FEBRUARI

 

MINGGU PERTAMA  

 

v  Tarikh: 02/02/2026 (Isnin)

v  Aktiviti Harian:

1.      Mengurus dan mengemaskini kandungan media untuk Facebook PDT Temerloh.

Hari ini, saya telah diarahkan untuk mengemas kini kandungan media untuk Facebook rasmi jabatan. Tugasan ini merangkumi penyediaan bahan visual serta teks untuk memaklumkan aktiviti terkini dari Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh kepada orang ramai.

2.      Mengemaskini sistem pada semua komputer riba jabatan.

Selain itu juga, saya telah melaksanakan tugasan mengemaskini sistem pada semua komputer riba jabatan bagi memastikan peranti yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan optimum. Tugasan ini melibatkan proses kemas kini perisian sistem operasi serta aplikasi berkaitan agar selari dengan versi terkini yang disediakan.

3.      Melakukan kajian tentang signage dan mula menghasilkan draf awal.

Akhir sekali, saya telah melaksanakan tugasan melakukan kajian berkaitan signage sebagai langkah awal sebelum menghasilkan reka bentuk yang bersesuaian. Sepanjang proses, saya meneliti beberapa contoh reka bentuk signage yang digunakan bagi mendapatkan idea serta inspirasi dari segi susun atur, penggunaan warna, simbol dan tipografi. Setelah selesai, saya mula menghasilkan draf awal design signage dengan menggunakan aplikasi Canva.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran dalam pengurusan kandungan media sosial bagi organisasi sektor awam.

2.      Menambahkan pengalaman dalam penyelenggaraan berskala untuk penggunaan yang optimum. 

3.      Meningkatkan pemahaman tentang konsep dan fungsi signage. 


v  Tarikh: 03/02/2026 (Selasa)

v  Aktiviti Harian:

1.      Meneruskan penghasilan signage tentang Temerloh untuk PDT Temerloh.

Hari ini, saya meneruskan proses penghasilan signage berkaitan daerah Temerloh bagi kegunaan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Sepanjang pelaksanaan tugasan, saya memperkemas susun atur elemen visual seperti teks, ikon dan grafik agar lebih tersusun dan mudah difahami oleh pengguna. Saya juga menitikberatkan pemilihan warna dan tipografi yang sesuai supaya signage yang dihasilkan bukan sahaja menarik dari segi visual, malah mampu menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan.

2.      Melakukan pembetulan terhadap berita yang telah dimuat naik pada Facebook PDT Temerloh.

Tugasan saya yang seterusnya ialah melakukan pembetulan terhadap berita yang telah dimuat naik di Facebook rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Tugasan ini bertujuan untuk memastikan kandungan yang disiarkan adalah tepat, jelas dan memenuhi standard penulisan rasmi organisasi. Saya juga membuat penambahbaikan dari segi gaya penulisan supaya lebih tersusun, profesional dan sesuai untuk platform media sosial.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran dalam mereka bentuk signage yang jelas dna berfungsi.

2.      Mengasah kreativiti dalam memperkemas elemen grafik dan juga tipografi.

3.      Meningkatkan kemahiran dalam mengolah ayat agar penulisan lebih tersusun dan menarik untuk dibaca.


v  Tarikh: 04/02/2026 (Rabu)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyambung penyuntingan signage.  

Tugasan saya pada hari ini dimulakan dengan meneruskan proses penyuntingan signage. Signage ini telah ditukarkan kepada bentuk video bagi tujuan penyampaian maklumat yang lebih menarik dan interaktif. Sepanjang proses penyuntingan, saya menyusun elemen-elemen grafik daripada signage ke dalam bentuk video dengan menambah elemen pergerakan serta effect yang sesuai. Saya juga memberi perhatian kepada susunan maklumat supaya aliran penyampaian dalam video kelihatan teratur dan tidak mengelirukan. Selain itu, saya turut memastikan pemilihan warna, teks dan visual adalah konsisten dengan reka bentuk asal signage bagi mengekalkan identiti serta mesej yang ingin disampaikan. Tempoh paparan untuk setiap maklumat juga dititikberatkan agar penonton mempunyai masa yang mencukupi untuk memahami kandungan yang diaparkan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan kandungan multimedia yang mampu menarik perhatian audiens.

