PENGENALAN
PENGENALAN
Malaysia menekankan pembangunan sumber manusia yang berkemahiran tinggi juga mampu bersaing. Oleh sebab itu, proses pendidikan telah mengalami perubahan yang ketara dari semasa ke semasa yang disebabkan oleh perkembangan teknologi negara. Latihan industri merupakan salah satu pendekatan untuk meningkatkan kemahiran, kepakaran serta kecekapan yang berpotensi untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan. Seperti yang telah dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 (PPPM), Kementerian Pendidikan Tinggi berhasrat untuk melahirkan graduan yang berkualiti. Melalui program ini, para pelajar akan memperoleh kemahiran praktikal yang berupaya untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang isu-isu signifikan dalam sektor industri (Rahim & Mohamad, 2025).
Program latihan industri terbukti dapat membantu dalam melahirkan graduan yang berkualiti tinggi yang membentuk pelajar untuk menjadi pekerja yang profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidang. Menurut Hamidah & Wan Azizah & Zuraiti (2024), kemahiran praktikal yang dipelajari sepanjang menjalani latihan industri telah mengalami peningkatan yang progresif yang membantu pelajar supaya cepat menyesuaikan diri dan mencapai sasaran kerja yang ditetapkan oleh majikan. Melalui latihan industri, para pelajar dapat mengasah kemahiran yang diperlukan dalam alam pekerjaan dan memberikan peluang yang besar untuk mereka mendapatkan kerjaya. Oleh sebab itu, penglibatan pelajar dalam kursus ini mampu menyiapkan pelajar dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi alam pekerjaan.
Saya, Nor Nadhirah Binti Mohd Rosli juga merupakan salah seorang pelajar yang terlibat dalam prgoram latihan industri di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Saya adalah merupakan pelajar semesteri akhir dari program Sarjana Muda Teknologi Media di Universiti Utara Malaysia (UUM). Blog ini telah dihasilkan untuk memenuhi keperluan akademik sebagai laporan projek kursus latihan industri di PDT Temerloh.
PROFIL AGENSI
Saya telah menjalani latihan industri di Pejabat daerah dan Tanah Temerloh. Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh merupakan agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk mengurus hal-hal pentadbiran daerah serta pengurusan tanah di daerah Temerloh, Pahang. Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh ditubuhkan pada tahun 1889 dan agensi ini beroperasi di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Pahang yang melaksanakan arahan kerajaan negeri serta persekutuan dalam peringkat daerah. PDT Temerloh berperanan dalam menguruskan projek pembangunan daerah, pengurusan bencana, kebajikan masyarakat serta keselamatan orang awam.
PDT Temerloh terbahagi kepada tiga unit utama iaitu bahagian Pengurusan Daerah, bahagian Pengurusan Tanah serta bahagaian Pembangunan Daerah. Bahagian Pengurusan Daerah merangkumi unit pejabat Pegawai Daerah, unit Pentadbiran, unit Kewangan serta unit Teknologi Maklumat. Bahagian Pengurusan Tanah terbahagi kepada beberapa unit iaitu unit Pra Pendaftaran, unit Pendaftaran, unit Permohonan Ukur, unit Pembangunan Tanah, unit Kerja Luar/Pelan/Kuatkuasa, unit Pelupusan, unit Hasil manakala bahagian Pembangunan Daerah pula terbahagi kepada dua seperti unit Pembangunan Masyarakat dan unit Pembangunan Fizikal. Saya telah ditempatkan di Bahagian Pengurusan Daerah iaitu di unit Teknologi Maklumat yang bertanggungwab memberikan khidmat sokongan teknikal dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada Penjawat Awam dan Komuniti ke arah merealisasikan Program Kerajaan Elektronik di peringkat daerah, menyelaras dan mengawasi penggunaan sistem aplikasi, peralatan, server dan lain-lain yang berkaitan, membangun dan mengemaskini Portal Rasmi jabatan serta menyediakan latihan untuk semua pegawai dan kakitangan.
MISI
Misi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh adalah untuk memperkukuhkan governans, integriti dan anti rasuah warga kerja melalui pematuhan terhadap akta, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.
OBJEKTIF
i) PDT Temerloh juga berperanan sebagai apex Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri di peringkat daerah yang mensasarkan kesemua tindakan jabatan-jabatan di peringkat daerah yang selaras dengan dasar - dasar Kerajaan Persekutuan dan Negeri
ii) PDT Temerloh berperanan sebagai agen utama Kerajaan Negeri dan mensasarkan kutipan hasil kerajaan Negeri pada tahap 100%.
iii) PDT Temerloh juga bertanggungjawab sebagai pengupaya pembangunan, mensasarkan semua projek pembangunan yang dilaksanakan oleh semua jabatan dan agensi yang disempurnakan mengikut jadual yang telah ditetapkan, serta semua perolehan tanah, sama ada untuk awam, pertanian perusahaan, perniagaan atau kediaman diselesaikan dalam tempoh 1 tahun.
iv) Berperanan sebagai pelaksana pembangunan yang menyasarkan kemiskinan sifar menjelang 2012 serta 100% rakyat menikmati kemudahan asas menjelang 2015 juga jenayah sifar sepanjang masa.
Secara keseluruhannya, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh merupakan agensi kerajaan yang mempunyai peranan penting untuk memastikan pentadbiran daerah berada dalam keadaan yang lancar. Struktur organisasi telah dinyatakan dengan jelas menunjukkan peranan agensi ini dalam menyokong dasar kerajaan negeri dan memenuhi keperluan rakyat secara sistematik dan efisien.

Comments
Post a Comment