       Mengasah kemahiran dalam mereka bentuk slaid untuk sesuatu program atau majlis. 

v  Tarikh: 9/12/2026 (Selasa)
v  Aktiviti Harian:

1.      Melanjutkan pengeditan montaj Menteri Besar Pahang. 
Saya telah melanjutkan tugasan untuk mengedit video montaj berkaitan dengan Menteri Besar Pahang yang bertujuan untuk ditayangkan sempena Perasmian Hari Karnival Aspirasi Pahang 1st. Kebanyakan klip telah disunting semula seperti memotong klip yang tidak sesuai, tempoh paparan gambar, serta transisi yang digunakan pada setiap klip. Susunan gambar serta video juga dibetulkan semula supaya dapat mengambarkan peribadi Menteri Besar Pahang kepada orang ramai.

 


2.      Menyediakan poster lukisan bagi kegunaan pertandingan mewarna sempena Karnival Aspirasi.
Seterusnya, saya telah bertanggungjawab untuk menghasilkan poster lukisan yang akan digunakan untuk pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Saya dikehendaki untuk membuat ilustrasi yang sesuai dimana reka bentuknya haruslah menarik serta ringkas. Poster yang telah terhasil adalah berdasarkan karnival aspirasi dan telah dicetak pada kertas lukisan.


Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.       Mengasah kreativiti dalam menggabungkan elemen gambar, video dan muzik latar.

 

2.     Meningkatkan ketelitian untuk memastikan setiap bahagian video disunting dengan kemas dan berkualiti. 

3.       Mengembangkan kecekapan dalam menyediakan bahan visual yang sesuai untuk tujuan percetakan dan penggunaan semasa program. 

 

v  Tarikh: 10/12/2026 (Rabu)
v  Aktiviti Harian:

1.      Melanjutkan proses pengeditan video montaj.
Hari ini, saya melanjutkan kerja-kerja penyuntingan video montaj. Setelah mendapatkan maklum balas daripada encik Yusnizam, beberapa gambar yang digunakan perlu diedit semula dan beberapa klip perlu ditambah supaya menjadi lebih menarik. Untuk menghasilkan video yang lebih menarik, saya menggabungkan beberapa klip yang dihasilkan melalui template Capcut untuk mendapatkan effect juga transition yang unik. Gabungan klip ini diselaraskan dengan muzik latar yang dramatik untuk mencuri perhatian penonton.

2.      Menyunting design lanyard untuk urus setia karnival aspirasi.
Seterusnya, saya menyambung tugasan saya iaitu dengan menyunting design lanyard yang akan digunakan oleh urus setia sempena hari Karnival Aspirasi Pahang 1st. Saya telah membuat penambahbaikan pada reka bentuk lanyard tersebut termasuklah mengubah tarikh, logo dan tempat Saya turut memastikan maklumat yang dipaparkan seperti peranan urus setia serta elemen grafik dapat dilihat dengan jelas dan mudah dibaca.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
    1.       Memahami teknik penyusunan klip video dan gambar bagi menghasilkan montaj yang tersusun dan menarik.
2.       Meningkatkan kemahiran dalam mereka bentuk yang kemas dan professional.

v  Tarikh: 11/12/2026 (Khamis)
v  Aktiviti Harian:

1.      Memperbaiki dan menyunting semula montaj.
Tugasan saya hari ini adalah memperbaiki dan menyunting semula video montaj untuk memastikan kualiti video berada pada tahap yang lebih baik. Proses ini melibatkan pengenalpastian klip yang perlu dibaiki iaitu paparan gambar ataupun tempoh paparan untuk setiap babak. Elemen seperti logo dan watermark ditambah pada video untuk menggambarkan identity Karnival Aspirasi yang juga dapat mengelakkan penyalahgunaan bahan visual. Montaj yang siap disunting telah dihantar kepada penyelia untuk diletakkan di dalam komputer riba untuk paparan.