2.      Meningkatkan kecekapan dalam menggunakan perisian penyuntingan video untuk menghasilkan kandungan berkualiti.

3.      Menambah pengalaman dalam menghasilkan bahan multimedia yang interaktif dan memenuhi keperluan komunikasi organisasi. 

4.      Mengasah kemahiran dalam menyusun aliran video agar penyampaian maklumat lebih jelas dan tersusun. 


v  Tarikh: 05/02/2026 (Khamis)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menampal label IP Address yang baharu pada semua komputer staf.

Saya dan beberapa pelajar latihan industri yang lain diarahkan oleh Puan Azmira untuk menampal label IP Address yang baharu pada semua komputer staf di jabatan. Tugasan ini melibatkan semakan terhadap IP Address yang diberikan adalah sepadan dengan setiap komputer. Setelah siap disemak, IP Address dicetak dan ditampal pada komputer staf yang mana dapat memudahkan pengurusan rangkaian dan penyelenggaraan sistem ICT. Saya turut memastikan setiap label dilekatkan dengan kemas dan tersusun bagi mengekalkan kekemasan persekitaran kerja.

2.      Melakukan pembetulan terhadap video signage setelah mendapat maklum balas.

Setelah label siap untuk ditampal, saya meneruskan aktiviti harian dengan melakukan pembetulan terhadap video signage berdasarkan maklum balas yang telah diterima daripada penyelia. Sepanjang proses ini berlaku, berlakunya penambahbaikan dari segi maklumat dimana informasi ringkas tentang pegawai-pegawai kanan ditambah.  Masa paparan juga diselaraskan supaya menjadi lebih lama agar maklumat dapat disampaikan dengan jelas dan berkesan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Memahami kepentingan pelabelan dalam pengurusan aset ICT.

2.      Meningkatkan kecekapan dalam mengurus dan menyusun peralatan ICT secara sistematik. 

3.      Meningkatkan keupayaan dalam menghasilkan kandungan multimedia yang lebih professional. 

 

v  Tarikh: 06/02/2026 (Jumaat)

v  Aktiviti Harian:

1.      Meneruskan penyuntingan terhadap video signage.

Pada hari ini, saya telah meneruskan proses penyuntingan video signage bagi memperkemas lagi hasil kandungan yang telah dihasilkan sebelum ini. Tugasan ini bertujuan untuk memastikan video yang dihasilkan berada pada tahap kualiti yang tinggi serta mampu menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dan berkesan kepada penonton. Saya telah meneliti semula setiap bahagian video dan membuat beberapa pelarasan seperti memperkemas susunan kandungan dan menambahbaik pergerakan animasi agar kelihatan lebih lancar. Setelah siap disunting, video ini kemudiannya diberikan kepada penyelia untuk dipaparkan.

2.      Menghasilkan montaj untuk mesyuarat agung PUSPANITA.

Tugasan saya yang seterusnya adalah menghasilkan montaj video bagi Mesyuarat Agung PUSPANITA yang ke-40. Tugasan ini melibatkan kompilasi aktiviti dan program yang dijalankan PUSPANITA sebagai pembukaan semasa program berlangsung. Saya mengumpulkan gambar serta maklumat berkaitan dengan program yang mana telah disusun untuk menjadi satu paparan yang bermakna dan dapat menarik perhatian penonton.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran dalam penyuntingan video yang memenuhi kehendak dan standard organisasi.

2.      Meningkatkan kecekapan dalam menghasilkan video yang lebih kemas dan professional.  

 

 

MINGGU KEDUA

 


   v  Tarikh: 09/02/2026 (Isnin)

v  Aktiviti Harian:

1.      Meneruskan penyuntingan montaj PUSPANITA.

Hari ini, saya meneruskan penyuntingan montaj PUSPANITA dengan mengemaskini gambar-gambar yang berkaitan dengan program PUSPANITA. Gambar-gambar ini didapatkan melalui Facebook PUSPANITA serta daripada Puan Azmira. Sementara menunggu, saya menggunakan Canva sebagai platform utama untuk mengedit video dan menggunakan template yang sedia ada untuk dijadikan sebagai permulaan video.  Montaj kemudiannya diedit dengan menambahkan teks dan visual yang unik untuk mendapatkan story flow yang memukau.

2.      Menghasilkan slaid acara untuk Mesyuarat Agung PUSPANITA.

Saya juga telah ditugaskan oleh Puan Azmira untuk membuat satu slaid untuk acara di Mesyuarat Agung PUSPANITA. Slaid ini merangkumi backdrop PUPSPANITA sebagai paparan utama, lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang serta lagu rasmi PUSPANITA.  Saya juga menggunakan Microsoft PowerPoint kerana sistem paparannya lebih mudah untuk digunakan berbanding Canva. Saya juga telah menghasilkan slaid yang memaparkan lirik lagu rasmi PUSPANITA untuk penonton.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran dalam menyrusun klip video agar menghasilkan montaj yang lebih kemas dan tersusun.

2.      Meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan montaj b=video yang menarik dan berimpak tinggi.

3.      Menambah pengalaman dalam menyediakan bahan sokongan visual yang efektif bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat. 


v  Tarikh: 10/02/2026 (Selasa)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyambung penyuntingan montaj PUSPANITA.

Kemudian, saya meneruskan tugasan saya untuk mengedit montaj PUSPANITA. Tugasan ini melibatkan penambahan gambar-gambar program yang tidak lengkap pada sebelum ini. Setelah gambar-gambar ini diterima, proses penyuntingan menjadi lebih lancar kerana video dapat ditambah baik secara menyeluruh. Muzik latar dan sound effects juga ditambah agar video menjadi lebih dramatik. Selain itu, saya turut memperbaiki elemen visual seperti penggunaan transition, animasi dan kesan khas agar tidak terlalu berlebihan tetapi masih menarik. Penyesuaian warna dan gaya visual juga dilakukan bagi memastikan montaj kelihatan konsisten dan selari dengan tema majlis.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Mengembangkan ilmu pengetahuan terhadap kepentingan fleksibiliti dalam reka bentuk bagi memenuhi tujuan organisasi.

2.      Meningkatkan kecekapan dalam menggunakan teknik penyuntingan untuk menghasilkan video yang lebih berkualiti.

3.      Mendedahkan diri dengan kemudahan yang tersedia dalam aplikasi atau program penyuntingan

4.      Mengukuhkan kemahiran dalam menghasilkan video yang mempunyai aliran cerita yang jelas dan tersusun. 

5.      Memahami keperluan kesinambungan visual agar mesej dapat disampaikan dengan jelas. 

 

   v  Tarikh: 11/02/2026 (Rabu)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyediakan peralatan teknikal untuk Mesyuarat Agung PUSPANITA.

Aktiviti harian saya bermula dengan menyedia peralatan teknikal untuk mesyuarat Agung PUSPANITA. Saya bersama rakan industei yang lain membantu dalam menyediakan dan memastikan semua peralatan teknikal seperti sistem pembesar suara, projektor, dan capaian internet berfungsi dengan baik untuk Mesyuarat Agung PUSPANITA. Paparan untuk Mesyuarat Agung diuji untuk memastikan kelancaran mesyuarat.

2.      Menguji paparan video signage pada monitor.

Saya bertanggungjawab melaksanakan pengujian awal terhadap paparan video signage pada monitor bagi memastikan kandungan visual dipaparkan dengan kualiti resolusi yang optimum dan tanpa sebarang gangguan teknikal. Proses ini melibatkan penyelarasan format video dan tetapan saiz yang tepat yang memerlukan saya untuk melakukan beberapa pengubahsuaian sehingga mendapat paparan yang jelas dan betul.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan s=pelbagai peralatan teknikal dengan lebih cekap dan sistematik.

2.      Memahami kepentingan ujian awal bagi mengelakkan masalah teknikal semasa program berlangsung.

3.      Meningkatkan kemahiran dalam memastikan kandungan multimedia dipaparkan dengan jelas dan berkualiti pada pelbagai jenis skrin.  

