APRIL
MINGGU PERTAMA
v Tarikh: 01/04/2026 (Rabu)
v Aktiviti Harian:
1. Menyemak dan mengemaskini jumlah likes untuk platform media sosial dalam Microsoft Excel.
Hari ini, saya telah ditugaskan oleh Encik Yusnizam bagi menyemak dan mengemaskini jumlah likes bagi kesemua platform media sosial ke dalam Microsoft Excel. Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah menyemak jumlah likes pada video di Instagram, TikTok dan juga Facebook dan data yang diperoleh akan dikemaskini ke dalam jadual yang telah dihasilkan sebelum ini mengikut jumlah. Saya memastikan setiap maklumat direkodkan dengan tepat sebelum data tersebut diserahkan kepada Encik Yusnizam.
2. Menghasilkan sebuah poster untuk Jamuan Raya PDT Temerloh.
Seterusnya, saya juga telak melaksanakan tugasan iaitu menghasilkan sebuah poster untuk Jamuan Raya Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh yang akan diadakan pada 9 April 2026. Saya telah menggunakan aplikasi Canva untuk menghasilkan poster tersebut yang mana konsep reka bentuk poster telah dirancang terlebih dahulu supaya bersesuaian dengan tema majlis. Warna dan elemen grafik dipilih dengan teliti untuk menyerlahkan visual poster. Setelah siap membentuk poster, saya menyerahkan reka bentuk tersebut kepada Encik Yusnizam untuk mendapatkan maklum balas.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft Excel untuk pengurusan data.
2. Mengasah kemahiran dan kreatviti dalam menghasilkan suatu design yang kemas dan professional.
v Tarikh: 02/04/2026 (Khamis)
v Aktiviti Harian:
1. Melakukan penambahbaikan terhadap poster Jamuan Raya.
Tugasan saya pada hari ini ialah melakukan penambahbaikan terhadap poster Jamuan Raya Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Saya telah menerima maklum balas daripada Encik Yusnizam dan mula memperbaiki poster mengikut ulasan yang diberikan. Beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan seperti membaiki semula konsep poster, membetulkan susun atur teks dan menambah elemen grafik yang lebih menarik. Saya juga telah menambaik baik kualiti gambar dan elemen visual yang ada di dalam poster agar poster kelihatan lebih kemas dan dapat menarik perhatian audiens. Setelah selesai, saya melakukan semakan akhir untuk memastikan tiada kesilapan dari segi ejaan, susunan maklumat dan kesimbangan ruang elemen sebelum digunakan untuk penerbitan.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Menambahbaik kemahiran dalam menyunting reka bentuk poster.
2. Memahami keperluan dan kepentingan maklum balas dalam proses penambahbaikan hasil kerja organisasi.
3. Mengasah kreativiti dalam memperkemaskan elemen visual.
4. Menambah kecekapan dalam menghasilkan bahan promosi yang berkualiti tinggi dan berimpak.
5. Mengembangkan kemahiran dalam memilih kombinasi warna, tipografi serta imej yang sesuai mengikut tema poster.
v Tarikh: 03/04/2026 (Jumaat)
v Aktiviti Harian:
1. Mengemaskini buku log harian.
Aktiviti harian saya bermula dengan mengemas kini dan mencatatkan semua aktiviti yang dilakukan sepanjang hari. Proses tersebut merangkumi penyusunan maklumat secara sistematik, penulisan huraian serta catatan yang dibuat dengan kemas yang mana dilaksanakan mengikut format yang ditetapkan. Selain itu, setiap catatan yang dibuat turut disemak semula dan diperbaiki agar maklumat yang direkodkan adalah tepat dan lengkap.