2.      Menjana dan mencetak kod QR bagi pendaftaran peserta.
Setelah montaj siap disunting, saya meneruskan tugasan saya dengan menjana kod QR untuk pendaftaran peserta. Kod QR ini dijana melalui Canva yang menggunakan URL Google Form yang telah siap dihasilkan. Setelah siap dijana, kod ini disemak semula agar dapat berfungsi dengan baik. Kod ini dicetak dan dilapikkan untuk diletakkan di pelbagai lokasi yang mudah untuk dilihat oleh peserta. Penyediaan kod ini dapat membantu memudahkan urusan pendaftaran serta mempercepatkan proses pendaftaran nama untuk cabutan bertuah.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.       Meningkatkan kemahiran dalam proses penyuntingan dan penambahbaikan video montaj.
2.       Mengasah kreativiti dalam menggabungkan elemen visual dan grafik dalam penghasilan video.

    3.       Mengasah kemahiran dalam menyediakan bahan digital yang sesuai. 
v  Tarikh: 12/12/2026 (Jumaat)
v  Aktiviti Harian:
1.      Menyediakan dan memasang alatan teknikal pada Hari Karnival.
Hari ini merupakan hari pertama karnival dan saya bersama staf-staf yang terlibat berkumpul untuk bergerak ke kawasan karnival. Setelah sampai, kami mula mamasang alatan-alatan teknikal yang diperlukan seperti komputer riba, extension, wifi dan lain-lain untuk aktiviti yang akan berlangsung.
2.      Menyertai latihan raptai untuk Majlis Malam Cinta Palestin.
Setelah itu, saya juga telah menyertai latihan raptai yang diadakan untuk Malam Cinta Palestin. Saya membantu untuk mengubah paparan slaid serta paparan visual yang berada di atas pentas.
3.      Menjana pautan Wheel of Names bagi tujuan cabutan bertuah.
Kemudian, saya diarahkan untuk menjana pautan untuk platform Wheel of Names bagi tujuan cabutan bertuah. Saya memastikan pautan tersebut boleh diakses dan boleh digunakan untuk pendaftaran nama peserta bagi cabutan bertuah.
4.      Memperbaiki video montaj dan slaid aturcara Malam Cinta Palestin.
Saya meneruskan tugasan saya iaitu dengan memperbaiki video montaj dan slaid aturcara setelah mengalami beberapa perubahan semasa raptai. Video montaj dan slaid diperbaiki mengikut kehendak pegawai dimana gambar-gambar di dalam video diperbaiki serta beberapa aktiviti tambahan ditambahkan di dalam slaid.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.       Mengasah kemahiran bekerja secara teliti dan teratur dalam memastikan kelancaran sesuatu program.
2.       Mengasah kemahiran dalam menyediakan bahan digital yang sesuai untuk majlis atau program.
 
MINGGU KETIGA 
v  Tarikh: 15/12/2026 (Isnin)
v  Aktiviti Harian:
1.      Bertugas untuk menguruskan paparan slaid semasa program taklimat dan peneyerahan elaun di Dewan Kg Peragap.
Hari ini, saya dipertanggungjawab untuk menguruskan paparan slaid semasa program taklimat dan penyerahan elaun yang diadakan di Dewan Kg Peragap. Tugasan ini melibatkan penyediaan komputer riba serta memastikan paparan slaid dapat dipaparkan dengan jelas melalui projektor. Sepanjang program berlangsung, saya  ditugaskan untuk menukar slaid pada masa yang sesuai mengikut arahan daripada penceramah.
2.      Mengumpulkan gambar bagi majlis perasmian Karnival Aspirasi.
Seterusnya, saya melaksanakan tugasan yang diberikan oleh staf iaitu mengumpulkan gambar-gambar yang berkaitan dengan Majlis Perasmian Karnival Aspirasi Pahang 1st. Saya diminta untuk menyemak semula gambar serta memilih gambar-gambar yang sesuai dengan kualiti yang baik untuk digunakan dalam penerbitan rasmi. Gambar-gambar ini kemudiaannya diserahkan kepada staf setelah disimpan di dalam satu dokumen untuk laporan.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.       Memahami kepentingan pengurusan paparan slaid yang teratur dalam membantu kelancaran sesuatu sesi taklimat.
2.       Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan teknikal semasa program dijalankan.
 
3.       Mengasah kemahiran dalam pengurusan dan penyusunan bahan visual untuk dokumentasi. 
v  Tarikh: 16/12/2026 (Selasa)
v  Aktiviti Harian:
1.       Menyediakan kad ucapan terima kasih Tok Wan bagi kedatangan Menteri Besar Pahang ke PDT Temerloh
Tugasan saya yang pertama pada hari ini ialah dengan menyediakan kad ucapan Terima Kasih Tok Wan sempena kedatangan beliau ke PDT Temerloh yang hadir untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang. Kad ucapan tersebut disemak semula dan dicetak untuk digunakan semasa majlis berjalan.
2.      Memeriksa dan memastikan keadaan peralatan ICT di bilik mesyuarat.
Seterusnya, saya bersama kakitangan IT yang lain memeriksa dan memastikan keadaan ICT yang terdapat di bilik mesyuarat berfungsi dalam keadaan yang baik. Tugasan ini melibatkan pemeriksaan terhadap monitor, projektor, sambungan audio serta kamera yang akan digunakan untuk tujuan perbincangan. Perkara ini dititikberatkan untuk mengelakkan berlakunya gangguan teknikal yang boleh menjejaskan mesyuarat.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.       Meningkatkan kemahiran dalam penyediaan bahan bagi kegunaan rasmi.
2.       Mengembangkan skil dalam menyelesaikan masalah teknikal berkaitan dengan pralatan ICT.
3.       Meningkatkan kemahiran dalam pengendalian peralatan ICT.

 

v  Tarikh: 17/12/2026 (Rabu)
v  Aktiviti Harian:
1.      Merakamkan video ketibaan YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail ke PDT Temerloh serta suasana semasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).
Hari ini, saya telah ditugaskan untuk merakam video ketibaan YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail ke Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh serta suasana majlis. Saya menggunakan telefon untuk merakamkan beberapa babak penting seperti momen ketibaan, sesi sambutan oleh pegawai-pegawai dan suasana sekitar majlis. Rakaman video diambil dengan menitikberatkan pencahayaan dan komposisi sudut supaya hasil rakaman kelihatan dengan lebih jelas dan professional. Rakaman ini akan digunakan untuk disunting menjadi video TikTok rasmi PDT Temerloh.
2.      Menyunting video untuk kegunaan platform TikTok.
Setelah majlis tamat, saya meneruskan aktiviti harian saya dengan menyunting video untuk kegunaan media sosial TikTok rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Saya menggunakan aplikasi Capcut serta Canva software utama untuk menyunting video. Klip-klip dipilih dan disusun mengikut aturcara majlis dimana beberapa elemen sokongan seperti teks, muzik juga effect ditambah supaya menjadi lebih menarik.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.       Meningkatkan kemahiran dalam merakam video bagi tujuan dokumentasi rasmi bagi sesuatu majlis.
2.       Mengasah kecekapan dalam menggunakan software untuk mengedit video.
3.       Meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan kandungan multimedia yang berkesan.
v  Tarikh: 18/12/2026 (Khamis)
v  Aktiviti Harian:
1.      Menyiarkan berita terkini dalam Facebook PDT Temerloh.
Pada hari ini, saya telah melaksanakan tugasan menyiarkan berita terkini di platform Facebook rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh bagi tujuan perkongsian maklumat kepada orang awam. Tugasan ini melibatkan penghasilan kandungan berita yang perlu disemak terlebih dahulu untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat, jelas dan sesuai untuk diterbitkan kepada umum. Selain itu, saya juga memilih gambar yang bersesuaian untuk dimuat naik bersama berita tersebut yang dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai aktiviti atau program yang dijalankan oleh pihak jabatan.
2.       Menyediakan komputer riba bagi kegunaan mesyuarat
Tugasan saya yang seterusnya adalah menyediakan komputer riba untuk mesyuarat jabatan yang diadakan pada waktu pagi. Komputer riba yang akan digunakan untuk mesyuarat telah ditetapkan seperti memastikan sambungan internet pada komputer riba, sistem audio di bilik mesyurata, perisian yang digunakan serta menyediakan fail-fail pembentangan. Monitor serta projektor turut dipasang untuk dipakai semasa mesyuarat berlangsung
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh: 
   1.       Memahami kepentingan penyampaian maklumat yang tepat dan jelas kepada masyarakat.
 2. Meningkatkan ketelitian dalam mengurus peralatan teknikal untuk menyokong kelancaran mesyuarat. 