 

v  Tarikh: 12/02/2026 (Khamis)

v  Aktiviti Harian:

1.      Bertugas sebagai jurugambar semasa Mesyuarat Agung diadakan.

Saya menggalas tanggungjawab sebagai jurugambar rasmi sepanjang berlangsungnya Mesyuarat Agung PUSPANITA bagi mendokumentasikan setiap fasa penting majlis dalam bentuk visual yang berkualiti. Penglibatan ini merangkumi rakaman detik-detik utama seperti ucapan perasmian, sesi pembentangan laporan, serta interaksi antara ahli mesyuarat bagi memastikan terdapat rekod bergambar yang lengkap untuk kegunaan laporan tahunan dan arkib organisasi. Selain itu, saya memastikan setiap sudut rakaman dan pencahayaan digunakan dengan baik agar imej yang dihasilkan menepati standard profesional serta dapat menggambarkan suasana majlis dengan jelas dan menarik.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan kamera dengan tetapan yang sesuai mengikut situasi penggambaran.

2.      Mengasah kemahiran dalam memilih komposisi yang menarik bagi menghasilkan gambar yang berkualiti.

3.      Meningkatkan keupayaan dalam menyesuaikan tetapan kamera mengikut keadaan persekitaran

4.      Menambah pengalaman dalam menghasilkan bahan fotografi yang sesuai untuk tujuan hebahan dan arkib organisasi.

5.      Mengembangkan skil dalam merakam sudut penggambaran yang unik dan menarik. 

 

v  Tarikh: 13/02/2026 (Jumaat)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyediakan beberapa buah komputer untuk kegunaan program.

Saya bertanggungjawab menguruskan penyediaan beberapa unit komputer riba untuk kegunaan urus setia dan peserta. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah memastikan sistem operasi berjalan dengan lancar, sambungan internet stabil serta perisian yang diperlukan telah tersedia dan boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Saya juga telah menjalankan ujian penggunaan pada setiap komputer bagi memastikan semua fungsi dapat digunakan dengan baik. Saya juga memastikan setiap komputer dilengkapi dengan aksesori yang mencukupi seperti kabel kuasa dan peranti sokongan lain.Setelah diperiksa, komputer riba kemudiannya diasingkan supaya tidak berlaku kekeliruan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Memahami kepentingan penyediaan awal bagi mengelakkan gangguan semasa pelaksanaan program.

2.      Mengukuhkan kecekapan dalam mengurus dan menyusun peralatan ICT secara sistematik.

3.      Meningkatkan kemahiran dalam mengenal pasti masalah teknikal asas yang mungkin berlaku.

4.      Meningkatkan keyakinan diri dalam mengendalikan tugasan berkaitan peralatan ICT.



MINGGU KETIGA  



   v  Tarikh: 16/02/2026 (Isnin)

v  Aktiviti Harian:

1.      Mengemas kini berita terkini di dalam Facebook PDT Temerloh berkaitan dengan Bengkel Sejahtera Komuniti Madani dan Program Penetapan Nilai-Nilai Murni.

Hari ini, saya telah ditugaskan oleh Encik Yusnizam untuk mengemaskini berita terkini di laman sosial rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh yang berkaitan tentang penganjuran Bengkel Sejahtera Komuniti Madani (SeJati MADANI) dan program Penetapan Nilai-Nilai Murni. Tugasan ini merangkumi ketepatan tentang maklumat program serta kandungan berita yang mudah jelas. Untuk melaksanakan tugasan ini, saya telah menyemak dan menysusun semula kandungan berita supaya maklumat menjadi lebih teratur dan mudah untuk difahami. Gambar-gambar yang berkaitan juga telah dipilih yang membantu untuk menyokong kandungan berita serta meningkatkan keberkesanan penyampaian. 

