Posts

Showing posts from March, 2026

Pesta Pelita Raya Daerah Temerloh

Image
 Tarikh: 9/03/2026 - 11/03/2026 Tajuk: Pesta Pelita Raya Daerah Temerloh Deskripsi Tugas: Pesta Pelita Raya adalah acara tahunan  yang menjadi platform penting untuk memperkukuhkan ukhuwah antara agensi kerajaan dan komuniti setempat. Pesta ini merupakan sambutan raya yang diadakan oleh Kerajaan Negeri bersama-sama Tourism Pahang.  Pesta ini telah diadakan untuk pertama kali pada tahun 2025 di 11 daerah di seluruh Pahang yang merangkumi pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan lampu, persembahan kebudayaan dan jualan untuk produk tempatan. Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah terlibat sebagai salah satu pihak yang menganjurkan pesta ini. Sehubungan itu, saya telah menerima tugasan yang diberikan Encik Yusnizam untuk menghasilkan sebuah reka bentuk buku kecil (booklet). Pada peringkat awal, saya telah meneliti komponen kandungan yang perlu diletakkan di dalam booklet yang terdiri daripada tentatif, latar belakang, tema pakaian dan juga aktiviti. Dari sudut reka b...