 

v  Tarikh: 19/12/2026 (Jumaat)
v  Aktiviti Harian:
1.      Menghasilkan berita untuk Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh tentang kedatangan Menteri Besar Pahang ke PDT Temerloh serta Mesyuarat Persiapan Jelajah Aspirasi.
Tugasan hari ini dimulakan dengan menghasilkan berita rasmi bagi PDT Temerloh berkaitan dengan kedatangan Menteri Besar Pahang serta Mesyuarat Persiapan Jelajah Aspirasi. Tugasan ini melibatkan pemilihan gambar-gambar yang bersesuaian untuk ke dalam berita tersebut dimana ianya dapat membantu untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai suasana program dan perjalanan mesyuarat. Setelah selesai, saya membuat semakan semula terhadap isi kandungan bagi memastikan tiada kesalahan dari segi ejaan, struktur ayat dan ketepatan maklumat sebelum berita tersebut diserahkan untuk tujuan penerbitan di platform media sosial rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
2.      Menyediakan serta melakukan pemeriksaan terhadap peralatan teknikal untuk mesyuarat.
Saya meneruskan tugasan saya yang seterusnya iaitu menyediakan serta melakukan pemeriksaan terhadap peralatan teknikal yang akan digunakan bagi mesyuarat di pejabat. Tugasan ini melibatkan penyediaan beberapa peralatan ICT seperti komputer riba, projektor, dan kabel sambungan. Selain itu, saya turut melakukan pemeriksaan awal terhadap setiap peralatan bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
  1.       Meningkatkan kemahiran dalam penulisan berita rasmi organisasi. 
  2.       Meningkatkan kemahiran dalam pengendalian dan penyediaan peralatan ICT. 

 

        MINGGU KEEMPAT 

 

v  Tarikh: 22/12/2026 (Isnin)
v  Aktiviti Harian:
1.      Menghasilkan berita untuk Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh tentang kedatangan Menteri Besar Pahang ke PDT Temerloh serta Mesyuarat Persiapan Jelajah Aspirasi.
Tugasan hari ini dimulakan dengan menghasilkan berita rasmi bagi PDT Temerloh berkaitan dengan kedatangan Menteri Besar Pahang serta Mesyuarat Persiapan Jelajah Aspirasi. Tugasan ini melibatkan pemilihan gambar-gambar yang bersesuaian untuk ke dalam berita tersebut dimana ianya dapat membantu untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai suasana program dan perjalanan mesyuarat. Setelah selesai, saya membuat semakan semula terhadap isi kandungan bagi memastikan tiada kesalahan dari segi ejaan, struktur ayat dan ketepatan maklumat sebelum berita tersebut diserahkan untuk tujuan penerbitan di platform media sosial rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
2.      Menyediakan serta melakukan pemeriksaan terhadap peralatan teknikal untuk mesyuarat.
Saya meneruskan tugasan saya yang seterusnya iaitu menyediakan serta melakukan pemeriksaan terhadap peralatan teknikal yang akan digunakan bagi mesyuarat di pejabat. Tugasan ini melibatkan penyediaan beberapa peralatan ICT seperti komputer riba, projektor, dan kabel sambungan. Selain itu, saya turut melakukan pemeriksaan awal terhadap setiap peralatan bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.       Meningkatkan kemahiran dalam pengendalian dan penyediaan peralatan ICT.
2.       Meningkatkan kemahiran dalam menulis berita rasmi untuk organisasi.