1.      Mengubah design poster Kalendar acara pelancongan berbentuk portrait kepada landskap.

Tugasan pada hari ini bermula apabila saya menerima arahan daripada Encik Yusnizam untuk menukarkan poster acara pelancongan Daerah Temerloh berbentuk potrait kepada landskap yang bersaiz A3. Design tersebut dihasilkan melalui Microsoft Powerpoint dengan ilustrasi yang kompleks dan berwarna-warni yang mana perlu diubah selaras dengan saiz yang diingini. Oleh sebab itu, saya mengubah beberapa elemen di dalam poster seperti ruangan maklumat dan saiz grafik supaya sejajar poster berbentuk landskap.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Mengasah keupyaan untuk menyusun kandungan secara sistematik dan menarik.

2.      Memahami kepentingan penyusunan semula elemen visual bagi memastikan maklumat kekal jelas selepas perubahan oerientasi.

 

v  Tarikh: 19/02/2026 (Khamis)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menghasilkan kompilasi video tentang Sejarah Temerloh dan latar belakang PDT Temerloh.

Tugasan saya pada hari ini ialah menghasilkan kompilasi video yang berkaitan dengan Sejarah Temerloh serta latar belakang Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Saya diarahkan oleh Encik Yusnizan untuk menggabungkan klip-klip yang telah diberikan oleh Encik Yusnizam untuk dipaparkan kepada orang awam.  Video ini berperanan sebagai medium penyampaian maklumat yang mana ianya relevan untuk menggambarkan perkembangan daerah Temerloh dan juga tentang PDT Temerloh. Saya menitikberatkan pada aliran penceritaan supaya klip-klip yang sudah digabungkan tidak akan mengelirukan penonton.

2.      Mengemas kini senarai rekod mesyuarat baharu dalam Google Sheet mesyuarat.

Seterusnya, saya juga bertanggungjawab dalam mengemas kini rekod mesyuarat baharu di dalam Google Sheet untuk memudahkan urusan penetapan komputer riba untuk kegunaan mesyuarat. Senarai mesyuarat yang akan datang telah diberikan oleh encik Yusnizam dimana maklumat-maklumat seperti tarikh, tajuk mesyuarat, tempat dan lain-lain juga telah dicatatkan. Saya juga memastikan setiap data yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau kesilapan dalam rekod.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran dalam penghasilan video kompilasi berbentuk informatif.

2.      Meningkatkan keupayaan dalam menyusun data agar lebih kemas dan mudah untuk dirujuk.

 

v  Tarikh: 20/02/2026 (Jumaat)

v  Aktiviti Harian:

1.      Memperbaiki kompilasi video tentang Sejarah Temerloh dan Latar Belakang PDT Temerloh.

Tugasan saya pada hari ini bermula dengan membaiki kompilasi video yang berkaitan dengan Sejarah Temerloh serta latar belakang PDT Temerloh. Setelah mendapatkan maklum balas daripada penyelia saya, saya diminta untuk menambah baik dari segi format video yang perlu diubah kepada format Wide Screen.  Beberapa klip video yang mempunyai format portrait juga perlu diubah atau dibuang untuk memastikan kandungan dapat dipaparkan dengan jelas juga penuh. Beberapa elemen juga telah ditambah seperti teks, grafik dan audio bagi meningkatkan bagi kualiti kandungan video.

2.      Memperbaiki video signage.

Selain itu, saya juga bertanggungjawab untuk memperbaiki video signage sebelum digunakan untuk tujuan paparan. Sepanjang proses tersebut, saya melakukan beberapa pelarasan seperti memperbaiki tempoh paparan untuk setiap maklumat, memperkemaskan animasi yang digunakan serta menambahkan info-info tentang jabatan. Saya turut memberi perhatian kepada keseragaman dari segi warna, tipografi dan gaya reka bentuk agar selari dengan identiti asal signage. Penambahbaikan juga dilakukan pada aspek teknikal seperti resolusi video dan kelancaran pergerakan supaya hasil akhir kelihatan lebih profesional.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan skil dalam memperbaiki dan memperkemas kandungan video.

2.      Mengembangkan kecekapan dalam menghasilkan video yang lebih kemas dan professional.



MINGGU KEEMPAT 

 


v  Tarikh: 23/02/2026 (Isnin)

v  Aktiviti Harian:

1.      Mempelajari tentang patch terbaru sistem SHTB.

Hari ini, saya telah dididik oleh Puan Azmira tentang patch terbaharu untuk sistem SHTB yang perlu dimuat turun di dalam komputer untuk menambah baik sistem yang digunakan dalam organisasi. Saya didedahkan tentang cara-cara untuk menggantikan patch sistem SHTB yang lama kepada yang baharu. Saya juga mempelajari bagaimana patch ini diggunakan dan diaplikasikan ke dalam sistem yang juga memberikan Kesan terhadap operasi harian. Setelah siap, sistem juga perlu disemak untuk memastikan sistem dapat berfungsi dengan baik tanpa sebarang gangguan.

2.      Memastikan video yang dipasang pada televisyen berfungsi dengan baik.

Seterusnya, saya juga telah diminta oleh Encik Yusnizam untuk memastikan video yang dipasang pada televisyen berfungsi dengan baik. Tugasan ini penting untuk mengesahkan kandungan yang disediakan dapat ditayangkan dengan lancar tanpa masalah seperti lag atau gangguan audio. Saya juga memastikan format video sepadan dengan televisyen dimana kegagalan memainkan fail juga berkemungkinan untuk berlaku.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan kemahiran dalam memahami fungsi patch sebagai langkah penambahbaikan sistem.

2.      Meningkatkan kecekapandalam memastikan sistem ICT sentiasa berada pada tahap yang optimum.

3.      Memupuk sikap teliti dalam memastikan kualiti visual dan audio bearad dalam keadaan yang baik. 

 

v  Tarikh: 24/02/2026 (Selasa)

v  Aktiviti Harian:

1.      Memastikan semua peralatan ICT dan teknikal dapat berfungsi dengan baik sempena lawatan Tuanku Sultan Pahang ke PDT Temerloh.

Pada hari ini, saya telah melaksanakan tugasan iaitu membantu penyelia untuk memastikan semua peralatan ICT serta teknikal supaya berada dalam keadaan yang baik sempena lawatan Tuanku Sultan Pahang ke Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Tugasan ini merangkumi pemeriksaan menyeluruh terhadap semua peralatan supaya urusan rasmi dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan teknikal.

2.      Mencari dan mendapatkan gambar di dalam Facebook PDT Temerloh.

Seterusnya, saya juga telah diminta oleh Puan Azmira untuk mencara dan mendapatkan gambar staf bersama Tuanku Sultan Pahang di dalam Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh sewaktu keberangkatan Tuanku ke PDT Temerloh pada tahun 2025. Gambar ini kemudiannya diberikan kepada Puan Azmira untuk dicetak dan dibingkaikan.

3.       Menjana kod QR untuk borang maklum balas kajian kepuasan pelanggan PDT Temerloh.

Akhir sekali, saya juga telah ditugaskan untuk menjana kod QR bagi borang maklum balas kajian kepuasan pelanggan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Saya menggunakan Canva untuk menjana kod QR untuk menukarkan pautan tersebut kepada bentuk kod QR yang boleh diimbas menggunakan peranti mudah alih.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Memahami kepentingan persediaan rapi bagi programrasmi berprofil tinggi.

2.      Mengasah kecekapan dalam memastikan fungsi dan kebolehgunaan teknologi digital.


v  Tarikh: 25/02/2026 (Rabu)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menyediakan dan menjilid buku taklimat rasmi keberangkatan Tuanku ke PDT Temerloh.

Pada hari ini, saya telah melaksanakan tugasan menyediakan dan menjilid buku taklimat sempenan kedatangan Tuanku ke PDT Temerloh. Dalam proses ini, saya terlebih dahulu menyusun kandungan buku mengikut turutan yang telah ditetapkan dan memastikan halaman disusun dengan kemas sebelum dijilidkan

2.      Menjalankan tugas sebagai jurugambar bagi lawatan rasmi Tuanku Sultan Pahang Ke PDT Temerloh.

Selain itu, saya juga bertugas sebagai jurugambar untuk merakamkan beberapa gambar dan momen yang penting untuk diletakkan di dalam Facebook PDT Temerloh. Sepanjang lawatan berlangsung, saya merakam pelbagai detik penting termasuklah interaksi bersama pegawai serta suasana keseluruhan program.

3.      Membuat berita tentang keberangkatan Tuanku ke PDT Temerloh.

Akhir sekali, saya bertanggungjawab ke atas penghasilan berita untuk Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Dalam proses penulisan berita, saya mengumpulkan maklumat penting berkaitan program dan menulis berita dengan gaya penulisan yang formal yang telah disokong dengan gambar.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Meningkatkan keupayaan dalam mengurus bahan dokumentasi untuk program rasmi.

2.      Meningkatkan kecekapan dalam pengendalian peralatan kamera secara professional.

3.      Mengasah keupayaan untuk menyusun kandungan secara sistematik dan jelas.

 

v  Tarikh: 26/02/2026 (Khamis)

v  Aktiviti Harian:

1.      Memindahkan gambar dari kamera DSLR ke komputer riba.

Tugasan saya hari ini bermula dengan memindahkan gambar-gambar yang berkaitan tentang keberangkatan Tuanku Sultan Pahang ke Temerloh dari kamera DSLR ke komputer riba bagi tujuan penyimpanan dan pengurusan bahan dokumentasi. Proses ini memastikan pemindahan gambar dan video dilakukan secara teratur untuk mengelakkan kehilangan bahan-bahan visual.

2.      Menghasilkan berita tentang Sultan Pahang menunaikan solat subuh di masjid Abu Bakar Temerloh.

Tugasan saya yang seterusnya ialah menghasilkan berita berkaitan tantang keberangkatan Sultan Pahang yang berkenan untuk menunaikan solat subuh di Masjid Abu Bakar, Temerloh. Dalam proses penulisan berita, saya mengumpulkan maklumat penting seperti masa, lokasi, kehadiran serta pengisian program yang berlangsung. Saya memastikan setiap fakta yang ditulis adalah tepat dan disusun secara teratur agar mudah difahami oleh pembaca.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Menambah pengalaman dalam menguruskan data serta bahan visual yang teratur untuk tujuan penyimpanan.

2.      Meningkatkan kecekapan dalam pengurusan kandungan media sosial bagi sektor organisasi awam.


v  Tarikh: 27/02/2026 (Jumaat)

v  Aktiviti Harian:

1.      Menghasilkan berita untuk Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh tentang Projek Bekalan Air di Kampung Paya Badak.

Pada hari ini, saya telah melaksanakan tugasan menghasilkan berita bagi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh berkaitan Projek Bekalan Air di Kampung Paya Badak. Dalam proses penulisan berita, saya telah mengumpulkan maklumat berkaitan pelaksanaan projek termasuk objektif, kepentingan serta manfaat yang diterima oleh penduduk setempat. Selain itu, saya turut memasukkan maklumat mengenai keberangkatan Sultan Pahang yang berkenan mencemar duli menghadiri program tersebut, sekali gus menunjukkan sokongan terhadap usaha pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan. Saya juga memastikan setiap maklumat yang diperoleh adalah tepat dan disusun secara sistematik agar penyampaian berita lebih jelas dan mudah difahami oleh pembaca. Gaya penulisan yang digunakan juga adalah formal serta menepati standard penulisan rasmi organisasi. Setelah selesai, saya melakukan semakan akhir bagi memastikan tiada kesilapan dari segi ejaan, tatabahasa serta ketepatan fakta sebelum berita disiarkan.

Pengetahuan/Kemahiran Yang Diperoleh:

1.      Memahami kepentingan penyampaian maklumat yang jelas dan tepat kepada masyarakat

2.      Mengasah keupayaan untuk menyusun kandungan berita secara sistematik

3.      Meningkatkan kecekapan dalam pengurusan kandungan media sosial rasmi.

 

 

  


 

  


 

 


 


 


 

  


 


 

Comments

Popular posts from this blog

PROJEK UTAMA: KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST

Video Sejati Madani untuk Kampung Desa Murni Sanggang, Temerloh.

Bertugas untuk Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Temerloh