2. Mengemaskini laporan projek.
Seterusnya, saya meneruskan penghasilan laporan projek dengan menambah dan mengemas kini kandungan laporan berdasarkan perkembangan semasa tugasan dijalankan. Laporan projek dikemaskini mengikut format yang telah ditetapkan. Beberapa tugasan yang diberikan oleh Encik Yusnizam dipilih untuk dijadikan sebagai projek dan telah direkodkan ke dalam laporan. Laporan sebelum ini diperbaiki supaya selaras dengan perkembangan terkini.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Memperkukuh kemahiran penulisan laporan yang sistematik, teratur dan mudah untuk difahami.
2. Meningkatkan kecekapan dalam merekodkan aktiviti kerja harian yang konsisten dan professional.
3. Mengasah keupayaan menyusun maklumat harian ke dalam bentuk laporan yang lengkap dan tepat.
MINGGU KEDUA
v Tarikh: 06/04/2026 (Isnin)
v Aktiviti Harian:
1. Memperbaiki perisian Microsoft Office pada komputer staf di Unit Hasil.
Saya telah diarahkan oleh Puan Azmira untuk memperbaiki perisian Microsoft Office pada komputer staf di Unit Hasil yang mana mengalami masalah untuk log masuk. Tugasan ini melibatkan kepastian dalam mencari punca masalah untuk log masuk ke dalam akaun Microsoft Office. Saya juga telah menetapkan semula akaun pengguna dan memastikan maklumat log masuk yang digunakan adalah tepat. Setelah Berjaya, saya melakukan ujian semula dengan membuka aplikasi Microsoft Word untuk memastikan aplikasi tersebut dapat diakses tanpa sebarang masalah.
2. Memastikan komputer riba sedia digunakan untuk mesyuarat dalam talian.
Tugasan saya yang seterusnya ialah melakukan pemeriksaan terhadap komputer riba dan alatan teknikal yang akan digunakan untuk mesyuarat dalam talian. Lazimnya, komputer riba akan diselaraskan yang mana sambungan internet diperiksa agar berada dalam keadaan yang baik, memastikan aplikasi persidangan video dapat dibuka, menguji kamera serta audio. Ujian awal juga turut dilakukan supaya audio dan visual dapat berfungsi tanpa menganggu kelancaran majlis.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Mengasah kecekapan dalam membaiki dan menyelenggara perisian komputer.
2. Meningkatkan keupayaan untuk menangani masalah teknikal secara pantas dan berkesan.
v Tarikh: 07/04/2026 (Selasa)
v Aktiviti Harian:
1. Memperbaharui laporan projek dan buku log.
Tugasan saya pada hari ini ialah memperbaharui laporan projek dan juga buku log yang merekodkan tugasan dan kerja sepanjang tempoh latihan industri. Langkah pertama yang saya lakukan adalah menyemak semula senarai aktiviti-aktiviti yang telah dicatatkan dan menghasilkan laporan berdasarkan aktivit tersebut. Saya memastikan setiap aktiviti ditulis dengan jelas dan menggunakan bahasa yang sesuai untuk penulisan akademik. Selain itu, saya juga telah memperbaharui aktiviti di dalam buku log. Saya membuat penambahan serta penambahbaikan untuk memastikan projek sentiasa dikemas kini sehingga yang terkini.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Memupuk sikap teliti dalam memastikan setiap butiran dalam laporan adalah tepat dan konsisten.
2. Memajukan skil dalam menyediakan laporas rasmi yang kemas, jelas dan terperinci.
3. Meningkatkan kecekapan dalam mennyelaraskan kandungan laporan agar lebih jelas dan mudah untuk dirujuk.
4. Mengukuhkan kebolehan dalam menyemak keseragaman format dan gaya penulisan laporan.
v Tarikh: 08/04/2026 (Rabu)
v Aktiviti Harian:
1. Membantu dalam menghias booth sempena jamuan raya.
Pada hari ini, saya telah membantu dalam menghias booth sempena jamuan raya yang dianjurkan oleh Kelab Sinar Gemilang di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Dalam proses ini, saya terlibat dalam proses menyusun atur ruangan booth serta membantu dalam memasang pelbagai hiasan yang bertemakan Hari Raya seperti kain rentang, ketupat, bunga hiasan dan aksesori lain yang bersesuaian. Saya bekerjasam bersama staf untuk melakukan dekorasi dan memastikan proses menghias ini dapat disiapkan dengan masa yang ditetapkan.
2. Menyediakan dan memasang peralatan ICT bagi mesyuarat jabatan.
Saya juga telah menjalankan tugas dalam menyediakan dan memasang peralatan ICT sebelum mesyuarat bermula. Lazimnya, tugasan ini meliputi penyediaan alatan teknikal yang diperlukan untuk memaparkan bahan-bahan yang penting untuk mesyuarat jabatan. Contohnya seperti slaid, dokumen rasmi atau video. Alatan teknikal tersebut perlu berada dalam keadaan yang baik supaya mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Memahami kepentingan kekemasan dan nilai estetika dalam penyediaan booth yang menarik.
2. Menambah pengalaman dalam mengurus persiapan ruang acara secara professional dan berkesan.
3. Memantapkan kemahiran untuk memeriksa sambungan kabel, audio dan paparan sebelum penggunaan.
4. Memperkukuhkan kemahiran dalam mengendalikan peralatan seperti komputer riba, projektor dan sistem paparan.
v Tarikh: 09/04/2026 (Khamis)
v Aktiviti Harian:
1. Menyediakan komputer riba untuk kegunaan mesyuarat.
2. Membantu mengambil gambar semasa jamuan raya.
Saya juga telah membantu untuk mengambil gambar semasa jamuan raya diadakan. Saya telah mengambil pelbagai jenis gambar seperti suasana majlis, tetamu yang hadir, aktiviti yang dijalankan serta gambar berkumpulan. Saya juga memastikan setiap gambar diambil dari sudut yang sesuai agar hasil tangkapan kelihatan lebih menarik, jelas dan berkualiti. Setelah sesi fotografi selesai, saya menyemak semula gambar yang telah diambil bagi memastikan kualiti berada pada tahap terbaik dan sesuai digunakan untuk tujuan dokumentasi atau hebahan rasmi.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Mengukuhkan kebolehan dalam mengurus persediaan teknikal dengan lebih professional.
2. Mengasah kepekaan dalam merakamkan momen-momen penting untuk tujuan penyiaran.
v Tarikh: 10/04/2026 (Jumaat)
v Aktiviti Harian:
1. Melakukan penyelenggaran terhadap masalah pengimbasan dokumen pada mesin pencetak kepada komputer staf.
Pada hari ini, saya telah melaksanakan tugasan melakukan penyelenggaraan terhadap masalah pengimbasan dokumen pada mesin pencetak ke komputer staf. Dalam proses penyelenggaraan, saya terlebih dahulu mengenal pasti punca masalah dengan membuat pemeriksaan terhadap sambungan antara mesin pencetak dan komputer staf. Saya menyemak kabel sambungan, rangkaian internet, tetapan pencetak serta konfigurasi fungsi untuk mengelakkan pengunaan instrumen yang rosak. Beberapa langkah penyelesaian telah dijalankan seperti menetapkan semula sambungan dan menguji semula fungsi pengimbasan.
2. Menyediakan dan memasang komputer riba untuk mesyuarat.
Saya telah juga diarahkan untuk menyediakan komputer riba dan juga peralatan ICT untuk kegunaan mesyuarat. Tugasan ini melibatkan sambungan komputer riba kepada projektor dan skrin papara serta memastikan audio berfungsi serta membuka fail pembentangan. Selain itu, saya juga akan memastikan monitor dapat digunakan serta memeriksa sambungan internet supaya mesyuarat berjalan dengan lancar.
Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:
1. Meningkatkan keupayaan dalam menyelesaikan masalah teknikal secara sistematik dan berkesan.
2. Meningkatkan kemahiran dalam pemasangan dan penyediaan peralatan ICT secara teratur dan sistematik.
Comments
Post a Comment