 

v  Tarikh: 23/12/2026 (Selasa)
v  Aktiviti Harian:
1.      Membantu memperbaiki sambungan internet pada kaunter Biometrik.
Saya memulakan aktiviti hari ini dengan membantu untuk memperbaiki sambungan internet pada kaunter Biometrik di Unit Hasil. Sambungan internet pada komputer di kaunter tersebut mengalami masalah dan menyebabkan sistem pada komputer tidak dapat untuk digunakan.Setelah itu, saya memeriksa kabel rangkaian serta tetapan yang digunakan pada kaunter untuk mengenal pasti masalah.
2.      Memasang dan menyediakan peralatan teknikal untuk mesyuarat.
Kemudian, saya telah melaksanakan tugasan memasang serta menyediakan peralatan teknikal bagi kegunaan mesyuarat. Lazimya, tugasan ini merangkumi penyediaan komputer riba, pemasangan paparan dan audio serta memasukkan bahan paparan di dalam komputer riba. Pemeriksaan akhir juga turut dilakukan untuk memastikan peralatan dapat digunakan dengan lancar sepanjang sesi mesyuarat.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.       Memahami kepentingan kestabilan sambungan internet dalam penggunaan sistem pejabat.
2.       Meningkatkan pengetahuan asas berkaitan dengan penyelenggaraan rangkaian internet.
3.      Meningkatkan kemahiran dalam mengurus dan menyelaraskan persediaan mesyuarat
v  Tarikh: 24/12/2026 (Rabu)
v  Aktiviti Harian:
1.      Mengemaskini laporan aduan dan pinjaman peralatan ICT untuk unit Teknologi Maklumat.
Pada hari ini, saya telah diarahkan untuk mengemaskini laporan aduan serta rekod pinjaman peralatan ICT yang ada di Google Sheet. Ianya melibatkan proses semakan serta merekodkan bilangan aduan teknikal yang diterima dan juga rekod pinjaman peralatan ICT untuk setiap bulan bagi peralatan seperti komputer riba, sistem, perisian, mesin pencetak, sambungan internet dan lain-lain. Saya telah mengemaskini maklumat yang ada dalam laporan mengikut bilangan yang terkini untuk setiap bulan.
2.      Menghasilkan notis makluman waktu operasi terkini dalam media sosial.
Kemudian, saya juga telah melaksanakan satu reka bentuk notis maklumat waktu operasi yang terkini untuk kaunter di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Notis ini dihasilkan menggunakan Canva dan dibuat secara ringkas dan mudah untuk difahami oleh orang ramai. Setelah selesai diedit, notis ini diberikan kepada penyelia untuk disemak sebelum dimuat naik ke media sosial rasmi.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.       Menambahkan pengetahuan dalam pengurusan rekod dan dokumentasi.
2.       Meningkatkan skil dan kreativiti untuk menghasilkan reka bentuk yang menarik dan ringkas.
 
v  Tarikh: 26/12/2026 (Jumaat)
v  Aktiviti Harian:
1.      Menghasilkan reka bentuk grafik sempena Tahun Baru 2026.
Saya ditugaskan untuk mengasilkan beberapa reka bentuk grafik sempena Tahun Baru 2026 untuk kegunaan media sosial rasmi PDT Temerloh. Reka bentuk grafik ini disediakan sebagai makluman kepada orang ramai bagi menyambut kedatangan tahun baharu. Dalam melaksanakan tugasan ini, saya memilih elemen visual yang bersesuaian seperti warna yang menarik, tipografi yang jelas serta susunan grafik yang kemas bagi memastikan mesej ucapan dapat disampaikan dengan baik. Selain itu, saya turut memasukkan elemen identiti rasmi organisasi seperti logo jabatan bagi mengekalkan imej korporat dalam reka bentuk tersebut.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.      Mengasah kreativiti dalam pemilihan elemen visual yang sesuai dengan identiti jabatan.
2.      Meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan reka bentuk grafik untuk media sosial.
3.      Menambahkan pengetahuan dalam penggunaan Artificial Intelligence (AI) untuk mendapatkan gambaran reka bentuk grafik.

