Bertugas untuk Mesyuarat Agung PUSPANITA

 Tarikh: 6/02/2025-12/02/2025

Tajuk: Bertugas untuk Mesyuarat Agung PUSPANITA yang ke- 40.

Deskripsi Tugas:

Mesyuarat Agung in diadakan pada 12 Februari 2026 di Dewa Tun Razak, Temerloh. Mesyuarat ini membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa 2025, minit mesyuarat serta usul. Saya telah diminta oleh pegawai daripada Unit Teknologi Maklumat iaitu Puan Nor Azmira Suhaida Binti Hashim untuk menghasilkan sebuah reka bentuk fridge magnet yang akan dijadikan cenderamata untuk ahli-ahli PUSPANITA. Sebagai langkah pertama, saya mencari dan merujuk contoh-contoh yang sedia ada di dalam Internet. Pelbagai design telah diteliti untuk dijadikan sebagai inspirasi yang mana kebanyakkannya terdiri daripada grafik yang realistik dan estetika. Saya menggunakan aplikasi Canva untuk menghasilkan beberapa reka bentuk fridge magnet yang menitikberat tema floral dan kombinasi warna ungu. Semasa menjalankan proses ini, saya menggunakan warna ungu sebagai warna asas untuk latar belakang fridge magnet kemudian menambahkan corak untuk memberikan gambaran tekstur.  Logo, elemen grafik dan teks yang sesuai  juga ditambah yang melambangkan idenititi PUSPANITA. Elemen yang difokuskan adalah bermotifkan bunga yang menggambarkan imej feminin bagi PUSPANITA. Setelah siap, saya terus merujuk kepada Puan Siti Aisah Binti Mohammad Dauh yang merupakan bendahari bagi PUSPANITA cawangan Daerah Temerloh.



1.0 Design Fridge Magnet


Selain itu juga, saya telah diarahkan oleh Puan Azmira untuk menghasilkan montaj PUSPANITA. Saya menggunakan montaj yang PUSPANITA yang sedia ada dan menambahkan sedikit pengubahsuaian pada montaj tersebut. Saya menukarkan klip yang baru pada awal video seperti countdown masa dan pengenalan video. Senarai aktiviti dan gambar-gambar tentang aktiviti yang dijalankan oleh PUSPANITA pada tahun 2025 telah dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam montaj. Elemen asal digunakan dan tidak mengalami perubahan untuk mengekalkan naratif video. Setelah siap dosunting, video kemudiannya diberikan kepada Puan Azmira untuk diletakkan di dalam slaid aturcara mesyuarat. Saya juga telah diminta untuk menghasilkan slaid aturcara Mesyuarat Agung. Slaid ini merangkumi lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang Dan lagu rasmi PUSPANITA serta backdrop. Slaid ini juga seterusnya diletakkan di dalam komputer riba yang digunakan untuk tujuan papara  setelah mendapat kelulusan daripada Puan Azmira. Sepanjang majlis berlangsung, saya berperanan sebagai jurugambar rasmi yang bertanggungjawab untuk mendokumentasikan keseluruhan perjalanan majlis. Sehubungan itu, momen-momen seperti ketibaan tetamu hormat, interaksi peserta, cabutan bertuah dan sesi membentangkan minit mesyuarat direkodkan dngan teliti.


     

2.0 Montaj PUSPANITA


     

3.0 Lirik Lagu PUSPANITA  di dalam slaid aturcara majlis 

 

Cabaran dan Penyelesaian:

Pengalaman ini secara tidak langsung juga telah menyebabkan saya berhadapan dengan beberapa cabaran seperti kekangan idea reka bentuk dan kesukaran dalam menyesuaikan kehendak pihak atasan. Kekangan idea pada peringkat awal telah menyebabkan saya mengambil masa yang lama untuk menghasilkan dua buah reka bentuk yang design sehingga mengambil masa selama 2 hari. Kekangan idea ini telah mendorong saya untuk membuat kajian rujukan secara menyeluruh dengan meneliti pelbagai contoh reka bentuk sedia ada sebelum mengolah semula idea tersebut kepada konsep yang lebih segar dan relevan.  Cabaran seterusnya adalah untuk mengekalkan kesinambungan naratif asal. Saya perlu menambahkan klip yang mempunyai naratif yang sama supaya aliran cerita tidak terjejas. Oleh sebab itu, saya mengalami keterbatasan untuk menambahkan klip yang lebih menarik yang boleh menjurus kepada penjejasan video. Saya mengatasinya dengan mengekalkan elemen utama montaj dan hanya melakukan pengubahsuaian secara terkawal agar mesej dan aliran video kekal jelas serta tersusun.

Kemahiran dan Pembelajaran:

Daripada pengalaman ini, saya memperoleh pelbagai pembelajaran bermakna yang menyumbang kepada peningkatan kemahiran dan profesionalisme diri. Saya bukan sahaja dapat memperkukuhkan kemahiran dalam reka bentuk grafik menggunakan aplikasi Canva, malah dapat meningkatkan lagi ilmu yang mendalam tentang kemudahan-kemudahan yang ada di Canva.  Saya dapat dapat belajar untuk mengaplikasikan ilmu-ilmu yang sebelum ini komplek untuk difahamkan. Selain itu, saya turut menguasai asas penyuntingan video dengan lebih baik, khususnya dalam aspek pengawalan aliran cerita, pemilihan klip yang sesuai serta penggunaan elemen tambahan bagi meningkatkan impak visual. 

Refleksi Diri:

Secara keseluruhannya, pengalaman ini telah memberi impak yang besar terhadap pembentukan jati diri saya. Saya menyedari bahawa setiap hasil kerja yang baik memerlukan gabungan idea yang matang dan pelaksanaan yang kemas.Pengalaman ini juga membuka ruang untuk saya menilai kekuatan dan kelemahan diri secara lebih objektif, seterusnya mendorong saya untuk sentiasa memperbaiki mutu kerja dari semasa ke semasa. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, saya berjaya menghadapinya dengan sikap positif dan komitmen yang tinggi dan berhasrat agar pengajaran yang saya dapat hari ini dapat menjadi pemangkin untuk saya berkembang pada masa hadapan.




Comments

Popular posts from this blog

PROJEK UTAMA: KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST

Video Sejati Madani untuk Kampung Desa Murni Sanggang, Temerloh.

Bertugas untuk Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh