Posts

Showing posts from February, 2026

Bertugas untuk Mesyuarat Agung PUSPANITA

Image
 Tarikh: 6/02/2025-12/02/2025 Tajuk: Bertugas untuk Mesyuarat Agung PUSPANITA yang ke- 40. Deskripsi Tugas: Mesyuarat Agung in diadakan pada 12 Februari 2026 di Dewa Tun Razak, Temerloh. Mesyuarat ini membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa 2025, minit mesyuarat serta usul. Saya telah diminta oleh pegawai daripada Unit Teknologi Maklumat iaitu Puan Nor Azmira Suhaida Binti Hashim untuk menghasilkan sebuah reka bentuk fridge magnet yang akan dijadikan cenderamata untuk ahli-ahli PUSPANITA. Sebagai langkah pertama, saya mencari dan merujuk contoh-contoh yang sedia ada di dalam Internet. Pelbagai design telah diteliti untuk dijadikan sebagai inspirasi yang mana kebanyakkannya terdiri daripada grafik yang realistik dan estetika. Saya menggunakan aplikasi Canva untuk menghasilkan beberapa reka bentuk fridge magnet yang menitikberat tema floral dan kombinasi warna ungu. Semasa menjalankan proses ini, saya menggunakan warna ungu sebagai warna asas untuk l...