 

MINGGU KELIMA 


v  Tarikh: 29/12/2026 (Isnin)
v  Aktiviti Harian:
1.      Memasang dan menyediakan peralatan teknikal untuk mesyuarat.
Saya telah melaksanakan tugasan memasang serta menyediakan peralatan teknikal bagi kegunaan mesyuarat. Lazimya, tugasan ini merangkumi penyediaan komputer riba, pemasangan paparan dan audio serta memasukkan bahan paparan di dalam komputer riba. Pemeriksaan akhir juga turut dilakukan untuk memastikan peralatan dapat digunakan dengan lancar sepanjang sesi mesyuarat.
2.      Mengurus dan mengemas kini kandungan media untuk platform Facebook.
Selain itu, saya diarahkan untuk mengemas kini kandungan media untuk Facebook rasmi jabatan. Tugasan ini merangkumi penyediaan bahan visual serta teks untuk memaklumkan aktiviti terkini dari Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh kepada orang ramai.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.        Meningkatkan kemahiran penyediaan perkakasan dan perisian komputer
2.       Menyedari kepentingan persediaan teknikal dalam memastikan kelancaran mesyuarat.
3.       Menambahkan pengalaman dalam pengurusan kandungan media sosial bagi organisasi sekktor awam
4.       Meningkatkan kemahiran penyediaan kandungan digital yang beinformasi dan beretika.

v  Tarikh: 30/12/2026 (Selasa)
v  Aktiviti Harian:

1.      Menghasilkan berita untuk Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
   Hari ini, saya diarahkan untuk memuat naik penulisan berita rasmi bagi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh berkaitan dengan program atau aktiviti terkini yang dilakukan di PDT Temerloh. Saya memastikan berita ini mempunyai maklumat yang tepat, format dan gaya penulisan yang rasmi untuk jabatan. Saya turut memastikan bahawa maklumat yang diletakkan adalah tepat serta jelas untuk disampaikan kepada orang ramai.
2.      Membuat semakan audit untuk setiap komputer yang berdaftar di PDT Temerloh.

Saya telah melaksanakan semakan audit terhadap setiap komputer yang berdaftar di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Tugasan ini dijalankan bagi memastikan semua peralatan komputer yang digunakan oleh kakitangan direkodkan dengan tepat serta berada dalam keadaan yang baik. Dalam proses ini, saya menyemak maklumat setiap komputer seperti nombor siri, nama pengguna, lokasi penempatan serta status penggunaan peralatan tersebut. Selain itu, saya turut memastikan maklumat yang direkodkan adalah selaras dengan rekod yang disimpan oleh Unit Teknologi Maklumat.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.       Menyedari kepentingan ketepatan maklumat dalam penyampaian berita rasmi.
2.       Meningkatkan skil penulisan berita rasmi untuk sektor awam. 
3.       Meningkatkan pengetahuan mengenai proses audit aset ICT di organisasi. 

v  Tarikh: 31/12/2026 (Rabu)

v  Aktiviti Harian:

1.      Meneruskan semakan audit untuk komputer.

Pada hari ini, saya meneruskan proses pemeriksaan audit terhadap komputer yang digunakan di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Tugasan ini dilakukan bagi memastikan semua maklumat berkaitan aset komputer yang direkodkan adalah tepat serta selaras dengan peralatan yang digunakan oleh setiap kakitangan. Aktiviti ini membantu memastikan pengurusan aset ICT di pejabat sentiasa dikemaskini dan tersusun dengan baik. Ia juga memudahkan pihak pengurusan membuat pemantauan terhadap penggunaan peralatan komputer serta mengenal pasti sebarang perubahan yang berlaku pada aset tersebut.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1.       Meningkatkan kefahaman mengenai pegurusan dan pemantauan aset komputer.
2.       Mengasah kemahiran dalam melakukan semakan maklumat secara teliti. 
3.       Memahami kepentingan rekod aset ICT yang tepat dan sentiasa dikemaskini. 
 
 
 
 
 
 
 
  



Comments

Popular posts from this blog

PROJEK UTAMA: KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST

Video Sejati Madani untuk Kampung Desa Murni Sanggang, Temerloh.

Bertugas untuk Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh